Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
300
View
8
Reply

[Tempatan] Serai ganti straw

 Close [Copy link]

Author: Voyagers       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-1-2020 03:07 PM | Show all posts |Read mode


PENGGUNAAN serai sebagai penyedut minuman akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik.
Cadangan itu dikemukakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Senator Datuk Husam Musa yang bersedia membekalkan serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu.
Beliau berkata, penggunaan serai sebagai penyedut minuman adalah sesuatu yang baru dan sebagai permulaan, beliau mewajibkan penggunaannya di semua kafe KADA.
"Tanaman serai mempunyai 27 jenis dan untuk penggunaan sebagai penyedut minuman, serai buluh adalah sesuai.
"Kita akan memajukan penggunaannya kepada kafe Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sama ada untuk digunakan oleh orang ramai atau pesakit kerana ia adalah bahan semula jadi.
"Tanamannya juga akan diperbanyakkan iaitu di sepanjang tebing tali air KADA dan dianggarkan lebih 10,000 rumpun sudah ditanam di Kampung Padang Halban," katanya di Ladang Merdeka Senor, Pasir Mas, semalam.
Husam menyifatkan penggunaannya adalah dua dalam satu kerana lapisan luar saja dijadikan penyedut minuman manakala isi dalamnya dijadikan bahan masakan seperti biasa.
Katanya, beliau akan membuat surat rasmi kepada pihak HUSM, Kubang Kerian untuk kemukakan cadangan itu dalam masa terdekat memandangkan bekalan serai sangat banyak.
"Bagi pencinta alam sekitar, inisiatif serai sebagai penyedut minuman adalah amat bagus kerana dapat mengurangkan penggunaan bahan plastik," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanamlah juga serai buluh ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
x berapa nak cerdik
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:00 PM | Show all posts
tak promosi sumbu dah? serai pulak
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat sirap selasih ke nak celup serai
Milo ais, affrogato, susu kocak nak berserai bagai. Macam bunga rampai air aku
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
xde rase perit serai ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:56 PM | Show all posts
Pasti rasa air akan jadi berbeza dari biasa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpernah try lg sedut air guna serai
Betul2 boleh sedut air ehh guna serai??
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 06:00 PM | Show all posts
Thread dah ada
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1187352

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.083001s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list