Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234
Return to list New
2392
View
68
Reply

[Tempatan] Kasut, stoking hitam: KPM dapatkan maklum balas sekolah

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Post time 16-1-2020 10:53 AM | Show all posts
bongok kuasa sejuta la
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah hitam.. hitam je lah... jgn ngada nak tukar2... takda kerja lain ke...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 12:57 PM | Show all posts
apa punya bebal laa...kasut yang di sibukkan.....ingat kasut mcm beli sawi ker.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 01:01 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 15-1-2020 03:23 PM
jangan sampai anak akak pakai terompah pg sekolah. celaka betul lah

adoyy akak marah eh....jangan la bagi anak pakai terompah berat ooo.....haha....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2020 03:28 PM | Show all posts
Isu kasut dan stokin hitam patut sudah selesai


KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) sepatutnya sudah membuat kajian dan mendapatkan maklum balas sebelum menguatkuasakan pelaksanaan pemakaian kasut dan stokin hitam.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri, Datuk Razali Idris menegaskan, ibu bapa sudah menerima baik pemakaian kasut dan stokin hitam yang berkuat kuasa awal Januari lalu.

Katanya, kenyataan terbaru menerusi surat pekeliling dikeluarkan KPM kelmarin dan tular di media sosial mengejutkan pelbagai pihak terutamanya ibu bapa serta warga pendidik.

Selepas kenyataan itu dikeluarkan, timbul pelbagai persoalan termasuk mengaitkan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik seperti menggunakan kuasa vetonya tanpa mendapatkan maklum balas KPM untuk menguatkuasakan pemakaian kasut dan stokin hitam itu.

Sepatutnya isu pemakaian kasut dan stokin hitam sudah selesai, dan tidak perlu lagi diadakan kajian maklum balas, katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, di Kuala Terengganu, hari ini.

Razali yang juga Timbalan Majlis Senator Malaysia (MSM) berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan KPM yang memohon kerjasama pihak sekolah membantu melakukan kajian dengan melengkapkan maklum balas bagi soalan kajian mengenai pemakaian kasut dan stokin hitam.

Berdasarkan pekeliling ditandatangani Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM Datuk Mohd Jamil Mohamed, KPM berpandangan terdapat keperluan untuk melakukan kajian pelaksanaan pemakaian kasut hitam oleh murid berdasarkan dapatan diperoleh pihak sekolah.

Pemakaian kasut dan stokin hitam dilaksanakan secara berperingkat bermula sesi persekolahan 2019 hingga 2021 berdasarkan Pekeliling Iktisas KPM Bilangan 10 Tahun 2018.

Razali berkata, ia dilihat seolah-olah ada usaha pihak KPM mensabotaj pelantikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemangku Menteri Pendidikan.

Saya berharap Dr Mahathir dan KPM dapat membuat keputusan sewajarnya agak perkara ini tidak membebankan pelajar, ibu bapa serta guru, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 15-1-2020 03:21 PM
Kalau buat putih balik, kilang kasut hitam pulak mendesak. Selang seli. Nak kena penampo

Moh kita tampo mereka sume ni beramai2.
Kajian tak masuk akal.
Banyak lg isu penting dari warna kasut ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 15-1-2020 03:23 PM
jangan sampai anak akak pakai terompah pg sekolah. celaka betul lah

Berat woo kasut tu.
Naik turun tangga nanti lg payah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-1-2020 12:52 AM | Show all posts
Dr Mahathir: Dasar kasut hitam kekal, tidak diubah
January 17, 2020 10:19 PM


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak akan mengubah dasar pemakaian kasut hitam di sekolah yang diperkenalkan bekas menteri pendidikan Maszlee Malik kerana tidak menganggap ia satu isu.

Mahathir berkata, sebagai pemangku menteri pendidikan beliau sebaliknya mahu menumpukan kajian membabitkan kementerian berkenaan.

Saya telah mendengar taklimat panjang lebar semalam (daripada pihak kementerian)

Saya sedikit keliru sebab terlalu banyak fakta diberikan kepada saya, jadi sekarang saya sedang mengkajinya.

Tapi satu perkara yang saya sudah putuskan ialah, kamu boleh pakai kasut coklat, kasut hitam, kasut putih, kasut kelabu apa-apa kasut pun boleh, katanya berseloroh disambut gelak ketawa pemimpin kanan PPBM.

Mahathir berkata demikian pada sidang media di Yayasan Al- Bukhary di sini selepas mempengerusikan mesyuarat PPBM hari ini apabila ditanya sama ada beliau akan membuat polisi baru melibatkan pengunaan kasut hitam di sekolah

Sebelum ini media melaporkan Kementerian Pendidikan kini mendapatkan maklum balas daripada sekolah berhubung pelaksanaan dasar pemakaian kasut dan stoking hitam.

Perkara itu diketahui menerusi satu surat pekeliling bertarikh semalam yang dikeluarkan kementerian berkenaan dan kini tular di media sosial.

Dasar pemakaian kasut dan stoking hitam dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2019 sehingga pelaksanaan penuhnya pada 2021 berdasarkan pekeliling kementerian Bilangan 10 tahun 2018.

Bekas menteri pendidikan Maszlee ketika itu berkata, langkah tersebut berupaya membantu menceriakan pelajar, terutama dalam menjalankan aktiviti luar bilik darjah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 09:35 AM | Show all posts
warna kasut ada kaitan dengan pembelajaran ker...Otak jadi geliga kerrrr??? kerrrr poket org tertentu penuh oleh komisen ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.068475s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list