Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
2418
View
68
Reply

[Tempatan] Kasut, stoking hitam: KPM dapatkan maklum balas sekolah

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-1-2020 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian dapatkan pandangan sekolah pelaksanaan kasut, stoking hitam


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedang mendapatkan maklum balas sekolah berhubung pelaksanaan pemakaian kasut dan stoking hitam.

Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Datuk Mohd Jamil Mohamed, dipetik menerusi satu surat pekeliling dikeluarkan kementeriannya berkata, pihak sekolah perlu memberi maklum balas sebelum hujung bulan ini.

Kajian dibuat bagi melihat keberkesanan pelaksanaan peraturan itu yang mula diperkenal tahun lalu, dengan mengambil kira dapatan daripada pihak sekolah.

Kementerian berpandangan terdapat keperluan untuk melaksanakan kajian pelaksanaan pemakaian kasut hitam oleh murid berdasarkan dapatan yang diperoleh oleh pihak sekolah.

Sehubungan itu, kementerian memohon kerjasama pihak sekolah membantu kajian ini dengan melengkapkan maklum balas bagi soalan kajian yang boleh diakses melalui pautan http://gg.gg/kasuthitam2020, katanya.

Dapatan libat urus menunjukkan bahawa majoriti responden termasuk ibu bapa bersetuju dengan pemakaian kasut berwarna hitam berbanding kasut berwarna putih oleh murid sekolah.

Surat pekeliling pemberitahuan itu bertarikh semalam diajukan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri, yang dikongsi menerusi Facebook Friends of Maszlee Malik.

Maklum balas bagi soalan kajian yang boleh diakses melalui pautan https://bit.ly/2FOo6Jh

Sementara itu, menerusi pautan dikongsikan, kementerian itu memaklumkan prihatin berkaitan isu warna kasut sekolah dalam kalangan murid.

Kementerian itu sebelum ini memperkenalkan pelaksanaan peraturan berkenaan yang dikuatkuasakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan tahun lalu hingga 2021.

Berdasarkan pautan yang dikongsikan menerusi surat pekeliling itu, pihak sekolah perlu melengkapkan beberapa maklumat termasuk butiran sekolah dan pelajar.

Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada 29 Julai 2018, dilaporkan berkata murid sekolah rendah dan menengah akan memakai kasut hitam mulai 2019 susulan keluhan daripada ibu bapa yang mengadu mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:31 PM | Show all posts
kalo uturn semula ke kasut & stokin putih
memang tersangat la babi
hidup takde pendirian langsung!

ko ingat murah2 ke kasut sekolah sekarang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah x de keje lain le kementerian pendidikan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap ni mmg survey nak close loop je lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:35 PM | Show all posts
Pasal kasut disibukkan, dahlah kasut mahal .....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:42 PM | Show all posts
dah hitam tu hitam je lah...ok je...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:46 PM | Show all posts
bodohnya la kerajaan pee esh ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah u turn ke kasut putih balik ke?
Desakan dari tauke kilang kasut putih yg tk laku?

Sengal la. Banyak kut benda lain yang boleh buat kajian
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-1-2020 02:49 PM | Show all posts
ni la gaya Malaysia Baharu yg pengundi angan-angan dulu
realitinya......
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiiii.. dah Suh pakai kasut itam tu on ja la.. nk uturn buat pa bengonggg.. ingat kasut murahh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Warna kasut tu isu tersangat besar ka dalam persekolahan?
Kaji la perkara lain
Menteri pendidikan ni dah kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
pls tukar kasut pink utk bdk pompuan, kasut biru utk bdk laki...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Xnak buat kajian ke pihak kroni kasut putih jugak ke? Ke dah buat?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:17 PM | Show all posts
Elok tumpukan pada isu lain, kasut hitam dah ok dah tak perlu nak argue lagi.  Bukan semua orang mampu kejap2 nak kena tukar warna kasut sekolah anak nak2 dalam ekonomi semasa macam sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah. Jangan nak buat kasut putih balik. Menyusahkan je
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 15-1-2020 02:47 PM
Dah u turn ke kasut putih balik ke?
Desakan dari tauke kilang kasut putih yg tk laku?


Kalau buat putih balik, kilang kasut hitam pulak mendesak. Selang seli. Nak kena penampo
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:23 PM | Show all posts
Harap ph tak buat u turn babi pasal kasut

concentrate pada dasar dan silibus

itu yang utama
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:23 PM | Show all posts
jangan sampai anak akak pakai terompah pg sekolah. celaka betul lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:26 PM | Show all posts
memang ba alip ba ya lah pee H ni,
banyak lagi masalah lain dalam KPM itu yang nak dikaji
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:30 PM | Show all posts
Asal tak kaji pakai selipar jepun je lagi senang. Jimat takyah beli kasut dan stokin terus. Main bola boleh kaki ayam cam zaman dedulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.091199s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list