Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
459
View
14
Reply

[Tempatan] Soft Approach to Crime: Perlu kah Malaysia batalkan hukuman bunuh?

[Copy link]

Author: baghal_bortuqal       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-1-2020 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Kau rasa?     
Single Polls, Total 31 Users voted

Count down: 19 Days1 Hours13 min.

Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-1-2020 02:10 PM | Show all posts
HRW: Malaysias reform process failing as govt lacks political will
NATION
Wednesday, 15 Jan 2020

12:16 PM MYT
By RASHVINJEET S. BEDI


PETALING JAYA: The Malaysian governments human rights record will be judged on its accomplishments, and not its promises, says the Human Rights Watch (HRW).

The global advocacy body said the government could still turn its record around by standing up and acting on behalf of the countrys marginalised communities.

In its World Report 2020, HRW said the promised human rights reforms last year stalled as the government either backed away from, or delayed acting on its campaign commitments.

................ The report also said the government retreated from a commitment to completely abolish the death penalty and would instead introduce legislation to end the mandatory application of capital punishment for various crimes...........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-1-2020 02:12 PM | Show all posts
http://bernama.com/bm/am/news.php?id=1806767

Wanita cedera parah disamun meninggal dunia
Tarikh kemaskini: 14/01/2020

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Ab Hamid
BUKIT MERTAJAM, 14 Jan -- Seorang pekerja sebuah butik yang mengalami kecederaan parah selepas disamun dalam kejadian di Persiaran Jenahak 2, Seberang Jaya di sini pada November tahun lepas meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata Nurfarahdila Zulkifli Amin, 32, yang mengalami kecederaan patah tulang leher, pecah bibir dan bengkak di tangan berada dalam keadaan koma selepas kejadian samun itu sebelum meninggal dunia kira-kira pukul 8 malam.

"Dalam kejadian pukul 9.30 pagi 23 Nov tahun lepas, wanita itu sedang menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Perda, di sini sebelum tiba di Persiaran Jenahak 2 dan disamun seorang lelaki menaiki sebuah motosikal.

"Suspek dipercayai telah menendang motosikal mangsa sehingga menyebabkan wanita itu terjatuh ke tepi jalan sebelum lelaki itu melarikan beg tangan mengandungi telefon bimbit, kad pengenalan, kad bank serta sejumlah wang tunai," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang berada di lokasi kejadian cuba mengejar suspek, namun tidak berjaya dan mereka memberi bantuan kepada mangsa sebelum wanita berkenaan dihantar ke HSJ untuk rawatan.

Nik Ros Azhan berkata berdasarkan keterangan saksi, mangsa sempat memberitahu alamat tempat kerjanya dan meminta mereka menghubungi keluarga bagi memaklumkan dia disamun serta mengalami kecederaan.

"Mangsa dirawat di HSJ sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pembedahan tulang leher pada 27 Nov dan menerima rawatan di situ sehingga 10 Jan lepas sebelum dipindahkan semula ke HSJ. Sepanjang tempoh berkenaan wanita itu dalam keadaan koma," katanya.

Menurutnya, lelaki yang menyamun mangsa berjaya ditahan empat hari selepas kejadian itu dan suspek yang berumur 30 tahun itu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Bukit Mertajam pada 20 Dis lepas menurut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata lelaki yang mempunyai enam rekod lampau itu ketika ini berada di penjara kerana tiada duit untuk membayar ikat jamin ketika didakwa di mahkamah dan polis telah mengklasifikasikan semula kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

"Polis klasifikasikan semula kes itu selepas mangsa meninggal dunia semalam dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya.

==========================

ini bukti ketuanan civil liberty utk asimilasi penjenayah dlm masarakat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Xperlu. Knpa aku nk kna bg duit cukai aku kt setan2 penjenayah plk???? Bunuh beramai2 pun ok what. Bising kjp je. Dua tiga tahun org lupa lh.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-1-2020 02:21 PM | Show all posts
Keluarga mangsa bunuh mahu kerajaan kekalkan hukuman mati mandatori
Tarikh kemaskini: 15/01/2020

PUTRAJAYA, 14 Jan -- Ahli keluarga dan wakil mangsa bunuh sebulat suara membantah pemansuhan hukuman mati mandatori (MDP) bagi jenayah kejam termasuk pembunuhan yang dirancang.

Mereka menyatakan perkara itu selepas mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori di sini, hari ini

Mereka, antara lain, terdiri daripada ahli keluarga mendiang timbalan pendakwa raya Kevin Morais, usahawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, ahli perbankan Stephen Wong Jing Kui serta siswazah Universiti Utara Malaysia (UUM) Chee Gaik Yap, dan remaja Annie Kok Yin Cheng, yang kedua-duanya dirogol dan dibunuh masing-masing pada 2006 dan 2009.

Aktivis sosial Tan Sri Robert Phang berkata sistem keadilan sepatutnya adalah tentang memberikan keadilan untuk mangsa-mangsa tetapi malangnya ia seolah-olah mahu melindungi penjenayah.

"Jangan jadikan Malaysia syurga untuk penjenayah," kata Phang, yang juga pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial, kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan jawatankuasa itu yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum.


Peguam Christina Teng, yang mewakili ahli keluarga berkenaan, berkata keluarga tidak mahu menerima pampasan daripada kerajaan atau pembunuh atau keluarga pembunuh untuk membebaskan penjenayah daripada hukuman mati.

"Jika mereka berani membunuh, mereka juga perlu berani memikul tanggungjawab atas tindakan mereka, contohnya dihukum gantung. Ini undang-undang kita," katanya.

"Adakah anda (pihak kerajaan) telah jalankan kajian untuk melihat bagaimana negara-negara jiran, khususnya negara ASEAN mengekalkan hukuman mati untuk melindungi rakyat dan memastikan keselamatan di bandar raya. Adakah anda telah jalankan penyelidikan untuk melihat bahawa hukuman mati adalah berkesan untuk mencegah jenayah dan menyelamatkan nyawa," katanya merujuk kepada cadangan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori.

Dilaporkan rang undang-undang untuk memansuhkan hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan serius dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang pada Mac, dan ini selaras dengan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan dan menunjukkan komitmen kerajaan terhadap hak asasi manusia.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Mansor Ibrahim yang mewakili anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kasim yang terbunuh ketika menjalankan tugas pada 2018, berkata pihaknya tidak berpuas hati dengan ahli jawatankuasa yang dilihat tegas dalam pendirian itu.

Beliau berkata Ummah yang mempunyai gabungan lebih 500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan membuat bantahan besar-besaran sekiranya kerajaan tidak mendengar rintihan ahli keluarga mangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan mansuh la. Bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:28 PM | Show all posts
kekalkan je la.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg nak membela sgt penjenayah tu, suruh dia tinggal serumah dgn pembunuh tu la. Kau je la bela dia. Takyah la nak guna duit orang pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga ada anak menteri yg kena bunuh.  baru la mrk sokong hukuman bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:23 PM | Show all posts
Kekalkan kalau tak siapa nak serik
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
geng dap dan ltte sibuk sgt nk mansuh mesti sbb byk puak2 diorg yg nak dihukum mampus tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:30 PM | Show all posts
duk ikut kan sgt suara minoriti ni..semakin lama makin jahanam negara ni dia lanyak
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa soft2 approach?
Sapa yg perjuangkan sgt soft approach ni mohon penjenayah serbu beramai2 kat diorang
Buat la apa2 yg korang nak
Hukuman ringan2 je nnt
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 10:02 PM | Show all posts
bagus hapus

tali gantung mahal sbb semua brg naik harga

humban kat Laut China Selatan je
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruskn dgn hukuman bunuh..dah sedap2 bt jenayah,nak taxpayers tanggung dorg pulak?elok manusia gini terhapus drpd muka bumi..sorry to say..m
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.089143s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list