Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
2215
View
91
Reply

[Tempatan] Cuepacs minta gaji minimum penjawat awam dinaikkan ke RM1800

[Copy link]

Author: Boomibulat       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-1-2020 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 15-1-2020 01:03 PM

Gaji minimum penjawat awam perlu ditingkatkan kepada RM1,800: Cuepacs

Screenshot_2020-01-15-13-01-13-1.png
SHAH ALAM - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat mencadangkan agar kerajaan meningkatkan gaji minima penjawat awam sekurang-kurangnya RM1,800 sebulan.

Menurutnya, gaji minimum sebanyak RM1,200 yang ditetapkan oleh kerajaan kepada penjawat awam sejak 2016 dilihat terlalu jauh dengan keputusan kajian yang dibuat oleh beberapa pihak sebelum ini termasuk Bank Negara sendiri.

Contohnya Bank Negara sendiri telah menetapkan gaji minimum yang paling sesuai untuk seorang penjawat awam menikmati kemudahan, keselesaan dalam memberi pendidikan kepada anak-anak, memiliki sebuah rumah, pengangkutan dan sebagainya adalah sebanyak RM2,700.

Begitu juga kajian dilakukan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Universiti Malaya mendapati gaji minimum adalah RM2,480. Malah Cuepacs sendiri turut membuat kajian dan mendapati gaji minimum penjawat adalah sebanyak RM2,620, katanya selaku panelis pada Wacana Sinar Harian Siri Ke-149 bertajuk Perkhidmatan Awam: Beban Tugas VS Pendapatan di Dewan Karangkraf, Seksyen 15 di sini malam tadi.

Wacana itu turut menampilkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Zubaidi Ahmad.

Dalam pada itu, Adnan berkata, walaupun itu adalah pendapatan yang perlu ada pada penjawat awam ketika ini, namun ia bukan sesuatu yang terdesak.

Katanya, Cuepacs memahami situasi dan kekangan dihadapi kerajaan ketika ini, bagaimanapun ia perlu dijadikan sebagai penanda aras untuk dicapai menjelang status negara maju 2030 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Ini bermakna, kerajaan perlu menetapkan supaya gaji minimum ini ditingkatkan bagi kesejahteraan penjawat awam pada masa hadapan, ujarnya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
RM1,800 gaji minimum pekerja asing ladang. Yang boleh buat semua termasuk tanam mayat bagai
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ceupacs ni wakili private sector gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
1200 belum campur elaun kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 01:18 PM | Show all posts
agak agak lah kupekk ... saya ni penjawat awam jugak lah ... kaalu supporting palingbawah dah naik .. kenalah seiring dengan kenaikan P&P dan gred khas jua ...

jengok2 lah juga pekerja swasta2 cap ayam ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lagi lahhh cuepacs ni tak habis2 dengan nak naikkan gaji penjawat awam. Dia tak fikir kalau private sector company2 kecik ni lagilah sedih gaji untuk staf bawahan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 01:24 PM | Show all posts
Selain gaji, ada benda lain tak yang boleh propose macam human capital development, skillset enhancement etc...??? Kalau cerita pasal gaji ni, bagi gaji minimum RM10,000 sebulan pun tak cukup
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pekerja swasta takda sapa nak perjuangkan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:06 PM | Show all posts
cuepacs ni syik ceta soal gaji ja. tu ja ke boleh fikir? tak habis2 gaji. org lain pegang pun masih pasal gaji.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 15-1-2020 01:12 PM
Ceupacs ni wakili private sector gak ke?

Nama penuh CUEPACS:

Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services

So, the answer to your question is no, they represent public and civil services only.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap thn asyik penjawat awam je.. Yg keje swasta ni x nampak.. Ke yg keje swasta ni dlm. Kategori halimunan.. Sadis btl..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:20 PM | Show all posts
Adalah lebih baik jika mintak 40 jam kerja per week. Sekarang ini 48jam kan.
90% majikan terutama swasta mengerah keringat rakyat Malaysia sehabis mungkin.
Jika tidak mahu buat gaji minima, buat lah 40jam waktu bekerja dalam seminggu.
Biar ada 2 hari rehat. Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
gaji penjawat awam dh naik 3x zaman Najib
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka je kalau sape pon naik gaji tapi aku risau biasanya kenaikkan asas gaji sektor awam akan menaikkan harga barang.
Dimana semua maklum bukan semua rakyat malaysia naik gaji sama.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:24 PM | Show all posts
baik kau cari jalan macam mana nak hilangkan bintik2 dekat muka tu.. asyik pasal gaji je la kopek ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu PH janji naik gaji minimum  1500 kan?   yg 1500 pun tak tertunai
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:26 PM | Show all posts
tak hbs2. sory meols pn tak suka asyik mintak naik gaji. kami dlu pn starting gaji berapa je. pas tu naik2 smpai bape tahun ni la baru selesa sikit. staf baru untung la baru keje dh basic 1800. tak pyh susah2 ambik dip ke ape
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 15-1-2020 02:09 PM
Setiap thn asyik penjawat awam je.. Yg keje swasta ni x nampak.. Ke yg keje swasta ni dlm. Kategori  ...

Yg keje private ni menteri sumber manusia yg x nampak kan? X de badan mcm cuepacs ke private sector yg leh perjuangkan nasib uols yg tertindas kata? Jabatan tenaga buruh kan? So? Gunakan lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:34 PM | Show all posts
"  walaupun itu adalah pendapatan yang perlu ada pada penjawat awam ketika ini, namun ia bukan sesuatu yang terdesak.

Katanya, Cuepacs memahami situasi dan kekangan dihadapi kerajaan ketika ini, bagaimanapun ia perlu dijadikan sebagai penanda aras untuk dicapai menjelang status negara maju 2030 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.   "


hujung2 ayat hilang taring dah
ko dgn azih 2x5 je laaa
pungpang2 bila gomen  berdehem sikit terus bisu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk naik gaji.cubalah pantau penjawat awam punya perangai masa bekerja.
X semua tp tetap ada.
Yg masalah berurusan dihadapi org awam tgk sama.
Gaji aje korang pk yer cuepacs
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.097011s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list