Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
166
View
0
Reply

[Tempatan] Sidang media pemaju-pemaju hartanah dijangka umum jualan hartanah terutama kediaman SLOW MOTION

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-1-2020 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Permintaan hartanah diunjur perlahan
15 January 2020


KUALA LUMPUR – Affin Hwang Investment Bank Berhad (Affin Hwang) menjangkakan pemulihan dalam permintaan hartanah pada tahun ini perlahan.

Ia disebabkan isu-isu kemampuan pemilikan kediaman dan sentimen pasaran yang lemah.

Menurutnya, kebanyakan pemaju perumahan akan melaporkan kejatuhan jualan pada lalu disebabkan kurang pelancaran hartanah.

Firma penyelidikan itu mengunjurkan pendapatan sesaham melantun 6% tahun ke tahun pada tahun lalu berbanding penyusutan 18% pada tahun sebelumnya.

Pertumbuhan pendapatan yang stabil dan pemulihan perlahan dalam margin keuntungan akan meningkatkan pendapatan sesaham 7% tahun ke tahun pada tahun ini,” katanya.

Tetapi, lanjutan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah sehingga akhir tahun lalu telah menyokong permintaan rumah.

Affin Hwang percaya langkah meliberalisasikan pemilikan asing terhadap kondominium dan apartmen servis, memperkenalkan skim sewa untuk beli dalam Belanjawan 2020 akan mengekalkan pemulihan permintaan hartanah pada tahun ini.

Hartanah yang tidak terjual susut 3.8% kepada 31,092 unit pada sembilan bulan pertama tahun 2019, mewakili 25.7% daripada jumlah unit yang dilancarkan.

Manakala jumlah nilai unit tidak terjual jatuh 5.5% kepada RM18.77 bilion pada akhir suku tahun ketiga 2019 dan angka itu dijangka susut pada suku keempat 2019 dipacu pembelian saat-saat akhir bagi mengambil kesempatan daripada pengecualian duti setem.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.079151s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list