Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
171
View
3
Reply

[Tempatan] Dah 20 bulan, PH sibuk ulang dan ulang isu peralihan kuasa. Bila nak fokus isu rakyat?

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-1-2020 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Majlis Presiden PH dicabar tetapkan peralihan kuasa PM


KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) didesak membuat ketetapan jelas mengenai peralihan kuasa Perdana Menteri bagi mengelakkan pertikaian dalam gabungan parti itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Selangor dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mohd Shaid Rosli, berkata adalah kurang sihat atau kurang ajar apabila segelintir pimpinan komponen PH membuat kenyataan terbuka di forum dan media, mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad mengotakan janji melepaskan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, presiden setiap komponen PH seharusnya faham cara terbaik memberi nasihat kepada pemimpin bawahannya supaya tidak terlalu kurang ajar.

Semua sedia maklum bahawa keputusan Majlis Presiden PH adalah muktamad dalam hal ini. Saya selaku ahli BERSATU yang juga ADUN Jeram mendesak Majlis Presiden PH segera mengeluarkan kenyataan mendesak Dr Mahathir meletakkan jawatan atau meminta beliau mengekalkan jawatannya.

Jangan hanya bersandiwara dan memperlekeh nilai seorang negarawan. Jangan hanya tahu mendesak, tetapi apabila disuruh membuat keputusan, Majlis Presiden PH sendiri tidak berani, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai wakil rakyat PH, seharusnya semua perlu memahami bahawa menghormati pemimpin adalah satu keutamaan.

Jika kamu (Majlis Presiden PH) berani buat keputusan mendesak Dr Mahathir melepaskan jawatan, maka buatlah.

Jika tidak, kamu buat satu kenyataan bersama Majlis Presiden PH mahukan Dr Mahathir kekal menjadi Perdana Menteri hingga satu masa yang sesuai untuk diserahkan kepada penggantinya, katanya.

Beliau mengulas mengenai gesaan beberapa Ahli Parlimen PKR yang mahu Dr Mahathir membuat ketetapan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar.

Dr Mahathir dalam sidang medianya semalam menyerahkan kepada Majlis Presiden PH untuk memutuskan mengenai kedudukannya ketika ini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ANWART! ANWART! ANWART!

burpppp
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 01:16 PM | Show all posts
mahathir dah bg peluang buatlah takkan nak kecut telur.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 01:19 PM | Show all posts
Kata-kata PAKSU MID KUALA NERANG....

"Satu Keris Mana Boleh Masuk Dalam Dua Sarung"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.078899s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list