Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
646
View
7
Reply

[Dunia] Malas buka jaket, lelaki masuk dalam mesin pengimbas.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-1-2020 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Malas buka jaket, lelaki masuk dalam mesin pengimbasFMT Reporters -

January 15, 2020 8:30 AM


Seperti biasa, jika ingin menaiki kapal terbang, beberapa pemeriksaan harus dilakukan.

Anda akan diperiksa oleh pegawai yang bertugas supaya tidak membawa barangan terlarang yang tidak dibenarkan.
Ia juga bertujuan menjaga keselamatan semua pihak yang berada di dalam pesawat.

Dalam pemeriksaan tersebut, anda harus meletakkan sebarang peralatan di dalam bekas khas, kemudian anda akan melalui laluan pengimbas atau scan untuk melihat secara terperinci pada badan anda.

Namun, gara-gara malas membuka jaket ketika mendaftar masuk, seorang lelaki bertindak masuk ke dalam mesin pengimbas bagasi di Stesen Keretapi Barat Beijing, China.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen tersebut, lelaki itu dengan selamba merebahkan dirinya di atas mesin seolah-olah dirinya sebuah bagasi ketika penumpang lain sibuk membuka jaket dan mengeluarkan barang untuk diimbas.

Lelaki tersebut terus merangkak di dalam mesin pengimbas meskipun petugas menghentikan pergerakan mesin tersebut dan berteriak kepadanya.
Berdasarkan sumber melalui laporan Asia One, polis mengarahkan petugas keselamatan stesen tersebut menahan lelaki itu kerana berkelakuan aneh.

Menurut laporan Shanghaiist, rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu tiba di lokasi pemeriksaan keselamatan dan bercakap dengan pekerja di situ sebelum masuk ke dalam mesin tersebut.
Lelaki itu membuat pengakuan tidak mahu bersusah payah membuka jaket musim sejuknya yang berat dan mengosongkan poketnya.
Dia dan isterinya yang dilaporkan dalam perjalanan bercuti kemudian dilepaskan dengan amaran polis.



Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Igt cite total recall ke?leh imbas manusia live gtu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
bapak malas pegi bercuti ko nak
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 11:29 AM | Show all posts
memang pelik2 perangai leluhur ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:51 PM | Show all posts
aku gelak smpi keluar air mata baca berita ni. xde rasa malu pulak dia berkelakuan aneh gitu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Free2 dapat radiation. Terlebih pandai sampai tak perlu tanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak weh

Set2 prc ni aneh2 ya
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:47 PM | Show all posts
Punyalah malas sampai sanggup macam tu tapi ye juga kalau ke China banyak sangat tempat ada mesin pengimbas ni nak2 area Beijing.  Bila dah kena lalu 3-4 tempat pengimbas ni je mula ler timbul rasa malas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.083091s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list