Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
519
View
7
Reply

[Tempatan] Ibu, teman lelaki ditahan kes kematian kanak-kanak 2 tahun.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-1-2020 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Ibu, teman lelaki ditahan kes kematian kanak-kanak 2 tahunBernama -

January 15, 2020 7:30 AM


JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang wanita yang bekerja sebagai operator kilang dan teman lelakinya dalam siasatan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun yang disyaki didera.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Mohd Taib Ahmad berkata wanita berusia 22 tahun itu yang merupakan ibu mangsa dan teman lelakinya, 33, ditahan pada 3.45 petang tadi.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada 12.10 tengah hari di Hospital Sultan Ismail (HSI) semalam. Pada Ahad, ibu mangsa membawa kanak-kanak berkenaan untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami jangkitan kuman, katanya dalam kenyataan malam tadi.

Taib berkata kematian kanak-kanak itu disyaki mempunyai unsur penderaan berdasarkan beberapa siri kecederaan yang dialami mangsa.

Hasil pemeriksaan fizikal yang dilakukan pegawai perubatan mendapati terdapat kesan-kesan lebam di bahagian tangan kiri dan kanan serta bahagian perut.
Selain itu terdapat juga kesan gigitan di bahagian tangan kiri dan kanan mangsa, katanya lagi.
Beliau berkata, hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak berkenaan mendapati punca kematian mangsa disebabkan oleh kecederaan pada bahagian tengkorak dan usus mangsa akibat hentakan objek tumpul.

Taib berkata berdasarkan laporan bedah siasat, pihaknya percaya kematian mangsa berunsurkan jenayah.
Hasil siasatan mendapati ibu mangsa dan teman lelaki yang tidak bekerja itu menyewa bersama di sebuah bilik pangsapuri dekat Kempas sejak setahun lepas.
Mangsa juga didapati dijaga oleh lelaki berkenaan apabila ibunya bekerja, katanya.


Taib berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 11:44 AM | Show all posts
cam biasa...teman lelaki ibu yang tidak bekerja...teman lelaki jadik bbsitter...mak pi kerja laki jadik bewak...kenapalah mak2 camni dibiarkan membiak....mohon ke tali gantung dedua
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 11:48 AM | Show all posts
siannya...bape lama la adik ni menderita kene dera..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bc tajuk pun dah bt memdidih darah.. Ni la bl duk sangap pencil 2b..demi krn pencil 2b anak mati pun x pe..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 12:36 PM | Show all posts
Bagi mampus jer 2 ekor ni, daripada dibiarkan membiak!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 12:40 PM | Show all posts
Apa ke bodoh, bela biawak hidup.  Mesti duit gaji hulur ke biawak sebab tolong jaga anak kononnya.
Yang jadi mangsa anak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 12:52 PM | Show all posts
korang berdua memang KEYMARKKKKK!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak syg anak tu,hidup susah,bg jela kt org lain.pastu ko nak bela biawak ke bela buaya ke,lantak la ko situ..sedih i tgk ibu yg begini,mane pergi kasih sayang dia pada anak sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.074468s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list