Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
2836
View
37
Reply

Single baharu Amylea, Kaer tak sedap?

[Copy link]

Author: Burong_Hantuk       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-1-2020 08:53 AM | Show all posts |Read mode


image.png

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Amylea Azizan enggan mengikut telunjuk orang dalam berkarya.

Sebaliknya, dia bersama rakan komposer, Farouk Roman mahu memberi rasa, warna dan kepelbagaian genre dalam setiap karya mereka.

Saya dan Farouk tidak mahu menghasilkan lagu hanya kerana pendengar suka genre sedemikian.

Kami tidak mengikut telunjuk orang. Sebaliknya, saya dan Farouk percaya perlu ada kepelbagaian genre untuk kepentingan industri muzik tanah air.

Hakikatnya, industri muzik Malaysia kurang perasa dan genre dalam lagu. Balik-balik berputar genre yang sama, katanya kepada BH Online.

Terbaru, Amylea bersama rakan duetnya, Kaer Azami mempertaruhkan single berjudul Selalu Denganmu. Lagu yang dipilih sebagai salah satu lagu runut bunyi drama Adellea Sofea itu dilancarkan sejak bulan lalu.

Biarpun dibandingkan dengan lagu duet popular, Tak Pernah Hilang yang pernah mencipta magis, Amylea tidak cepat melatah.

Kalau nak cakap lagu Selalu Denganmu sedap atau tidak, saya percaya lagu ini ada kelebihan tersendiri.

Saya dan Farouk memberi yang terbaik untuk setiap karya yang dihasilkan.

Kami akan memberikan satu rasa dalam setiap lagu. Bagaimanapun, tidak adil jika dibandingkan lagu Selalu Denganmu dengan Tak Pernah Hilang. Kedua-dua lagu itu adalah daripada genre berbeza, katanya.

Amylea berkata, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk lagu Selalu Denganmu berikutan lagu itu berentak R&B.

Saya lihat pendengar tidak menghargai lagu berentak R&B. Untuk mengharapkan lagu ini pergi jauh hingga menembusi Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak sesekali.

Lagu ini bukannya jenis tangkap leleh. Bagaimanapun, saya percaya lagu berkualiti tidak semestinya popular.

Saya tidak mampu meramal lagu Selalu Denganmu setanding Tak Pernah Hilang. Cuma, saya menghasilkan karya terbaik serta mementingkan aspek produksi, katanya.

Mengulas mengenai Kaer yang menyahaktif akaun Instagram, Amylea berkata, rakan duetnya itu berada dalam keadaan baik.

Saya tidak boleh komen bagi pihak Kaer... Dia okay saja. Kami siapkan penggambaran video muzik Selalu Denganmu pada akhir bulan lalu.

Saya, Farouk dan Kaer berpuas hati dapat menghasilkan lagu bergenre pop R&B ini. Idea dan tata gaya video muzik juga ilham kami, katanya.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-1-2020 08:57 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku n akak aku afundi amylea dulu ms af3.
Di saat smua org obses dgn mawi.
Aku nampak amylea menyerlah sgt..dgn karaktee dia..rambut dia...performance dia yg paling aku suka hati ini telah dilukai...

Masa tu kurus kecik n comel je amylea
Skang nampak serabai n buncit sikit tp still suara sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 09:00 AM | Show all posts
tak pernah dengar lagi... tapi bagi aku, lagu dorang sebelum ni pun tak berapa sedap jugak.. ikut citarasa orang.. lain orang lain selera..

btw lagu kaer yang tajuk dia Ijinkan Ku Permisi tu memang berhantu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 09:11 AM | Show all posts
iols suka lagu selalu dengan mu berbanding tak pernah hilang tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Amylea/Farok Romen is soooo underrated dan dianak tirikan bila masuk.AJL biased!

Tolak tepi sikap amylea mendiva yg org x suka, tp bakat penciptaan lagu die bg aku lebih baik dari yuna yg sooooo overrated. Amylea ada bayangan Melly Goeslow.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 09:25 AM | Show all posts
Kurex replied at 15-1-2020 01:00 AM
tak pernah dengar lagi... tapi bagi aku, lagu dorang sebelum ni pun tak berapa sedap jugak.. ikut ci ...

haah telinga aku pun tak rasa sedap lagu2 die..try la dgr kt utube..tapi terus katup balik..

maybe x pernah minat amilia kot..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo..lagu yg baru ni xpernah dgr sebab xtgk pun cite mira filzah
Dari xlalu tgk dia berlakon, terus xtgk citer tu so xtau soundtrack
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
MV gah. Setting power. Tapi si Amyllea macam nampak sangat awkward. Macam nak tak nak je nyanyi, mulut kumat kamit, mata lari2... Serba tak kena pulak. Taulah lagu dilajukan time shooting tapi.. entahlah.. nampak sangat amatur..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 09:40 AM | Show all posts
pada aku lagu dia sedap, tapi banyak bau indon
betullah, melly go slow

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 11:34 AM | Show all posts
semua lagu ost adellea sofea sedap di telinga iolsss...may be terus terbayang scene2 yg berkaitan dgn setiap lagu tu...so kudos tu amylea & team! nah flower
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 01:19 PM | Show all posts
sedap je dgr, suka lagu2 mcm ni easy listening
feeling2 tgh lepak kt coffea bean pastu minum coffea, nikmat dia cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu sheols dh sama je skrg, quality pun spiralling downwards gitu

Lagu tentang rahasia tu ok la jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 01:24 PM | Show all posts
ok jer dengar, dlm kata msa lagu masuk AJL tu berantakan elok jer berganding semula skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Best ok lagu2 dia.. Mmg underrated by ajl.. Utk ost adellea sofea tu semua iols suka hari2 dgr kt youtube.. Mmg sejenis soothing.. Plng suka lagu selalu denganmu and bagai lagu indah.. Selamat la ada amylea and farok roman ni if not market kita asyik dgn lagu stok leman je..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:15 PM | Show all posts
best jaa semua lagu2 dia. feeeling sorg2 jgk
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 03:55 PM | Show all posts
so melly goeslaw punya lagu
sebab aku minat MG, so aku rase sedap lagu nih
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 05:19 PM | Show all posts
tak pernah hilang okey la...sedap  je bagi aku.lagu yg lelain kureng sikit.ada potensi ...teruskan.jgn menciplak sudah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu dgn kaer sebelom ni pon tak sedap kalau dengar awal awal.bila dah dgr byk kali ok jertt
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 15-1-2020 09:29 AM
Ooo..lagu yg baru ni xpernah dgr sebab xtgk pun cite mira filzah
Dari xlalu tgk dia berlakon, terus ...

Komen anda sgt lengkap. Terima kasih.

Semua salah miwa hahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.092051s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list