Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
2737
View
40
Reply

[Tempatan] 'Satu kepala cecah RM50,000' - Bekas ketua kumpulan gengster di Selatan Thai dedah sindiket upah bunuh

[Copy link]

Author: saripdolmat       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-1-2020 03:40 PM | Show all posts |Read mode
'Satu kepala cecah RM50,000' - Bekas ketua gengster dedah sindiket upah bunuh
Vivi Sumanti, Astro Awani | Diterbitkan pada Januari 11, 2020 10:16 MYT
Facebook Twitter Email

'Satu kepala cecah RM50,000' - Bekas ketua gengster dedah sindiket upah bunuh

IMAN NASIR: Upah menembak mati yang disasar itu bergantung.... Kalau jenis orang dikenali, berstatus dan sebagainya, upahnya mahal. -Astro AWANI

MEMANG wujud individu atau kumpulan di sekitar Narathiwat dan Sungai Golok yang mengambil upah menembak mati sasaran di Malaysia.

Menurut bekas ketua kumpulan gengster di Selatan Thai yang hanya dikenali sebagai "Iman Nasir", upah untuk menembak mati seseorang bergantung kepada profil individu berkenaan.

Katanya, ada upah atau bayaran yang mencecah sehingga puluhan ribu ringgit kerana individu yang ingin "dilupuskan" itu terdiri daripada mereka yang mempunyai nama.

"Upah menembak mati mereka yang disasarkan itu bergantung pada keadaan orang itu.

"Kalau jenis orang dikenali, berstatus dan sebagainya, upahnya akan mahal dan meningkat sehingga RM50,000," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sebuah kawasan di Selatan Thailand.

Iman Nasir ketika ditemu ramah penulis.


Katanya, kebiasaan selepas mendapat persetujuan harga, pembunuh upahan akan menjalankan tugas menjejaki sasarannya.

"Kalau sasaran atau individu yang ingin ditembak mati itu berada di Malaysia, pembunuh upahan akan mengenal pasti sasaran dahulu.

"Selepas dikenal pasti, mangsa akan diekori dan diperhatikan gerak-gerinya, dipantau penjalanannya, ke mana dia pergi, dengan siapa dia berjumpa.

"Selepas tempoh tertentu sama ada seminggu atau kurang pengawasan dan pemerhatian dibuat, selepas keadaan 'bersih' dan mangsa cuai, pembunuh upahan akan melaksanakan tugasnya untuk menembak serta memastikan mangsa mati," ujarnya.

Tembakan yang akan dilepaskan itu kadang kala bergantung kepada kehendak "bos"nya, sama ada disasarkan ke kepala atau badan.

"Biasanya tembak habis la peluru dalam katrij tu sebab nak pastikan mati. Dan selepas disahkan mati, pembunuh upahan itu akan bergegas keluar dan lari meninggalkan kawasan itu dengan kadar segera tanpa orang perasan dan mengekori.

"Pembunuh upahan ini tidak mempunyai perasaan kasihan belas; mereka lakukan tugas dengan rasa megah apatah lagi bila melihat mangsa rebah dan maut.

Pembunuh upahan ini tidak mempunyai perasaan kasihan belas; mereka lakukan tugas dengan rasa megah apatah lagi bila melihat mangsa rebah dan maut, kata Iman Nasir.


"Biasa persetujuan dengan bayaran penuh atau separuh dilakukan di Sungai Golok atau Selatan Thailand dengan si pengupah itu datang berjumpa dengan penembak upahan di satu kawasan yang tidak diketahui sesiapa" ujarnya.

Iman Nasir berkata beliau tidak pernah mengambil upah membunuh namun pernah beberapa kali berperang dan menembak mati askar Thailand.

Beliau, katanya, banyak memberikan arahan bunuh kepada anak buahnya untuk "melupuskan" seseorang dengan masa yang diberikan untuk memastikan sasaran mati kurang dari tujuh hari.

"Biasa saya akan suruh anak buah saya tembak mati. Saya akan cakap, 'Mu hantar dia kubur kurang dari tujuh hari' dan selepas itu sasaran diketahui mati," katanya dengan nada kesal.


Iman Nasir yang sudah bersara dari dunia gerakan pemisah dan kumpulan penjahat lebih 15 tahun lalu mula terlibat pada awal usia belasan tahun dengan menyertai kumpulan berkenaan selama 20 tahun.

Beliau pernah mempunyai ramai pengikut dengan rangkaian yang luas di selatan Thailand.

image.png

image.png




Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni hakak nak tahu, what happen to case pensyarah ereb yg kena tembak balik dr solat subuh tu....lokasi hakak tak ingat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
fliphair8 replied at 11-1-2020 04:15 PM
Ni hakak nak tahu, what happen to case pensyarah ereb yg kena tembak balik dr solat subuh tu....loka ...

Taman melati
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Betullah. ..manusia ni kalau jahat...lebih jahat dari syaitan....syaitan pun takut tuhan ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
fliphair8 replied at 11-1-2020 08:15 AM
Ni hakak nak tahu, what happen to case pensyarah ereb yg kena tembak balik dr solat subuh tu....loka ...

imam palestine yang menembak tu bangsa israel. mati di tembak di gombak
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 05:07 PM | Show all posts
Mahal jugak pembunuh upahan Siam sampai RM50k, kalau Malaysia RM300 je..
Utamakan barangan buatan Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
BeskotCekelat replied at 11-1-2020 05:07 PM
Mahal jugak pembunuh upahan Siam sampai RM50k, kalau Malaysia RM300 je..
Utamakan barangan buatan M ...

Assasin siam mai beng beng jek....assasin malaysia bayaq rm300 siap bom skali..mmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
BeskotCekelat replied at 11-1-2020 09:07 AM
Mahal jugak pembunuh upahan Siam sampai RM50k, kalau Malaysia RM300 je..
Utamakan barangan buatan M ...

300 lu kata ?Lalok hape ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 11-1-2020 09:31 AM
Assasin siam mai beng beng jek....assasin malaysia bayaq rm300 siap bom skali..mmm

Jangan harap lah 300
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 11-1-2020 05:57 PM
Jangan harap lah 300

Azalilah kata dia dpt upah rm300 je bomkn altantuya....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 11-1-2020 04:25 PM
Betullah. ..manusia ni kalau jahat...lebih jahat dari syaitan....syaitan pun takut tuhan ...

Bukan sejahat2 manusia adalah sebaik2 syaitan? Dah tukar ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 06:42 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 11-1-2020 06:01 PM
Azalilah kata dia dpt upah rm300 je bomkn altantuya....

iols igtkan duit raya

kalau duit raya 300 mau melompat kegembiraan seharian
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 11-1-2020 05:57 PM
Jangan harap lah 300

Akuan Bersumpah Azilah tulis dia dpt upah RM300 dr Najib utk bunuh Altantuya
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mata iols sorg je ke yg tertancap kat thai green tea drinks deyols tu?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2020 08:07 PM | Show all posts
BeskotCekelat replied at 11-1-2020 05:07 PM
Mahal jugak pembunuh upahan Siam sampai RM50k, kalau Malaysia RM300 je..
Utamakan barangan buatan M ...

haha...sorry lambat paham yg 300 tu.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 11-1-2020 04:29 PM
imam palestine yang menembak tu bangsa israel. mati di tembak di gombak

Thailand ramai mossad
MH370 kerja mossad kat siam
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
utk duit.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kering betul hati deol. Org yg mengupah pun. Ko x caya akhirat agaknya yer
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Uishh..sebijik story dlm buku2 fixi tu. Plg latest aku baca.. cerita camni ah. Tajuk dia : kawal
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2020 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat ingat hidup cuma satu kali....insaf betul dengan lyric Wali band tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.094227s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list