Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
5210
View
181
Reply

[Tempatan] update makhluk api misteri Kg Penambang Kota Bharu...adakah gangguan tamat bila makhluk api misteri tulis 'tamat hari nie'

[Copy link]

Author: harizs       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-1-2020 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah keluarga di Kampung Penambang, Pantai Cahaya Bulan yang mengalami kejadian api misteri mendakwa menerima pesanan bertulis daripada makhluk ghaib.

Pesanan 'tamat hari nie' itu didakwa ditulis di papan putih di bilik ketiga rumah baharu mereka semalam.

Gadis berkenaan, Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 21, berkata, hal itu disedari oleh adik perempuannya Wan Nor Fatini, 19, sebelum memberitahu kepadanya yang kemudian melihat sendiri tulisan di dalam bilik berkenaan.

Sebelum muncul tulisan tersebut (tamat hari nie) sudah tiga hari kami sekeluarga tidak didatangi ataupun diganggu apa-apa kebakaran daripada api misteri.

Kejadian terakhir hanya berlaku pada jam 9 malam Ahad lalu apabila kain dan bantal di dalam rumah ini terbakar, selepas itu tidak ada lagi gangguan api misteri sehingga jam 4 petang hari ini, katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Wan Nor Fatihah tinggal di rumah itu bersama nenek, Zainab Sulaiman, 82, ibu, Ropeah Zakaria, 52, abang, Wan Mohd Faiz, 23, dan Wan Nor Fatini, 19, sejak tahun 2018 selepas kediaman lama mereka yang terletak tidak jauh dari rumah baharu itu terbakar dalam kejadian pada September 2017.

Kejadian ganjil ini mula menghantui keluarga berkenaan pada tahun 2012 iaitu dua tahun selepas kematian bapa Wan Nor Fatihah dan turut memusnahkan sebuah rumah ibu saudara gadis itu sebelum ini.

SUMBER: SINAR HARIAN


image.png









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai pula makhluk tu tulis "ni" jadi "nie"

Mcm X logik
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
I guess makhluk tu bukan Made in Kelate la kut.
Kalau tak dia mesti tulis loghat kelate.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga selamat semua keluarga dan tidak lagi di ganggu api tersebut. Tulisan tamat harini tu aneh sikit sebab ada ke orang tulis font bergaris2 macamtu. Selalu lawooo sikit la bentuk tulisan kalau nak tulis lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali jin pandai tulis bm daaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
rakyat meis senang sangat kene game

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai plak jin ni berdrama bagai yerr..jin pn suka layan drama mlayu kul7 agaknye
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuuh, jin ni cakap BM siot. Ko tgk jinjang, even multidimensional being pun leh bertutur dalam BM. Ko tak malu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
aderaderker replied at 9-1-2020 09:17 AM
I guess makhluk tu bukan Made in Kelate la kut.
Kalau tak dia mesti tulis loghat kelate.


Kalau in kelate dia tulis camne uols? Iols bukan org sana. Just curious. Dulu2 macam ada pernah terbaca ada family kena gangguan api macam ni juga.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 05:24 PM | Show all posts
yang tak kena boleh lah cakap macam2. kalau panggil fireman pun masalah ni xselesai. ni masalah punca gangguan jin. hanya pawang vokuru je mampu jinakkan bola bola api
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sebenarnya x susah nk setel kes ni. punca api adalah oksigen. skang ni hapuskan oksigen kt umah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Curlastttttt jin tu mengeja
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
epal21 replied at 9-1-2020 05:24 PM
Kalau in kelate dia tulis camne uols? Iols bukan org sana. Just curious. Dulu2 macam ada pernah  ...

Kalau kelantan dia tulis

Mulai harini kawe dok ganggu mung doh...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-1-2020 05:42 PM | Show all posts
Video2 makhluk api misteri yg berlaku sebelum ini:

video live oleh jiran kpd Mok Nab & Fatihah, mangsa api misteri (mangsa api misteri).  
https://www.facebook.com/mieyra.gurlz.54/videos/2515469722038240/


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 9-1-2020 05:39 PM
Curlastttttt jin tu mengeja

Kann hahahaha... Tulisan tu pun aneh garis2 macamtu.... Macam nak tulis cepat2 sebab garis2 je... Rasanya jin yang ganggu tu seorang cikgu, tu yang siap tulis dekat papan putih.... Dekat dinding dia tak tulis pulak
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-1-2020 05:44 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 9-1-2020 05:24 PM
yang tak kena boleh lah cakap macam2. kalau panggil fireman pun masalah ni xselesai. ni masalah punc ...

arwah tok guru nik aziz pernah pergi solat hajat di rumah lama Mok Nab pada tahun 2012. masa ni pun pernah viral gangguan makhluk api ni.


image.png
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-1-2020 05:47 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 9-1-2020 05:44 PM
Kann hahahaha... Tulisan tu pun aneh garis2 macamtu.... Macam nak tulis cepat2 sebab garis2 je...  ...

kat dinding pun makhluk api ni ada tulis.  tengok video ni...



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-1-2020 05:56 PM | Show all posts
noor2 replied at 9-1-2020 05:11 PM
Pandai pula makhluk tu tulis "ni" jadi "nie"

Mcm X logik

jawapan mufti wilayah persekutuan.  


Benarkah jin ada kuasa untuk menggerakkan sesuatu? Bagi mengetahui jawapannya, kami telah merujuk kalam mufti Wilayah Persekutuan dalam Al-Kafi #1390: Adakah Jin Boleh Menggerakkan Sesuatu?

Mari kita baca penjelasan oleh Mufti Wilayah Persekutuan bagi soalan berikut.
Assalamualaikum mufti. Kita pernah dikejutkan dengan klip video yang menunjukkan sebuah papan tanda di sebuah sekolah yang berayun dengan sendiri. Persoalannya benarkah hal ini terjadi hasil daripada perbuatan jin? Mohon pencerahan tuan mufti.

Jawapan
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kiamat.

Sebelum menjawab persoalan di atas, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh setiap orang adalah mengesahkan kesahihan sesuatu berita atau laporan yang diterima. Ini kerana, tidak dinafikan wujud segelintir pihak yang gemar mensensasikan cerita-cerita yang luar biasa, namun apabila disemak ia adalah cerita palsu yang ditokoktambah.
Berbalik kepada persoalan yang diajukan, terdapat nas-nas al-Quran dan hadis yang menjelaskan hubungan jin dan syaitan terhadap perkara yang bersifat fizikal. Antaranya ayat yang menerangkan bagaimana sebahagian jin mempunyai kepakaran dalam membina bangunan dan perkara-perkara lain. Firman Allah SWT:
وَالشَّيَاطِينَ كُلَّ بَنَّاءٍ وَغَوَّاصٍ
Maksudnya: Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing).
Surah Sad: 37
Ia dinyatakan dengan lebih terperinci dalam firman-Nya yang lain:
يَعْمَلُونَ لَهُ مَا يَشَاءُ مِن مَّحَارِيبَ وَتَمَاثِيلَ وَجِفَانٍ كَالْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَّاسِيَاتٍ ۚ اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا ۚ وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
Maksudnya: Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.
Surah Saba: 13
Menurut Ibn Kathir, kedua-dua ayat di atas menunjukkan sebahagian daripada syaitan dipergunakan untuk membina binaan-binaan yang hebat seperti bangunan-bangunan yang tinggi, patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya dan lain-lain pekerjaan yang sukar yang tidak mampu dilakukan oleh manusia.
Sekumpulan mereka pula menyelam ke dasar lautan, mengeluarkan darinya segala mutiara dan permata tidak mungkin ditemui kecuali di dalamnya. Lihat Tafsir Ibn Kathir, 7/73.
Di ayat yang lain pula, Allah SWT merakamkan terdapat jin yang mampu memindahkan sesuatu daripada satu tempat ke tempat yang lain. Firman-Nya:
قَالَ عِفْرِيتٌ مِّنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن تَقُومَ مِن مَّقَامِكَ ۖ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ
Maksudnya: Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah.
Surah al-Naml: 39
Menurut al-Sabuni, ayat ini menerangkan bagaimana ifrit iaitu jin yang besar (maradah al-jin) berkemampuan mengangkat singgahsana Balqis dan membawakannya kepada Nabi Sulaiman dalam masa kurang setengah hari. Lihat Safwah al-Tafasir, 2/375.
Menerusi hadis, terdapat nas yang mengisyaratkan bahawa jin boleh memberi kesan kepada perkara fizikal. Antaranya hadis Abu Hurairah berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّهُ كَانَ عَلَى تَمْرِ الصَّدَقَةِ فَوَجَدَ أَثَرَ كَفٍّ كَأَنَّهُ قَدْ أَخَذَ مِنْهُ فَذَكَرَ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «تُرِيدُ أَنْ تَأْخُذَهُ؟» قُلْ: سُبْحَانَ مَنْ سَخَّرَكَ لِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.Anh, bahawa beliau (diamanahkan menyimpan) tamar daripada zakat. Lalu beliau mendapati sebahagian tamar telah dicuri sebesar tapak tangan. Beliau memaklumkannya kepada Nabi SAW lalu Baginda bersabda: Adakah kamu mahu menangkapnya? Katakan: Maha suci Allah yang menundukkan kamu untuk Muhammad SAW
Riwayat al-NasaI (7963)
Hadis lain pula meriwayatkan:
عَنْ جَابِرٍ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: «غَطُّوا الْإِنَاءَ، وَأَوْكُوا السِّقَاءَ، وَأَغْلِقُوا الْبَابَ، وَأَطْفِئُوا السِّرَاجَ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَحُلُّ سِقَاءً، وَلَا يَفْتَحُ بَابًا، وَلَا يَكْشِفُ إِنَاءً، فَإِنْ لَمْ يَجِدْ أَحَدُكُمْ إِلَّا أَنْ يَعْرُضَ عَلَى إِنَائِهِ عُودًا، وَيَذْكُرَ اسْمَ اللهِ، فَلْيَفْعَلْ، فَإِنَّ الْفُوَيْسِقَةَ تُضْرِمُ عَلَى أَهْلِ الْبَيْتِ بَيْتَهُمْ»
Maksudnya: Daripada Jabir daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Tutuplah bekas-bekas makanan kamu, rapatkanlah bekas-bekas minuman, tutuplah pintu-pintu, padamkanlah lampu-lampu, kerana syaitan tidak dapat membuka ikatan bekas minuman, membuka pintu dan membuka bekas makanan.
Jika kalian tidak mempunyai penutupnya kecuali dengan meletakkan di atas bekas itu sebatang kayu dan menyebut nama Allah, maka lakukanlah! Sesungguhnya tikus boleh merosakkan pemilik rumah dengan membakar rumah mereka.
Riwayat Muslim (2012)
Daripada hadis-hadis ini, Ibn al-Arabi berpendapat hanya orang mukmin yang mempercayai jin mampu melakukan perkara-perkara pelik dan luar biasa seperti menembusi celah-celah yang sempit.
Walau bagaimanapun, ia tidak mampu dilakukan oleh jin jika perbuatan menutup pintu, bekas makanan dan lain-lain disertai dengan zikir (bacaan basmalah). Lihat al-Tanwir Syarh al-Jami al-Saghir, 7/435.
Kesimpulannya, berdasarkan nas-nas syarak yang dinyatakan, tidak dinafikan jin dan syaitan mampu untuk memberi kesan terhadap perkara-perkara fizikal jika diizinkan Allah SWT. Ini kerana, jin dan syaitan merupakan makhluk Allah SWT yang diberikan kemampuan dan upaya tertentu.
Sebagai seorang mukmin, kita disuruh beriman dengan kewujudan mereka tanpa menokoktambah sehingga menimbulkan kepercayaan khurafat dan tahyul.
Akhirnya, kami mengesyorkan agar kita sentiasa mengamalkan doa-doa dan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah SAW bagi menghindarkan diri daripada sebarang gangguan makhluk berkenaan.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-1-2020 05:59 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 9-1-2020 05:24 PM
yang tak kena boleh lah cakap macam2. kalau panggil fireman pun masalah ni xselesai. ni masalah punc ...

pihak bomba pun ada mengulas masa kebakaran rumah lama Mok Nab. Bomba buntu cari punca api misteri.  ini videonya...


https://www.facebook.com/watch/?v=1150311381767851

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba google "Sicily mystery fires". Arsonist punya keje ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.096749s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list