Kongsi Tular

Cari-Azza Lv.14

Fav


Isu gaji rendah memang normal di Malaysia sehinggakan ada yang bergelar graduan sendiri pun mendapat gaji seperti SPM. Tidak hairanlah ada sahaja yang mencari peluang untuk bekerja di luar negara kerana peluang lebih besar di luar sana. Lihat sahaja pelajar Malaysia yang akhirnya bekerja di luar negara kerana faktor gaji, seperti Dr.Amalina dan lain-lain.


Portal Maukerja mengupas isu ini lalu memilih rakyat Malaysia yang bekerja di negara jiran, Singapura. Tiga orang responden dipilih dengan pelbagai persoalan ditanyakan. Antaranya ialah mengapa mereka sanggup bangun awal, bersesak semata-mata untuk cop pasport dan sebagainya. Tidak lain tidak bukan jawapannya ialah kerana faktor gaji.






"Kerja Singapura mental memang kena kuat. 2K Malaysia awak boleh dapat apa ya, awak convert Malaysia, awak dapat 6K lebih."



Sememangnya itu adalah faktor utama mengapa ramai graduan Malaysia memilih kerja di sana. Jika terpaksa bangun seawal jam 4 pagi untuk ke seberang laut, hal yang sama juga dilakukan di sini tetapi dengan gaji yang lebih rendah. Jadi, mereka sanggup berpenat lelah asalkan pulangannya berbaloi.



FB


Bukan sahaja bidang profesional yang menjadi pilihan rakyat kita, tetapi merangkumi bidang lain juga seperti industri makanan dan minuman (F&B), industri minyak dan gas serta lain-lain. Dalam masa sama mereka turut menasihatkan agar sesiapa yang mahu bekerja di sana supaya bergerak sendiri dan bukannya mengikut ejen yang akan mengambil sebahagian besar gaji pekerja.



"Kebanyakkan budak-budak muda ni, bila dioffer kerja Singapura, dorang akan terus, wah! duit banyak ni. Tapi bila melalui ejen, apa yang diidamkan tak dapat."



Google





Pendapat tersebut mendapat pelbagai respon daripada warganet. Ada yang bersetuju kerana apa yang penting ialah hasil dari penat lelah selama ini bekerja. Begitu juga dengan tidak bersetuju kerana beranggapan jika semua anak muda ke Singapura, siapa yang akan bekerja di Malaysia? Bangla?







Bagaimanapun, mereka juga sempat memberikan tip untuk bekerja di sana perlu ada target. Sebagai contoh bekerja selama lima tahun di Singapura mungkin kita boleh membeli rumah, kenderaan dan sebagainya.



Itu kata-kata mereka yang bekerja di Singapura. Jadi biarpun terpaksa bersusah payah dan berkejar-kejar untuk bekerja itu tidak mengapa kerana pulangannya sangat berbaloi, berbanding kerja di Malaysia. Jadi, bagaimana anak muda sekalian? - CARI






To admire the
There are 1 People reward the building owner
1.1K Views
78 Reply Reverse order

umbut Lv.13 2#

Kos sara hidup bagi sporean tinggi lah.. rumah kecil dan mahal... diorang mewah bila turun johor je... kalau sanggup bangun subuh redah jem kat imigresen balik malam... gi lah... kerja sana maybe besar tapi ada risiko kena buang kalau ekonomi down cam dulu...

sarahmirza Lv.14 3#

Quote: umbut replied at 3-1-2020 11:05 AM
Kos sara hidup bagi sporean tinggi lah.. rumah kecil dan mahal... diorang mewah bila turun johor je. ...


Ramai yang sanggup, beribu2 jumlahnya...
Sangat biasa kat JB ni....
Area taman i siap ada car pool hari2 keluar masuk spore.. Driver msian juga beli mpv sebab jadik driver pekerja ni..

Kerja Msia pun ekonomi gawat risk kena buang kerja jugak...

johan-adx Lv.22 4#

Quote: umbut replied at 3-1-2020 11:05 AM
Kos sara hidup bagi sporean tinggi lah.. rumah kecil dan mahal... diorang mewah bila turun johor je. ...

btul tu..org spore dia belagak kaya bila msk malaysia..
klu kt sana..dia mcm kita jgk

prettyuglybabe Lv.17 5#

sgd2000 cuba ko hidup kat singapore tengok macam mana..
duduk malaysia boleh la nak berlagak convert semua ke rm..
gaji banyak tapi tak ada life keluar balik tak nampak matahari best ke..
i rasa kat sini pun ramai bergaji 6k and lebih..
tapi life balance..
tak terkejar-kejar tido bangun awal untuk beratur cop passport..

syidasaleh Lv.10 6#

TT tak reti tulis gaji 2000 SGD ke? Ni dua2 RM. Apa ntah

Benjoz Lv.1 7#

Kat malaysia mampu buat makan lepastu dapat tahi je.. konon kata 2020 malaysia maju.. maju ape? LANCAUUUU

Kakikomen Lv.1 8#

Quote: umbut replied at 3-1-2020 11:05 AM
Kos sara hidup bagi sporean tinggi lah.. rumah kecil dan mahal... diorang mewah bila turun johor je. ...

Rumah dia sama je price dengan malaysia. Satu bilik $300 sorang. Kos makan dia daily aku makan nasi dgn ayam dgn nescafe ais $3.80. Kat Malaysia ada ke dapat macam tu?

Gaji Singapore : $2000 - bilik $300, makan minum $50-70 sebulan, topup mrt card $50 ada balance $1580
Gaji Malaysia : RM2000 - bilik RM300, makan minum RM500, transportation RM300 ada balance RM700

Sebagai orang Malaysia yang kerja dan menetap di Singapore aku tak rasa kos sara hidup dia tinggi.
Unless kau mmg boros lah

umbut Lv.13 9#

Edited by umbut at 3-1-2020 01:15 PM
Quote: Kakikomen replied at 3-1-2020 12:28 PM
Rumah dia sama je price dengan malaysia. Satu bilik $300 sorang. Kos makan dia daily aku makan nas ...


Apa apalah.. tu pandangan ko..
Yg aku komen ni based sedara mara aku yg warganegara sana..  based yg ada family bkn dok sorang2...

talapia Lv.12 10#

yg sanggup beratur berjam2 nak masuk singapore tu tiap subuh... bolehla.

keje kt Singapore dgn kelayakan yg sama.. kt M'sia dapat RM2000.. jadi taik je. Kat Singapore dapat S$2000 convert RM dapat RM6000... beso dah tu kan. Tu yang sanggup walau takde life.. habis masa atas jalan aje.

Tapi klau keje kt Malaysia pon dia boleh dapat RM6000... takyahla korbankan masa dengan family tu dok berjam2 kat imigresen... walaupon klau keje kt Singapore boleh dapat S$6000 gak.. convert dah RM18000 kot..

rasanya yang ramai keje pergi balik hari kt singapore ni yang keje bawahan..  dari dapat RM2000 boleh jadi S$6000.. berbaloila.

Orix Lv.14 11#

Quote: talapia: yg sanggup beratur berjam2 nak masuk singapore tu tiap subuh... bolehla.keje kt Singapore dgn kelayakan yg sama.. kt M'sia dapat RM2000.. jadi taik je ...


Takat rm6k sebulan hidup xde life baik meniaga pasar malam jah.

pokaibanktokyo Lv.9 12#

Quote: Benjoz replied at 3-1-2020 03:53 AM
Kat malaysia mampu buat makan lepastu dapat tahi je.. konon kata 2020 malaysia maju.. maju ape? LANC ...

Bodoh lu pundek. Ingat singapura maju ka ? Maju apa ? Jadi amah lelaki cuci jamban di kediaman ekspat dari malaysia ?

pokaibanktokyo Lv.9 13#

@Cari-Azza
Engkau sendiri kerja gaji ciput di malaysia apahal mau tanya lagi dapat apa  ?

Kakikomen Lv.1 14#

Edited by Kakikomen at 3-1-2020 02:14 PM

Ramai nya orang butthurt pasal kerja singapore ni. Kitorang rajin dan tak putus asa. Ikut rezeki masing masing. Kitorang semua tak pandai. Ada degree je. Tak mampu gaji RM6000 sebab takde experience 15 tahun lagi. Pastu tak pandai cakap Mandarin. Pastu takde kabel kuat. So kitorang redha je kerja fast food, cleaner apa semua untuk dapat gaji besar. Huhhu.

Nana_Man Lv.14 15#

Quote: umbut replied at 3-1-2020 01:11 PM
Apa apalah.. tu pandangan ko..
Yg aku komen ni based sedara mara aku yg warganegara sana..  ba ...

Kalau org spore yg ada family, ckp lah laki bini ngan anak 3 orang, $2000 tu ckp2 makan jer. Lepas potong cpf, tinggal $1600. Jd pandai2 lah ngan $1600 tu uruskn makan minum, transport, bayar letrik, bayar hp bills. Kalau beli ruma, duit potong dari cpf tu dorang gunakn untk bayar ruma.

Nana_Man Lv.14 16#

Quote: talapia replied at 3-1-2020 01:13 PM
yg sanggup beratur berjam2 nak masuk singapore tu tiap subuh... bolehla.

keje kt Singapore dgn ke ...

Ramai yg keje kat spore yg gaji pun tak besar sgt. Mcm $2000 jer sebulan. Yg keje kat kilang2 pun ramai jgk. Kalau nasib baik dpt keje shift, 15 hari keje dlm sebulan tu yg untung. Bole rehat waktu off days.
Respect kat org msia yg tiap ari naik motor untk gi keje. Aku nmpk masa ari tak hujan jer. Tak tau lah mcm ner kalau tgh hujan2 lebat. Kalau dorang ada high education leh earn rm6000 tiap bulan, dorang mesti tak nk buat mcm tu. Pasal takleh dpt lah dorang lg rela ulang-alik mcm tu, untk masa depan atau family masing2.

Nana_Man Lv.14 17#

Quote: Kakikomen replied at 3-1-2020 02:12 PM
Ramai nya orang butthurt pasal kerja singapore ni. Kitorang rajin dan tak putus asa. Ikut rezeki mas ...

Yg aku prasan ni.. org msia benci ngan org spore yg berlagak kaya bila di msia, padahal dorang tu yg contribute untk economy
Msia jgk.
Dan org msia yg butthurt ngan org msia sendiri yg keje kat spore. Seriously, org2 gini yg untung lepas brape tahun keje kat spore. Siap ada rumah besar n kereta besar walaupun keje jd bus driver atau teknisyen jer.

umbut Lv.13 18#

Quote: Kakikomen replied at 3-1-2020 02:12 PM
Ramai nya orang butthurt pasal kerja singapore ni. Kitorang rajin dan tak putus asa. Ikut rezeki mas ...

Xda sapa lah nak sakit hati kat ko... kerja je lah... asal kau happy

minahmanja Lv.11 19#

citer psl keje spore vs keje msia ni, sama je mcm kau compare  keje kat indon vs msia... diorg still akn ckp keje kat msia boleh buat duit.. satu nk citer, mggu lepas aku q kat atm, depan aku pekerja kilang warga indo.. dia check balance dlm acc, ade 2 acc. satu acc tu baki ade rm.22. aku mcm nk sedih, lepas tu dia check baki acc satu lg, ade rm50k.. terkejut aku.. terus tk jadik nk sedih... aku terfikir brapa lama la dia menabung & berjimat cermat nk sampai 50k tu.. sekian aku melaporkan ...

Artemesiaa Lv.17 20#

Kalau sanggup balik hari habiskan masa banyak diatas jalan hadap jam super teruk ditambak silakan je
1234Next