CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10590|Reply: 67

Tolak Adegan Bersentuhan - Nadzmi Adhwa Tiada Tawaran Berlakon Lepas Kahwin

[Copy link]
Post time 18-12-2019 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Betul yang orang selalu kata, rezeki lepas kahwin itu memang ada.


Namun lain pula yang berlaku pada pelakon Nadzmi Adhwa. Nadzmi  diuji apabila tidak menerima tawaran berlakon sejak mendirikan rumah tangga lebih tiga bulan lalu.






Menurutnya namanya pernah ditolak sesetengah produksi hanya kerana statusnya sebagai suami. Tambahan pula beliau menolak untuk tidak melakonkan babak bersentuhan demi menjaga hati isterinya, Ardell Aryana.


"Memang saya agak terkesan apabila tiada tawaran diterima, tetapi saya tidak boleh terbawa-bawa dengan perasaan. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan bukan hanya menerusi tawaran berlakon.

"Secara jujur, saya memang menunggu tawaran berlakon, namun rezeki sudah tidak seperti ketika saya masih bujang. Saya pula lebih mengutamakan kepuasan dan watak yang ditawarkan, manakala soal bayaran jatuh nombor dua.

"Tersentak juga apabila ada penerbit memberitahu, dia tidak mahu ambil saya berlakon hanya kerana sudah berkahwin. Namun, hidup perlu diteruskan," katanya memetik laporan Berita Harian.






Tapi itulah, terma rezeki sebenarnya tak tertumpu satu saja, ada orang dikurniakan rezeki bisnes, kerjaya, anak dan sebagainya. Walaupun tiada rezeki tawaran berlakon, rezekinya tetap murah, terutama dalam bidang perniagaan.


"Saya seronok berlakon, malah minat itu tidak pernah mati. Begitu juga isteri yang masih berminat meneruskan kerjaya lakonan.

"Tetapi, apabila kurang tawaran berlakon, kami perlu mencari peluang lain, termasuk mengusahakan perniagaan.

"Bukan mahu mendabik dada, tetapi saya bersyukur masih punya pendapatan lain. Cuma, saya dan isteri masih mahu berlakon untuk berkongsi bakat yang ada," katanya yang mengusahakan pusat laser bulu, Hairy Mary bersama rakan kongsi.


Dalam pada itu, Nadzmi bagaimanapun, bersyukur dua filem yang diterajuinya iaitu Anak Perjanjian Syaitan dan terbaru, Busut Bonang mendapat reaksi positif penonton.


  





Mengenai perkahwinan, Nadzmi mengakui, dia sentiasa berusaha untuk menjadi suami yang baik.


  



"Alhamdulillah, hidup saya semakin bahagia dan sekarang, apa juga keputusan yang dibuat, pandangan isteri tetap diambil kira. Saya selesa dengan apa yang saya lalui ini, malah hidup semakin bermakna sejak ada isteri," katanya.


Bertabahlah Nadzmi. Ya benar, memang ada ujian yang Allah turunkan buat kita selepas kahwin, tapi percayalah setiap ujian yang turun, pasti ada khabar gembira selepasnya. - CARI


Sumber - Berita Harian, Instagram Nadzmi Adhwa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2019 11:58 AM | Show all posts
kepam je dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 12:02 PM | Show all posts
famousnya dia dgn bini dia kat porom nihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 12:05 PM | Show all posts
setakat watak tempelan je pun
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 12:10 PM | Show all posts
X abis2 nk iklan die dapat kuar dr feindzone.
Drama weh.
Pastu tu buat modal buat talk.
Bongok ya amats
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 12:18 PM | Show all posts
lor pelakon ke dua ketui ni....aku ingat instafamous jek...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2019 12:23 PM | Show all posts
sebelum kahwin berdendang joget2 hidustan dalam kereta. yihh
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 12:27 PM | Show all posts
boring la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2019 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hish.berlambak betul tibaiunta dlm industri skrg ni!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hafidz roshdi x brpegang tgn pn xde masalah . Rambut ko tu kasi elok la sket . Ko bkn pnyanyi . Plakon kot . Xkn anak ceo nk kna rmbt kembang dlm drama
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hafidz roshdi x brpegang tgn pn xde masalah . Rambut ko tu kasi elok la sket . Ko bkn pnyanyi . Plakon kot . Xkn anak ceo nk kna rmbt kembang dlm drama
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ce potong rambut
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 12:41 PM | Show all posts
inspiro92 replied at 18-12-2019 12:35 PM
Hish.berlambak betul tibaiunta dlm industri skrg ni!

tibai unta tu apa weh?
maafkan makcik yg tertinggal ets
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
wannoorazlina replied at 18-12-2019 04:41 AM
tibai unta tu apa weh?
maafkan makcik yg tertinggal ets

Golongan retis tiada bakat untuk dipertaruhkan ;gelaran keramat ciptaan sis sepitsiput
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 12:52 PM | Show all posts
inspiro92 replied at 18-12-2019 12:47 PM
Golongan retis tiada bakat untuk dipertaruhkan ;gelaran keramat ciptaan sis sepitsiput

oooo...baik2..baru faham
TQ ya
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 01:01 PM | Show all posts
setakat belakon watak tempelan xperlu pun gesel2 timang2 pelakon wanita persis julripin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2019 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Rambut tu betulkan.. Jaga penampilan, jaga badan.. Engko kepam sapa nak ambik?
Engko sapa nk pengarah, penerbit terima je rambut cmtu.. Xyah acah2 legend la
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 01:02 PM | Show all posts
kalau dia, perlu ke watak pegang2?

lain la remy sehak ke...jul ripin ke...sapik kail ker

konpius iiii

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 01:06 PM | Show all posts
Kena versatile, ubah-ubah cutting rambut, pakaian, karekter.  Asal keluar TV itu ajelah gayanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 01:20 PM | Show all posts
haiyooo kepam nok lps kawen
tlg jaga image ramai la ntn  amik berlakon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.396846 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list