Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1380
View
12
Reply

[Tempatan] Juruterbang MH370 beri isyarat lokasi kapal terbang dalam foto keluarga, kata la

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 16-12-2019 01:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-12-2019 09:02 AM

Juruterbang MH370 beri isyarat lokasi kapal terbang dalam foto keluarga, kata laporanFMT Reporters -

December 15, 2019 7:39 PM





Orang ramai melihat cebisan pesawat yang dikatakan daripada MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014. (Gambar Bernama)



PETALING JAYA: Seorang jurutera aeronautik mendakwa juruterbang MH370 memberikan isyarat lokasi beliau akan menerbangkan pesawat terbabit dalam satu foto keluarga yang diterbitkan selepas insiden kehilangannya.

Dianggap sebagai satu misteri besar dalam sejarah penerbangan dunia, pesawat MH370 hilang pada 8 Mac 2014 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan mengorbankan kesemua 239 penumpang dan anak kapal, yang sehingga kini tidak ditemui.

Bercakap kepada Daily Star Online Britain, jurutera warga Mesir Ismail Hamad mendakwa foto pertama membabitkan Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diterbitkan selepas kejadian merupakan petunjuk lokasi pesawat itu diterbangkan.
Ismail mendakwa foto tersebut menunjukkan keluarga Zaharie duduk di sofa dengan corak berwarna biru yang merujuk kepada satu gugusan pulau di Filipina ke mana juruterbang itu diandaikan menerbangkan pesawat berkenaan.

Sekiranya juruterbang pesawat tersebut, iaitu Kapten Zaharie Ahmed Shah, merancang danmengambil langkah menyembunyikan pesawat berkenaan daripada radar dan mata manusia seperti didakwa, saya percaya beliau membocorkan kepada kita satu mesej berkod sebagai simbol tempat pesawat itu disembunyikan dalam foto pertamanya di rumah beliau yang didedahkan kepada dunia, Ismail memberitahu Daily Star Online dalam satu artikel yang diterbitkan hari ini.

Beliau seolah-olah berkata, sesiapa yang mahu mencari saya dan pesawat berkenaan hendaklah mencarinya di sebuah pulau di gugusan tertentu, bukannya di lautan, katanya.

Tiada satu teori tentang kehilangan pesawat MH370, termasuk percubaan merampasnya oleh Zaharie, ia dirampas dalam satu plot pengganas atau dibawa ke satu lokasi di Rusia sebagai usaha Presiden Vladimir Putin mengugut negara Barat berhubung krisis di Ukraine berjaya dibuktikan.

Walaupun beberapa cebisan bangkai pesawat dilaporkan ditemui di beberapa pantai di Lautan Hindi, namun operasi mencari MH370 dihentikan tahun lepas.

tags: mh370, kapten zaharie ahmed shah, pesawat, hilang, lautan hindi, filipina, jurutera aeronautik, foto keluarga, ismail hamad.




Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Pulau hai hao tu ke..sempadan vietnam china..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
mana nak tengok gambo tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:17 AM | Show all posts
Hahahaha ... Salam MH 370...

Pandai betol  MH 370 sembunyi .... Tampaknya Kapten Zaharie masih belum tahu bahwa UMNO/BN sudah tewas sehingga ia X perlu takut lagi pulang ke Malaysia ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 08:55 AM | Show all posts
bongoknya teori dia.. senang2 je tgk gambar camtu pastu kata itu klu.

dah kalau dia amik gambar kat disneyland, dia sorok kapal terbang tu kat disneyland ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 09:26 AM | Show all posts
kemana agknya MH370 sbnrnya..Hanya Allah je yg tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 09:38 AM | Show all posts
MH370 ni pun salah satu isu yang dulu dimanipulasi
RBA DAPig

konon kalo PH menang boleh setel, konon DS Najib berpakat
dengan Amerika la apa la

apa ke bodoh sialnya mahacai
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 10:05 AM | Show all posts
anwar cakap dia boleh bagi settle 5sec kalau PH menang...hebat hebat...skg dah >1 thn PH menang...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku satu hapa x paham apa sttment  ni cakap
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 10:33 AM | Show all posts
banyk sgt tgk cerita detective conan ni...ni sampai kuar teori gini...adei....

tinggi betul imaginasi..sampai ke kapet kaler biru pun boleh jadi clue...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 10:33 AM | Show all posts
Simunggu replied at 16-12-2019 10:05 AM
anwar cakap dia boleh bagi settle 5sec kalau PH menang...hebat hebat...skg dah >1 thn PH menang...

ironi nya dah 500 hari lebih
senyap je gomen xnak citer pasal ni

masa tu semua statement gomen BN kena hentam oleh pembangkang

i x dpt bayangkan bijak pandai PH, kalu terjadi zaman PH jd gomen


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 10:34 AM | Show all posts
MH370, x tbayang ape jadi kat diorang ni

MH17 tu atleast tahu juga, yg ni hilang tanpa berita
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 10:57 AM | Show all posts
haruslah replied at 16-12-2019 10:33 AM
ironi nya dah 500 hari lebih
senyap je gomen xnak citer pasal ni

nampak gaya BN, UMNO masih relevant...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.079282s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list