Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
3036
View
91
Reply

[Dunia] DIA TIDAK MAHU MENYEBUT ROHINGYA

[Copy link]

Author: jahcomel       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-12-2019 09:35 AM | Show all posts |Read mode















Cikgu Azmi ·

Kenyataan Media
14 hb Disember 2019
DIA TIDAK MAHU MENYEBUT ROHINGYA
Kami mengecam sikap tidak berperikemanusiaan Ang San Suu Kyi yang mewakili tentera Myanmar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa ( ICJ ) di the Hague , Belanda yang berlangsung sekarang.
Di ICJ sekarang , beliau yang dulu digelar ikon demokrasi Myanmar bertukar menjadi seorang pembela tentera Myanmar yang dibukti oleh siasatan agensi dunia termasuk PBB sebagai penjenayah keatas kemanusiaan. Malah terbukti tentera Myanmar telah melakukan jenayah genosid keatas etnik Rohingya..
Malah dalam pembentangan pembelaannya di mahkamah tersebut tidak sekalipun dia mahu menyebut perkataan Rohingya.
Dia menganggap etnik Rohingya tidak memiliki nama, tidak mempunyai kewarganegaraan , malah tidak wujud.
Sikap beliau berdiri di hadapan 17 orang hakim mahkamah ICJ itu telah mendedahkan peribadinya yang sebenar iaitu dia ada seorang yang tidak berhati perut dan bersikap hipokrit tahap tinggi.
Kami menganggap beliau kini sebagai pengkhianat kepada demokrasi malah seorang agen yang bersekongkol dengan penjenayah tentera yang paling zalim.
Peliknya dia pernah dihukum tahanan rumah oleh tentera junta Burma itu sendiri antara 15 hingga 21 tahun dari 1989 hingga 2010.
Suaranya yang tegas untuk menegakkan demokrasi dan hak manusia di Burma ketika itu menyebabkan beliau disanjungi oleh dunia terutama Barat sehingga dianugerah 9 hadiah antarabangsa termasuk Anugerah Keamanan Nobel pada 1991.
Kini di hadapan mahkamah tertinggi dunia, sepatah perkataan Rohingya pun tidak diungkapnya. Padahal maudhu' utama perbicaraan yang dibawa oleh Gambia yang mewakili OIC ialah menuntut agar ICJ menghukum Myanmar melakukan jenayah genosid ke atas etnik Rohingya.
Sehingga ini beliau memekakkan telinganya dan membutakan matanya terhadap perlakuan barbarik tentera Myanmar bersama puak militan dan teroris Buddhis di negara itu.
Kezaliman ke atas etnik Rohingya itu dianggap PBB sebagai etnik paling tertindas didunia lebih-lebih lagi dalam alaf kemodenan ini.
Jutaan yang diusir, ribuan yang dirogol, dibunuh, ditangkap dan diseksa, kanak-kanak dibunuh dengan kejam, dihumban kedalam api, mayat dicincang, rumah dan perkampungan dibakar adalah antara gambaran dari testimoni yang dikisahkan oleh ribuan mangsa keganasan dan kezaliman tentera Myanmar.
Malangnya beliau menganggap semua laporan ini tidak wujud. Alasan beliau ialah alasan yang beliau terima dari penjenayah tentera sendiri iaitu untuk menjaga keamanan Myanmar.
Tiba-tiba beliau berhujah tindakan tentera itu betul kerana mahu menghapuskan kononnya teroris.
Kami mengutuk keras pendirian beliau yang kini cuba mengambarkan bahawa operasi tentera Myanmar yang melakukan kekerasan keatas etnik Rohingya selama ini adalah betul dan punya justifikasi.
Kami mendesak agar ICJ bertegas untuk menghukum Myanmar sebagai negara penjenayah dan mengarahkan semua pelanggaran hak manusia dan jenayah genosid Myanmar dihentikan serta merta.
Penderitaan etnik Rohingya sudah terlalu lama. Dunia terhutang kepada jutaan mangsa Rohingya.
Etnik Rohingya berhak mendapat keadilan dan untuk hidup bermaruah.
Rohingya memilikki identiti, bahasa, tamadun, dan tanah air mereka sendiri iaitu Arakan yang dirampas oleh Burma.
Ang San Suu Kyi tidak layak bercakap soal demokrasi dan keamanan lagi. Beliau kini adalah lambang penzalim yang perlu didedah kepada dunia dan semua gelaran dan anugerah yang diberi kepada beliau perlu dicabut dan digugurkan.
Mohd Azmi Abdul Hamud
Presiden MAPIM

*Myanmar kena terima rakyat dia nih Rohingya kena bg Arakan tu pd mereka...Rohingya nih dh lama tinggal kt negara2 luar n akn mnyusahkn pihak negara luar nk setel masalah mereka.









Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
harap lepas rohingya ni dapat hak, boleh hantar dorang balik sana. semak je dekat malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 09:48 AM | Show all posts
devil jews ariel sharon versi betina dari burma
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 15-12-2019 09:46 AM
harap lepas rohingya ni dapat hak, boleh hantar dorang balik sana. semak je dekat malaysia ni

Yap.. Dulu kita pernah terima Vietnam.. Dah ok.. Kita antar balik tak salah aku.

Jadi bila arakan dibgi balik pada Rohingya.. Selayaknya depa semua dihantar balik.. Bila balik negeri sendiri.. Ni asyik harap org luar saja mempertahankan utk depa.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-12-2019 10:53 AM | Show all posts
tu lh kena desak myanmar bg arakan tu kt rohingya boleh anta balik puak2 nih...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by NakamuraOmori at 15-12-2019 01:03 PM
sarah82 replied at 15-12-2019 10:45 AM
Yap.. Dulu kita pernah terima Vietnam.. Dah ok.. Kita antar balik tak salah aku.

Jadi bila ara ...


You are wrong, all of the Vietnamese refugees had already migrated to USA. Their life is way better than most of you.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
well.. myanmar apa peduli..depa mmg x nak rohingya kat sana.. uols nak ambik depa berbondong2? silalah...senang keja depa
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-12-2019 10:45 AM
Yap.. Dulu kita pernah terima Vietnam.. Dah ok.. Kita antar balik tak salah aku.

Jadi bila ara ...

Sarah.. dia dah maiiii.. dah jd jupun.. ckp omputihh abuk abuk.. hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg mau rohingya nii.. jahakk..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:13 AM | Show all posts
pejuang demokrashit...sistem terbaik kata depa.....wakakakakakakakakakkakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Semak la rohingya2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:24 AM | Show all posts
myanmar tetap perlu dihukum even dah bg arakan tu dkt rohingya nanti. semak la rohingya dkt mesia ni bkn nak kata apa, mencacatkan pemandangan jd peminta sedekah and bangsa dorang amat la pengotor
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak silap masa Suu Kyi ni dipenjara rumah, Malaysia la yg beria buat perundingan apa semua untuk bebaskan dia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-12-2019 10:45 AM
Yap.. Dulu kita pernah terima Vietnam.. Dah ok.. Kita antar balik tak salah aku.

Jadi bila ara ...

Vietnam tu pun buat masalah besar kat pulau tu suatu masa dulu, nasib baik dah balik semula
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:53 AM | Show all posts

tanya sikit, dari mana mereka datang sebenarnya ?
kenapa dulu dulu tak ada yg datang ke malaysia ?
kenapa tiba-tiba sekarang ramai ke malaysia ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:55 AM | Show all posts

orang dekat biasanya lebih mengenali,

contohnya mesir buat tembok sempadan gaza,
https://en.wikipedia.org/wiki/Gaza%E2%80%93Egypt_border
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 15-12-2019 11:55 AM
orang dekat biasanya lebih mengenali,

contohnya mesir buat tembok sempadan gaza,

Apa maksud ini? Ereb Mesir sundri malas tolong Ereb Palestin?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Perangai kurang semenggah dan jahat,kejam rohingya ni..aku tak rasa tentera mynmar 100% salah dalam hal ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala dia dgn ank2 dia pon sgup dia tinggalkan semata2 nk  pertahankan perjuangan dia. Apatah lgi dia nak kisah rakyat bukan seagama. Anak dia yg sulung sampai sudah x cari mak dia kt myanmar wpon mak dia da x jadi tahanan rumah. Perjuangan dia mcm perjuangan peribadi jeh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantaq la blk cpt2 puak ni. Semak mlesya ja. Dok sini pon kurg ajaq. Samseng.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.094490s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list