Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
778
View
8
Reply

[Tempatan] Otai Reformis Macam NGO Nyamuk, Lebih Baik Diam – Zuraida

[Copy link]

Author: harizs    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-12-2019 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
HomeBERITA

Otai Reformis Macam NGO Nyamuk, Lebih Baik Diam – Zuraida

BERITA
Dec 14, 2019
84
Shares


(Malaysia Gazette) – Naib Presiden PKR,  Zuraida Kamaruddin menganggap segelintir pertubuhan bukan kerajaaan (NGO) yang mengeluarkan kenyataan berhubung krisis dalaman partinya tidak lebih sekadar pengacau.

Malah Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyamakan kumpulan itu sebagai nyamuk yang kerjanya terbang dan menggigit orang.

Antara yang dimaksudkan oleh Zuraida termasuklah Otai Reformis 98 yang sebelum ini mendesak supaya PKR memecat dirinya yang didakwa mengaibkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan di sebuah hotel di ibu negara Ahad lalu.

“Biasalah ‘nyamuk’. Suka terbang-terbang, gigit orang bagi gatal-gatal. Gatal-gatal kita garu sahaja, sikit sahaja. Bagi saya mereka ini seperti telur separuh masak sahaja. Tidak tahu apa pun.

“NGO-NGO seperti ini yang tidak tahu apa-apa yang sedang berlaku dalaman lebih baik jangan terlibat. Asyik melaga-lagakan semua pihak.



“Ini adalah tempoh bertenang untuk kedua-dua belah pihak. Demi kemakmuran dan kepentingan semua termasuk negara, yang lain tidak relevan boleh diam sahaja,” katanya.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata demikian selepas merasmikan Projek Komuniti HUB Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2019 di Flat Taman Dagang Jaya hari ini.

Ketika ditanya oleh pemberita adakah Otai Reformis 98 antara NGO itu, sambil tertawa sambil menyatakan: ‘Ya, antaranya’.

Sebelum ini,  Otai Reformis 98 mendesak PKR memecat Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan enam pemimpin parti itu yang didakwa melanggar disiplin parti, khususnya tidak menghormati Anwar.

Enam pemimpin dimaksudkan ialah Zuraida dan Tian Chua; Ketua Wanita, Haniza Mohamed Talha; Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Timbalan Ketua Angkatan Muda (AMK) Nasional, Muhammad Hilman Idham dan Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr Afif Bahardin.

Katanya, Otai Reformis 98 turut menyifatkan tindakan pemimpin terbabit yang tidak hadir atau keluar dewan ketika Kongres Nasional PKR 2019 di Melaka Sabtu lalu sebagai sabotaj terhadap parti serta Presiden.



Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
eksen btul mak lampir ni skrg ek
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
gini gini gini
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 14-12-2019 04:23 PM
eksen btul mak lampir ni skrg ek


Mcm tu la bila dpt kuasa. Janji2 Ph nak ringankan beban rakyat pun tak tertunai. Diorg lupa tanpa sokongan reformis dan macai bodoh pakatan haramjadah lain diorg tak ke mana pun. Kelayakan akademik pun byk yang manipu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Berlagaknya cakap
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-12-2019 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila sebut mahathir, anwar buat tangan gini...gini...gini
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 12:51 PM | Show all posts
Macam-macam hal
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia yg start kekacauan,lepas tu tuduh org lain.

Tapi takpelah. Baguslah diaorg bergaduh. Biar berpecah pkr tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm.. Perangaimasih lg dlm mode pembangkang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.083230s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list