Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
416
View
7
Reply

[Tempatan] KKM sedia teliti cadangan penanda aras harga ubat

[Copy link]

Author: GuaSayangMelaka       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-12-2019 02:13 PM | Show all posts |Read mode
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia meneliti cadangan untuk menetapkan satu penanda aras bagi harga ubat dan bekalan farmasi pada masa hadapan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, itu adalah cadangan yang baik dan perlu diberi perhatian bagi memastikan kos dan perbelanjaan kesihatan dibayar oleh rakyat tidak membebankan.

Cadangan (menetapkan harga ubat dan bekalan farmasi) pastinya datang daripada pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kos dibayar rakyat adalah munasabah.

Cadangan itu saya akan ambil perhatian, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkhatan amal di Klinik Wakaf An-Nur, Masjid Nurul Iman Ijok, di Kuala Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan pemain-pemain industri insurans dan takaful supaya KKM mengkaji kemungkinan menetapkan penanda aras kepada harga ubat dan bekalan farmasi memandangkan kos perbelanjaan kesihatan yang semakin meningkat.
BERNAMA sebelum ini melaporkan satu kenyataan oleh pemain-pemain industri yang mendakwa jumlah perbelanjaan kesihatan tahun lalu menjangkau RM60.147 bilion dengan 52 peratus dibiayai oleh kerajaan dan bakinya sebanyak 35 peratus dibayar oleh isi rumah sendiri, manakala insurans swasta (tujuh peratus), perbadanan (empat peratus) dan lain-lain agensi (dua peratus).
Menurut kumpulan itu juga, sekiranya kos penjagaan kesihatan tidak dikawal, peningkatan dalam premium bagi insurans perubatan dan kesihatan tidak akan dapat dielakkan lagi.
Sementara itu, seramai 80 orang kanak-kanak lelaki berusia tujuh hingga 12 tahun dari sekitar daerah itu menyertai program berkhatan amal yang diadakan di masjid berkenaan.
Program berkenaan dianjurkan secara bersama oleh Hospital Pakar KPJ Selangor, Pertubuhan Sosial Orang Kuala Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Ibu kepada peserta program berkenaan, Hasmah Abdul Rahman, 39, berkata, beliau membawa dua anak lelakinya iaitu Mohd Ashraf Firdaus Azmi dan Mohd Arif Hafiz Azmi, masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun, berkhatan di masjid berkenaan untuk mengurangkan rasa gementar anaknya.
Selain mengurangkan rasa gementar kerana mereka akan dikhatan beramai-ramai, ia juga percuma jadi secara tidak langsung, kami dapat berjimat.
Mereka berdua juga tidak meragam dan ceria sepanjang perjalanan dari rumah kami di Sungai Buloh, katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi, kita kena bayar separuh harga ubat ke caner ni? Semua jenis atau jenis terpilih je?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-12-2019 02:52 PM | Show all posts
najib888 replied at 15-12-2019 10:50 AM
Jadi, kita kena bayar separuh harga ubat ke caner ni? Semua jenis atau jenis terpilih je?

Entah ..aku pn x x paham ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 03:02 PM | Show all posts
Ni mcm nk bg hint kos perubatan and ubat2an akan naik.
Maybe yg routine checkup pasni kene bayar separuh utk ubat darah tinggi, or insulin
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-12-2019 03:05 PM | Show all posts
slyfynx replied at 16-12-2019 07:02 AM
Ni mcm nk bg hint kos perubatan and ubat2an akan naik.
Maybe yg routine checkup pasni kene bayar se ...

ELOK swastakan semua klinik ,hospital .

sape x mampu ,tak paya pi tunggu mati

Zmn BN dikata BARANG NAIK ,PH pula PENAIK HARGA

2 X 5
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 03:53 PM | Show all posts
Elok bg full subsidi pada bumiputera sahaja.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-12-2019 02:35 AM | Show all posts
DollahRepek replied at 16-12-2019 07:53 AM
Elok bg full subsidi pada bumiputera sahaja.

ni cadangan ke menyentapkan puak Bumi ???
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 07:51 AM | Show all posts
GuaSayangMelaka replied at 17-12-2019 02:35 AM
ni cadangan ke menyentapkan puak Bumi ???

Cadangan jer..at least takder la hasil negara pergi kepada bukan bumiputera
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.086354s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list