Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
10138
View
157
Reply

[Tempatan] Wanita dikatakan teman hidup Samy Vellu tuntut nafkah RM25k sebulan. #30, Pic

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-12-2019 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 13-12-2019 02:14 AM

Wanita dikatakan teman hidup Samy Vellu tuntut nafkah RM25k sebulan

https://www.malaysiakini.com/news/503309

News  |  Diterbitkan Hari ini 9:28 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 9:31 pagi



Seorang wanita, yang dikenali sebagai E Meeriam Rosaline, telah memfailkan perintah interim daripada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan hak akses bertemu S Samy Vellu tanpa syarat.

Dia mendakwa sebagai bekas teman wanita presiden MIC itu dan memohon perintah mahkamah supaya dia dibayar wang nafkah RM25,000 bulanan sementara menunggu keputusan saman utamanya, lapor Free Malaysia Today.

Portal itu melaporkan Meeriam mendakwa pemberian nafkah dan faedah lain yang dibayar kepadanya telah dihentikan.

Katanya, anak lelaki Samy Vellu, Vell Paari telah mengambil alih kawalan kewangan bapanya sejak 2017 sambil menafikan pembayaran wang nafkah kepadanya.

Permohonan interim akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hashim Hamzah di Ipoh hari ini.

Meeriam, yang menetap di Ipoh, diwakili oleh peguam RSN Rayer dan Ramesh Sivakumar.

Dalam afidavit sokonganya, Meeriam berkata telah menjalin hubungan dengan Samy Vellu sejak 1981 dan mendakwa mempunyai dokumentasi bukti yang menyokong tuntutannya itu.


Pada Isnin, S Vell Paari (gambar, atas) mengesahkan beliau memfailkan saman pemula terhadap S Samy Vellu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menentukan sama ada bapanya itu mempunyai masalah mental dan tidak mampu menguruskan hal ehwal sendiri.

Vell Paari mengesahkan beliau mengarahkan peguamnya memfailkan permohonan itu pada 2 Disember lalu, berkata keluarganya "tiada pilihan" dan "ia keputusan yang sukar.".

Katanya, tindakan itu juga diambil disebabkan dua perkara iaitu saman Meeriam Rosaline Edward Paul terhadap bapanya dan dan diagnos pada 2017 yang mendapati Samy Vellu mempunyai demensia akibat masalah Alzheimer.

Vell Paari berkata bapanya, yang juga berumur 82 tahun, tidak lagi mampu mengenali ramai kawan-kawan lama.
Vell Paari berkata, bapanya juga lemah dalam mengingat apa yang berlaku.

Takrif masalah mental bawah Akta Kesihatan Mental 2001 selari dengan keadaan beliau, katanya.

Vell Paari menamakan bapanya itu sebagai denfendan tunggal.

Vell Paari juga mahu bapanya diperiksa oleh perunding neuropsychiatri dan mahukan laporan perubatan berkaitan.

Katanya, ibunya dan kakannya juga tahu tindakannya itu dan menyokongnya.

Samy Vellu berkhidmat sebagai anggota parlimen Sungai Siput selama lapan penggal berturut-turut dari 1974 ke 2008.

Dari tahun 1979 ke 2008 beliau berkhidmat sebagai menteri kerja raya dan menteri tenaga, telekomunikasi dan pos.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayyoyyoooo
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:16 AM | Show all posts
antara sebab dia mau mengaku gilah
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaa apasal tak sambung kat benang lama je
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:33 AM | Show all posts
gambar mana gambar c teman wanita...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Aaaaa

Gituh rupanyaaaa cerita sebenerrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Apooo? Ex gf pun nafkah bulanan 25k
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Srooopa itu mendiang sri devi?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:40 AM | Show all posts
cun tak?takde gambo ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:41 AM | Show all posts
kisahnyaaaa
bukan lah anak dia yg berebut nak take over harta
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:42 AM | Show all posts
ini cara andartu2 melayu, cina dan india cari wang
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Oooo pasal ini la anak bini dia rasa tergugat eh
takmo rete bertukar hakmilik.
Nak lak si gf yang jaga sammy vellu yg tengah tk sihat tu. layak apa
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:45 AM | Show all posts
lama tu since 1981.. skandal mmg boleh tuntut nafkah ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tahan abang sam ni tawww....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 11:24 AM | Show all posts
Patut lah anak laki wat cmtu... Dan disokong bini

Aarrr mmg patut sgt.. klau aku pun aku bakor je laki tu dlm umah, siksa cukop2, dh 81 mmg x leh wat apa lg kan
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 11:40 AM | Show all posts
wow so scandalous
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringinnya nak tengok skandal dia ni. Hot ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 12:10 PM | Show all posts
Ooo kesahnya nasib pihak yang satu lagi dah bersuara kalau tak tertanya apa kes bapak dengan anak ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 12:24 PM | Show all posts
jangan la kita menghisap dada.

marilah kita menderma dara.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau anak menang.. Jahanam terus perempuan simpanan tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.091427s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list