Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
928
View
15
Reply

[Tempatan] Cadangan PTPTN ditutup. (Saja nak test market, tgk respon rakyat)

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-12-2019 07:06 PM | Show all posts |Read mode
Pertimbang cadangan termasuk PTPTN ditutup



PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia mempertimbang cadangan mana-mana pihak untuk melihat badan itu berfungsi dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, ia termasuk menimbang cadangan yang dikemukakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mahu PTPTN ditutup bagi memastikan ia tidak dibebani hutang yang akhirnya memberikan beban kepada rakyat.

Sebenarnya daripada segi liabiliti sekarang ini tanggungan kita (PTPTN) memang besar (kira-kira RM54 bilion) dan saya mengalu-alukan cadangan yang diberikan semua pihak termasuklah AMK dan juga pimpinan parti komponen Pakatan Harapan.

Kita pertimbangkan semuanya dan apa yang kita buat adalah kita mengalukan cadangan kepada Kementerian Pendidikan, keputusan akhirnya akan dibuat Kementerian Pendidikan dan Kabinet.

Semua cadangan itu memang kita terima, sebenarnya saya rasa kita fokus kepada semua cadangan itu bukan dalam bidang kuasa kita (PTPTN), itu bidang kuasa Kementerian Kewangan, Kabinet dan Kementerian Pendidikan, katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Kembali Ke Sekolah PTPTN di Laman Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.

Majlis disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam ucapan dasarnya sempena Kongres Nasional AMK 2019 minggu lalu berkata, hutang lapuk PTPTN, jika terus diwarisi, berkemungkinan besar akan melangkaui hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau dipetik berkata, berdasarkan unjuran, hutang PTPTN akan meningkat menjadi RM76 bilion dalam masa 20 tahun dan atas sebab itu, AMK akan terus menjadi suara pendesak dalam memastikan PTPTN dimansuhkan dan digantikan dengan cara yang lebih holistik dan mapan.

Wan Saiful berkata, apa yang boleh dilakukan PTPTN ketika ini adalah dengan memastikan kempen penabungan berjalan lancar dan langkah itu akan diteruskan supaya kebergantungan rakyat kepada hutang dapat dikurangkan.

Katanya, PTPTN cuba mendekatkan rakyat dan menegaskan PTPTN adalah agensi yang penting dalam memastikan modal insan negara terpelihara dengan cara merakyatkan PTPTN dan itu akan terus menjadi fokus.

Beliau berkata, walaupun demikian PTPTN akan tetap menerima cadangan pelbagai pihak untuk dipertimbangkan dan diangkat, namun ia tertakluk kepada keputusan pihak atasan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Disember 2019
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ehhhhh sepatutnya free....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-12-2019 07:48 PM | Show all posts
baru peringkat cadangan  boleh la kira termasuk dlm 60 peratus manifesto DITUNAIKAN
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahanat... Baik2 ptptn perlu bayar balik, korang jugak letak dlm manifesto nak hapuskan hutang2 tu semua. Sekarang korang nak hapus,,, tapi hapuskan ptptn tu sekali. Apa susah, masuk he Kerja je peminjam automatic kena potong gaji. Data income tax/ epf boleh je guna
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
PTPTN ni la yang bantu golongan ekonomi bawahan yg ramainya melayu utk dapatkan umiversity qualification dan seterusnya dapat keje yang lebih bagus berbanding kalau dorg ni tak sambung belajar uni. Walaupun ramai yang kata berlambak ke grad tak keja, itu masalah lain yang perlu jugak kita tangani tapi tak bermaksud tak payah dah sambung belajar. Bila buat apa2 keputusan kena fikir dalam2 jangan disebabkan sekor dua nyamuk aedes, habis satu kelambu kena bakar. So bagi aku kalau kerajaan hapuskan PTPTN ni mmg ramai la org melayu yang takde uni qualification pastu last kena cop bodoh malas apesal makpak ko beranak. Gituhhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hapuskn ptptn..nanti dia buka nama lain pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tukar jadi bank pulak. Kapitalis ni licik.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 08:47 PM | Show all posts
minyak lalu bawah tanah....wakakakakakakakakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-12-2019 02:21 AM | Show all posts
AMK mahu PTPTN dimansuhkan, khuatir hutang melebihi 1MDB
Disember 06, 2019 12:02 MYT

AYER KEROH: Hutang lapuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sekiranya terus diwarisi, berkemungkinan besar akan melangkaui hutang 1MDB, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Dalam ucapan dasarnya sempena Kongres Nasional AMK 2019 hari ini, Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, berdasarkan unjuran, hutang PTPTN akan meningkat menjadi RM76 bilion dalam masa 20 tahun.
Atas sebab itu, beliau berkata, AMK akan terus menjadi suara pendesak dalam memastikan PTPTN dimansuhkan dan digantikan dengan cara yang lebih holistik dan mampan.

Masalahnya, graduan bukan sahaja terbeban dengan hutang, tetapi juga pendapatan yang rendah. Hakikatnya, 68 peratus daripada peminjam PTPTN masih lagi berpendapatan rendah dalam kategori B40.
Manakala, bebanan tanggungan kerajaan terus meningkat dengan penambahan RM2 - RM3 bilion bebanan terkumpul setiap tahun, katanya di hadapan 500 perwakilan di Pusat Dagangan Antabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

Dalam ucapan dasarnya, Akmal menggariskan lima perkara yang akan menjadi tumpuan perbahasan perwakilan AMK iaitu - pembentukan komuniti muda; pendidikan tinggi dan peranan mahasiswa; ekonomi anak muda; reformasi dan kepimpinan; dan displin organisasi.

Menyentuh mengenai soal pekerjaan, Akmal berkata, had penggajian pekerja asing wajib dikurang daripada 15 peratus jumlah tenaga kerja, kepada 10 peratus, dalam tempoh lima tahun.

Dasar pentadbiran sebelum ini menghadkan penggajian pekerja asing di Malaysia tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja.

"Jumlah pekerja asing yang dibenarkan adalah sekitar 2.3 hingga 2.4 juta orang.

Berdasarkan takrifan ini, jumlah pekerja asing masih terkawal. Malah, kita boleh ambil lagi 300,000 hingga 400,000 pekerja asing. Sedangkan masih ramai rakyat tempatan tidak memiliki kerja, katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 09:03 AM | Show all posts
Setakat ckp hapus hutang ptptn dalam manifesto pilihanraya, bila tak boleh, bagi cadangan pula tutup ptptn. Cakap2 politik ni tak guna langsung.

Budak nak pakai duit apa masuk u. Bukankah kerajaan juga yang bina sistem hutang ptptn untuk pelajar masuk U.  Jadi uni untuk orang kaya sahaja? Bila ada masalah dlm sistem, kena perbaikilah. Contohnya buatlah sistem pungut balik hutang tu bukan letak dalam manifesto hapus ptptn.

Dahlah realiti kerajaan ni kuat kutuk rakyat pemalas, marah rakyat ada gaji besar, suka cari gaduh bab manage hutang ptptn pun tak boleh.. dahlah masalah ptptn besar kau tambah lagi dgn janji nak hapus.. memang bangang abadi
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-12-2019 09:49 AM | Show all posts
dia org ckp mcm2 pun PENCEN dah confirm dah
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
julielapadite replied at 11-12-2019 08:31 PM
PTPTN ni la yang bantu golongan ekonomi bawahan yg ramainya melayu utk dapatkan umiversity qualifica ...

Betul. Tapi atas kewujudan ptptn ni jgk la makin banyak ipts yg berorientasikan duit semata2 wujud ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Sebab easy money. Padahal course tu bukan ada masa depan. Hujung2 lambakan graduan tak berkualiti plus bebanan hutang kat bahu anak muda yg baru grad ni. Ish teruknyaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:47 PM | Show all posts
Atata replied at 12-12-2019 12:38 PM
Betul. Tapi atas kewujudan ptptn ni jgk la makin banyak ipts yg berorientasikan duit semata2 wujud ...

Patutnya ada regulation la. Kat Malaysia ni masalah sbb regulation tak kuat sbb tu produk timbang kilo yang membahayakan kesihatan pun boleh jual kat mana-mana je. IPTA dan even pusat tahfiz yang ntah sape yang organize & dorg tu cuma berorientasikan duit sbb tu jadi macam-macam bila bukan orang with the right expertise yang handle.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 04:54 PM | Show all posts
Nie baru betul mcm dalam menipusto..mansuh kan ptptn
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerana ptptn la den dapat sambung belajar. Dah settle pon hutang ptptn den. Alhamdulillah
Suggestion,
1. Offer pada sesapa yang dapat sambung IPTA jek. Pastu hutang tolak duit EPF.
2.EPF pulak tolak % lebih untuk cover portion pembayaranbalik loan tanpa effect caruman untuk dihari tua
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerana ptptn la den dapat sambung belajar. Dah settle pon hutang ptptn den. Alhamdulillah
Suggestion,
1. Offer pada sesapa yang dapat sambung IPTA jek. Pastu hutang tolak duit EPF.
2.EPF pulak tolak % lebih untuk cover portion pembayaranbalik loan tanpa effect caruman untuk dihari tua

Bank pon skang ada yang dah mula offer loan pendidikan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.398054s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list