Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
1623
View
44
Reply

[Tempatan] Ekonomi era PH tak OK langsung! Pengguna mula berjimat antara punca beberapa cawangan Sushi King ditutup selain sewa mahal nak mampus!

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-12-2019 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Cawangan Sushi King Yang Tidak Menguntungkan, Akan Ditutup
Sewa yang tinggi, cukai perkhidmatan antara faktor kemerosotan keuntungan


Bermula tahun 2020, Texchem Resources Bhd bakal menutup cawangan Sushi King yang tidak menguntungkan pada pasaran negara ini.

Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan Tan Sri Fumihiko Konishi, rata-rata cawangan yang tidak menguntungkan ini kebanyakannya terletak di pusat beli-belah.

Faktor utama kemerosotan keuntungan adalah disebabkan bayaran sewa yang tinggi.

Berikutan itu, pihaknya merancang untuk menutup cawangan di KLCC kerana sewa yang tinggi.  

Sementara itu cawangan Sushi King di luar pusat membeli-belah pula dilihat mencatat keuntungan yang lebih tinggi kerana sewa yang rendah.

Untuk makluman pengguna, terdapat 137 restoran Sushi King di Malaysia, termasuk 25 cawangan di Sabah dan Sarawak.

Menurut Konishi, perbelanjaan pengguna di Sushi King juga dilihat semakin menurun kerana ketidakpastian ekonomi pada masa ini.

Malah, dia juga berpendapat pengguna lebih gemar memilih tempat makan yang tidak mempunyai cukai perkhidmatan, sekali gus menyebabkan catatan jualan kian merosot.

Buat masa ini, tiada sebarang perancangan berkenaan peruntukan Sushi King untuk operasi tahun hadapan.

Selain itu, pihaknya juga akan melaksanakan pengurangan jumlah pekerja daripada 6,000 pekerja yang sedia ada. Perihal ini untuk menampung kerugian yang dialami.

Konishi turut menambah, kumpulan juga akan mengawal inventori dan memendekkan tempoh kredit bagi mengawal angka hutang perniagaan.

Meskipun, kumpulan ini mengalami kemerosotan pada jualan sesetengah cawangan namun operasi kumpulan ini dilihat masih stabil, dengan penjanaan keuntungan sebanyak RM30 juta hingga RM40 juta setiap tahun bagi kesemua bahagian perniagaannya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 11:13 AM | Show all posts
sushi tak bagus untuk kesihatan...wakakakakakakkaakaka
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 11:13 AM | Show all posts
i think that is not the reason...pengguna tak suka sushi king sebab harganya yg mahal, service tak bagus, dan makanan sushi tak fresh...

pengguna lebih suka pergi ke sushi zenmai...walaupun harganya lebih mahal dr sushi king...

bukan soal berjimat, tetapi pengguna hendak membeli makanan berkualiti...tiada kena mengena dgn BN atau PH di sini
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 11:18 AM | Show all posts
makan sushi aeon je lah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku makan sushi homemade yg peniaga melayu buat.. Sedap la dgn lidah aku.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 12:28 PM | Show all posts
Ramai lebih suka beli makanan secara online sejak kebelakangan ni bukan kedai sushi je terjejas kedai2 makanan lain pun sama.  Kalau ramai pun time baru dapat gaji atau masa cuti umum dan cuti sekolah je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 12:31 PM | Show all posts
nak ckp banyak kedai makanan terjejas tak juga...peniaga kena tahu target market...pelanggan melayu ke, cina ke, india ke, etc...

restoran2 melayu banyak tumbuh mcm makanan pantai timur, makanan arab, makanan melayu, etc...

kedai makan cina banyak serve non-halal food..

india suka kedai mamak...

fast-food restaurant pun banyak yg di buka...

so ekonomi masih ok di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 12:31 PM | Show all posts
sushi? ewwwwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 12:35 PM | Show all posts
takde kena mengena dengan ekonomi ph umno kot..
i memang suka sushi king..
but now kualiti makanan memang out..
some store lembab nak mampus pastu buat kerek..
minta sushi baru tak nak buat..
memang kena pangkah la..
harga dah mahal tapi kualiti tak nak jaga..
mana la orang tak beralih arah..
dulu ye la sushi halal tak de pilihan..
now dah ada sakae, zenmai etc..
so memang babai la sushi king..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 12:41 PM | Show all posts
aku lebih suka empire sushiiii
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 12:49 PM | Show all posts
sushi king ni rasanya ramai time bonnaza je.
dah lah service slow, maybe pekerja tak de kut..
salmon pun alahai lembik dah kekadang tu, rega lak makin mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 07:04 PM | Show all posts


servis out
harga mahal
makanan pun sejukk bagai
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Koser iols nak pi sushi king skang. Sepinggan 4-5 hengget baik makan nasik gureng kampung jah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Tealive tu I lalu sentiasa beratur panjang...kalau orang takde duit depa minum air kat rumah aje.

Tapi mostly orang tak akan give up lifestyle...walaupun kata barang mahal, duit tak cukup, lifestyle maintain...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 10-12-2019 12:35 PM
takde kena mengena dengan ekonomi ph umno kot..
i memang suka sushi king..
but now kualiti makanan ...

Kan sis.. pelik gak sejak dpt sijil halal.. terus ala2 merudum gituh kualitinya
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 08:38 PM | Show all posts

mungkin orang dah sedar makan ikan tak bagus
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sushi king x prnah sedap...dlu gi sbb halal n murah dr lain kedai lain jer...
Zanmai pun dh x sedap mcm mule2 bukak dlu...salmon makin lame makin kecik...tp zanmai nie xde halal kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 10-12-2019 04:28 AM
Ramai lebih suka beli makanan secara online sejak kebelakangan ni bukan kedai sushi je terjejas keda ...

Niaga offline.mmg kena harap time cuti time festival time hari gaji cuti minggu cuti sekolah
kalu hari biasa isnin jumaat 8pagi ke 6 petang mmg kosong sekosongnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 09:05 PM | Show all posts
klu zaman najib kompom pakar2 ekonomi PH spt adibah amin, shiela majid & wardina akan menulis status kpd peminat2  "lihatlah ekonomi zaman najib, byk kedai shushi tutup!"   
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 11:19 PM | Show all posts
harizs replied at 10-12-2019 09:05 PM
klu zaman najib kompom pakar2 ekonomi PH spt adibah amin, shiela majid & wardina akan menulis status ...

Spot on!   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.096403s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list