Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
926
View
16
Reply

[Tempatan] Peta Pendatang Asing Di Lembah Klang, Cikki gundu yang ingin mencari jodoh sila rujuk peta tersebut

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-12-2019 11:00 AM | Show all posts |Read mode



MALAYSIA diibaratkan sebagai syurga pendatang rentetan lambakan kumpulan warga asing terbabit yang bukan sahaja menguasai lokasi strategik sekitar Lembah Klang termasuk ibu kota, malah bebas menjalankan perniagaan sah dan haram.

Keberanian mereka menjalankan perniagaan sah seperti kedai runcit, kosmetik dan restoran manakala perniagaan haram iaitu penjualan rokok seludup dan pelacuran menjadikan lambakan pendatang ke negara ini menimbulkan kegusaran masyarakat tempatan.

Onar dilakukan kumpulan pendatang sama ada yang masuk secara sah mahupun haram ke negara ini menyebabkan Skuad Khas Harian Metro melakukan tinjauan di beberapa lokasi tumpuan mereka.

Skuad Khas Harian Metro melakukan tinjauan di lokasi tumpuan pendatang seperti Kota Raya (Jalan Silang), Bukit Bintang, Selayang, Jalan Klang Lama, Cheras, Cyberjaya dan Balakong selepas mendapat aduan awam.

PASANGAN warga Afrika melepak di hadapan kedai serbaneka. FOTO fail

Kebanyakan warga tempatan yang ditemui wartawan mengakui kehadiran pendatang asing dari Afrika, Bangladesh, Myanmar dan Rohingya di kawasan berkenaan menakutkan mereka terutama wanita berbanding kehadiran warga Asia Barat.

Pelajar kolej swasta yang mahu dikenali sebagai Azlee, 32, berkata, kawasan seperti Kota Raya dan Jalan Silang dikuasai sepenuhnya warga Bangladesh.

Di mana-mana sahaja ada Bangla. Saya lihat mereka bebas buka kedai runcit. Pusat pelacuran pun ada, dah diserbu polis tapi masih beroperasi. Adakah mereka dijaga pihak tertentu, jika tidak kenapa mereka terlalu berani?

Pihak berkuasa tidak boleh biar, ini merosakkan negara. Pendatang sudah terbabit dalam kegiatan haram termasuklah pelacuran, katanya.

Tinjauan wartawan di Kota Raya dan Jalan Silang juga mendapati beberapa premis pelacuran dikendalikan warga Bangladesh yang pernah diserbu hasil kolaborasi Harian Metro dan Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (D3) Bukit Aman kembali beroperasi seperti biasa.

Seorang wanita tempatan yang enggan dikenali dan bekerja di Jalan Klang Lama berkata, tempat kerjanya dipenuhi warga Afrika.

Mereka akan beli arak, duduk berkumpul depan kedai dan mabuk. Kamu boleh lihat mereka berkumpul selepas jam 4 petang hingga awal pagi.

Sangat menakutkan kerana bila mabuk mulalah bergaduh sesama sendiri termasuk mengganggu pelanggan tempatan lain yang mahu membeli barang, katanya.

Gelagat warga Afrika yang berkumpul di hadapan kedai runcit di Jalan Klang Lama itu turut dirakam jurugambar yang bersama wartawan ketika membuat tinjauan berkenaan.

Amir, 32, peniaga tempatan di Jalan Raja Alang berkata, kawasan berkenaan dikuasai orang Aceh dari Indonesia disebabkan sikap tamak peniaga tempatan sendiri.

Kedai runcit dan restoran kebanyakannya dimiliki warga tempatan tetapi ia diuruskan warga asing, katanya.

KUMPULAN warga China rancak berborak di ibu kota. FOTO fail

95.6 peratus pelancong China tiada rekod keluar

Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendedahkan seramai 76,258 (95.6%) daripada 79,799 ketibaan pelancong China yang direkodkan melalui sistem MyIMMs tiada rekod tarikh keluar atau meninggalkan negara ini.

Selain itu, 39,806 (96.5%) daripada 41,243 pelancong warga India yang melancong ke negara ini juga tidak direkod meninggalkan negara ini.

Statistik didedahkan Jabatan Audit Negara (JAN) itu antara bukti Malaysia destinasi pilihan warga asing bukan sahaja dalam kalangan etnik Rohingya, Afrika, Myanmar, Indonesia, Vietnam dan Asia Barat sebaliknya juga China dan India.

Malah, segelintir pendatang yang sudah lama tinggal di Malaysia mendakwa negara ini diibaratkan sebagai syurga pendatang ketika tinjauan dilakukan wartawan Skuad Khas Harian Metro di sekitar Lembah Klang, semalam.

KETUA Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika mengulas mengenai pelancong China dan India yang tidak keluar dari Malaysia selepas masuk ke negara ini seperti didedahkan JAN berkata, masalah teknikal membabitkan kelemahan sistem menyebabkan wujud perbezaan angka dengan Jabatan Audit Negara.

Ada kemungkinan mereka ini pemegang pas lawatan sosial jangka panjang contohnya isteri atau suami kepada warga tempatan, mungkin juga pelajar, pekerja atau ekspatriat.

Saya mengkaji lebih lanjut perkara ini. Pihak kami akan mengadakan pertemuan semula dengan Jabatan Audit Negara selepas ini, katanya.

Menurutnya, berdasarkan semakan JIM, jumlah sebenar pelancong China yang tidak keluar dari negara ini hanya 23 peratus (18,341) dan bukan 95.6 peratus (76,258) seperti yang dilaporkan JAN.

KUMPULAN warga asing bebas berniaga di sekitar Lembah Klang. FOTO fail

Salah warga tempatan sewa lesen

Salahkan orang tempatan yang menyewakan lesen kepada warga asing, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lambakan pendatang asing yang dilihat bebas menjalankan perniagaan di sekitar ibu kota.

Menurutnya, peluang diberikan pemilik lesen dengan menyewakan premis kepada warga asing menjadikan aktiviti perniagaan dalam kalangan pendatang di ibu negara semakin sukar ditangani.

Sepanjang tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah membatalkan 24 lesen perniagaan (milik warga tempatan) yang disewakan kepada warga asing.

Semua operasi perniagaan dijalankan menggunakan lesen itu ditutup, katanya.

Nor Hisham berkata, orang ramai diminta menyalurkan aduan dan maklumat tepat kepada DBKL sekiranya wujud salah laku dalam kalangan pemilik premis perniagaan di sekitar kawasan kediaman atau tempat kerja mereka.

Prosedur dan garis panduan DBKL menetapkan setiap pemilik lesen perlu mematuhi syarat sah lesen dikeluarkan termasuk tidak menyewakan kepada pihak ketiga.

Jika mereka ingkar, lesen akan dibatalkan serta merta, katanya ketika ditemui Harian Metro.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Disember 2019 @ 10:00 AM






Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 11:16 AM | Show all posts
ini negara sudah rosak teruk
xde 1 pun negara lain yg sama mcm malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 11:17 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 6-12-2019 11:16 AM
ini negara sudah rosak teruk
xde 1 pun negara lain yg sama mcm malaysia

rosak teruk sebab itu bangsa melayu manyak korup lorr..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 11:23 AM | Show all posts
tt sendiri ke serdang perdana atau sekedar ampang point?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangla buka pusat pelacuran bukan bangla byk muslim ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 11:56 AM | Show all posts
siap ada peta bhai...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 11:58 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 6-12-2019 12:02 PM
AbukRokok replied at 6-12-2019 11:16 AM
ini negara sudah rosak teruk
xde 1 pun negara lain yg sama mcm malaysia

Esok lusa if Sabah, Sarawak keluar Malaysia...ummah Malaya tidak perlu risau...Isle dan melayu tetap majoriti di Malaya..(kecuali yg naik tongkang dari PRC)...yg lain klu belum Isle..JAKIM akan memainkan peranan..lepas itu mereka kompom jadi melayu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 11:59 AM | Show all posts
Itulah realitinya sampai ramai orang Malaysia sendiri avoid nak pergi ke tempat2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 6-12-2019 11:16 AM
ini negara sudah rosak teruk
xde 1 pun negara lain yg sama mcm malaysia

MALAYSIA BOLEH......
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 12:04 PM | Show all posts

Perlembagaan Malaysia sendiri tidak kenal Malaysia...

betul2 bolehland..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 6-12-2019 11:53 AM
Bangla buka pusat pelacuran  bukan bangla byk muslim ke

'MUSLIM' itu pasport saya mau masuk lu punya negara@'kami yg memenuhkan masjid seluruh negara,kami jugak yg buka pusat pelacuran'....-Bangla.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 12:32 PM | Show all posts
dalang sebenar senyap jer

cina2 dapig cilake lahnat tokey2 tokan2 biz haram jadah

yg asal nya menggaji depa2 nih

hujung2 lepas tgn
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 6-12-2019 11:58 AM
Esok lusa if Sabah, Sarawak keluar Malaysia...ummah Malaya tidak perlu risau...Isle dan melayu tet ...

Tak yah nak ngade2 keluar la yang untung nanti kelompok politikus jugak yg kaut untung
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 6-12-2019 12:06 PM
'MUSLIM' itu pasport saya mau masuk lu punya negara@'kami yg memenuhkan masjid seluruh negara,kami ...

Mesti ala2 bollywood lagu gelek hindustan, ummah terpedaya
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 04:21 PM | Show all posts
Tajuk mcm haram
Kat KL Traders Gombak ramai org Arab

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 04:40 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sume negara pprt low class..kejiranan kokosen maju xde ker
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.088755s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list