Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12727
View
137
Reply

Salih Yaakub kini penganggur

[Copy link]

Author: Boomibulat       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-12-2019 08:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 4-12-2019 08:29 AM

'Saya penganggur'

Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

HAMPIR tujuh bulan meninggalkan konti sebagai penyampai radio sejak Mei lalu, selebriti terkenal, Salih Yaacob, 58, memberitahu dia kini banyak masa berehat di rumah.
Salih mengakui boleh dilabel penganggur berikutan tidak lagi aktif bekerja seperti dulu dan masanya hanya diluangkan bersama tiga isteri dan anak-anak.

Syukur Alhamdulillah, meskipun kini saya sudah tidak bekerja tetap namun jiwa sangat tenang kerana semakin dekat dengan Allah SWT.

Ini saya anggap masa berehat seketika yang wajar dimanfaatkan untuk lebih bermuhasabah diri ke arah positif.
Ditambah kemasyhuran dunia bukan lagi keutamaan buat saya dan Alhamdulillah kerana isteri-isteri dan anak-anak sangat memahami, katanya.
Salih berkata, dia tidak menduga di saat dirinya sudah jatuh, tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 54, (isteri pertama) Norfara Wahida Sulaiman, 40, (ketiga) dan Samihah Sheikh Ali (Emi), 33, (keempat) masih setia bersama dalam susah dan senang.
Di saat saya kini jatuh dan berada di bawah, saya hanya mampu berserah kepada Allah SWT kerana yakin dengan perancangan diatur-Nya.
Ia dugaan buat saya dan keluarga apabila suatu ketika dulu pernah berada di atas. Ini namanya lumrah kehidupan.
Selama lebih lima dekad saya dalam kerjaya seni keadaan sekarang bukan kali pertama saya lalui. Saya pernah jatuh teruk pada era 2000 dulu, katanya.
Salih berkata, keyakinan teguhnya pada rezeki Allah SWT membuatkan dia selepas itu bangkit semula dan terus aktif sebagai pengacara program televisyen termasuk berkhidmat dengan Sinar FM di konti radio selama 13 tahun.
Mengulas pendapatan keluarganya, Salih berkata, isteri-isteri dan anak-anaknya kini turut membantu dengan menjalankan perniagaan menjual makanan secara dalam talian.
Alhamdulillah, rezeki buat kami sekeluarga masih ada dan saya bersyukur dengan ketabahan isteri-isteri berserta anak-anak berganding bahu berniaga bersama, katanya.
Ditanya mengenai pembabitan semula sebagai penyampai radio, katanya, jika ada peluang dia sedia mempertimbangkan tawaran itu.
Ikutkan permintaan pendengar, memang ramai yang masih inginkan kemunculan saya berkhidmat menghiburkan mereka di konti radio.
Cuma, hingga kini saya masih menunggu kalau ada peluang baru. Namun, jika ditakdirkan sudah tiada, saya bercadang membuka saluran YouTube sendiri.
Saya akui pada usia semakin menjejak senja dan sudah veteran ini, perlu bijak mencari peluang dengan berbekalkan pengalaman dimiliki, katanya.
Salih berkata, dia juga tidak malu menjalani kehidupan sekarang bersama keluarga besarnya dalam keadaan serba sederhana dan sekadar mencukupi.
Apapun, saya tetap mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Sinar FM kerana peluang diberikan selama ini, katanya.
Salih pernah berkahwin empat dan hasil daripada perkahwinan itu pelakon filem Jejaka Perasan ini dikurniakan 13 anak.
Pun begitu, pada 2015 lalu Salih bercerai dengan isteri keduanya iaitu Nor Raha Hamad, 50, selepas 23 tahun hidup bersama dan memiliki lima anak

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 08:35 AM | Show all posts
It's ok pak saleh. bini hang muda belia 3 lagi. boleh semua keluar bekerja hang jaga lah anak anak pulak. Househusband. Pun keja mulia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu iols dgr sinar sbb nk dgr kak engku saleh dgn khairil..
Best gandingan 3 org ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 08:50 AM | Show all posts
umur dia mmg umur pencen dah.. kalau ada epf/investment mesti hidup selesa. tp tulaa ramai tanggungan..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-12-2019 08:52 AM | Show all posts
keknaih replied at 4-12-2019 08:50 AM
umur dia mmg umur pencen dah.. kalau ada epf/investment mesti hidup selesa. tp tulaa ramai tanggunga ...

dulu dgrnya gaji dj pun berpuluh ribu jgk kan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg buang slot Abg Adi n Adik Aleh dr Sinar petang tu.. Tolong masuk kan balik.. Rengsa dgn slot Elizad Hefny.. So awkward..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa la yg bodoh sangat replace Salih Yaacob & Adifashla dgn si bingit Sinar Petang skrg
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa dia selesa saja hidup.. Anak2 pun dah besar kecuali yg isteri no 4 saja kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 08:57 AM | Show all posts
buleh ler ganti pengacara malatop tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 08:57 AM | Show all posts
buleh le ganti pengacara malatop tuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 09:02 AM | Show all posts
beta_carotene replied at 4-12-2019 08:52 AM
Siapa yg buang slot Abg Adi n Adik Aleh dr Sinar petang tu.. Tolong masuk kan balik.. Rengsa dgn slo ...

kan... walapun aku minat ijat tu berlakon, tp mmg rengsa gandingan 2 org tu ptg2 kat radio
aku skrg sampai tukar channel la, pagi je sinar, ptg tukar
dulu best layan adik aleh dgn abg adi tu, dlm jem balik kerja pun rasa relax
skrg ni bertambah serabut rasa, tu yg tukar


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 09:02 AM | Show all posts
2thn lg bleh kuar epf
mesti riban2 tu

anak2 da besar kan
mesti dia dah ditahap selesa skrg
anak2 pulak bantu ibu bapa
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
pencintaABC replied at 4-12-2019 08:55 AM
Siapa la yg bodoh sangat replace Salih Yaacob & Adifashla dgn si bingit Sinar Petang skrg

elizad trying so hard sampai tahap terover luar tabii.....
this is definitely not her cuppa...pls take her out
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Aunty_Acid replied at 4-12-2019 08:57 AM
buleh le ganti pengacara malatop tuh

both? why not..

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan SY ni jutawan sbb x silap la dia ada bisnes ikan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 09:10 AM | Show all posts
ramainyaaaaaaa retis cari makan melalui youtube pulak....huh....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
TerataiMelur02 replied at 4-12-2019 09:05 AM
Ingatkan SY ni jutawan sbb x silap la dia ada bisnes ikan kan?

Adela kot. He is being humble
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
i pun suka adi and salleh..
terus stop dengar sinar bila dorang tak ada..
cocok thumb drive layan la lagu tak henti..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 09:18 AM | Show all posts
beta_carotene replied at 4-12-2019 08:52 AM
Siapa yg buang slot Abg Adi n Adik Aleh dr Sinar petang tu.. Tolong masuk kan balik.. Rengsa dgn slo ...

igtkan iols sorang je yg rasa rengsa. elizad kalau gelak fake sgt bunyi nya. slot abg adi & adik aleh mmg terbaik tp syg dh kena buang pulak  

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
da_vinci replied at 4-12-2019 09:10 AM
ramainyaaaaaaa retis cari makan melalui youtube pulak....huh....

ruang rezeki itewww luasss...samada malas atau rajin ...sajork..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.103127s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list