Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
3856
View
82
Reply

[Tempatan] Zahid Hamidi hanya ada 18 buah kereta mewah

[Copy link]

Author: Boomibulat       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-12-2019 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 3-12-2019 05:37 PM

Zahid, Isteri miliki 18 kenderaan mewahBERNAMA
BMW 320i (A), AUDI Q7, dan Mercedes Benz CLS 350 adalah antara 18 kenderaan mewah yang dimiliki bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis yang kebanyakannya menggunakan nombor pendaftaran 38.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini diberitahu bahawa pasangan itu memiliki 20 kenderaan keseluruhannya termasuk lapan kereta lain seperti tiga Toyota Vellfire, Lexus LX 460, Lexus, Toyota Land Cruiser, Honda Odyssey dan Chrysler Jeep Wrangler.
Mereka juga memiliki dua motosikal jenis Harley Davidson, dua Ducati, tiga BMW, satu Kawasaki dan satu Honda C100.

Perkara itu didedahkan oleh Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Zaharudin Zainuddin, 48, ketika merujuk kepada dokumen maklumat kesemua kenderaan milik Ahmad Zahid dan isterinya yang membayar cukai jalan sebanyak RM35,726.80 setahun.

Saya merujuk kepada dokumen maklumat kenderaan SAB 38 M (Lexus) dan saya mengesahkan nilai cukai jalan yang dikenakan ke atas kenderaan tersebut ialah RM5,900.80.
Saya merujuk kepada dokumen maklumat kenderaan SAB 38 A (Toyota Land Cruiser) dan saya mengesahkan nilai cukai jalan yang dikenakan ke atas kenderaan tersebut ialah RM4,366.80, kata saksi pendakwaan ke-10 itu.
Saksi itu juga membacakan satu persatu maklumat terperinci kenderaan dan insurans 19 kenderaan yang didaftarkan atas nama Ahmad Zahid dan isterinya manakala, sebuah kenderaan lagi didaftarkan atas nama Datuk Juhari Janan yang ketika itu pegawai khas kepada Ahmad Zahid.
Zaharudin berkata demikian semasa membacakan penyataan saksi dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt pada hari keenam perbicaraan kes Ahmad Zahid, yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah jutaan ringgit.
Semasa ditanya Lee, adakah kenderaan-kenderaan yang dirujuk milik persendirian, Zaharudin menjawab: Ya.
Lee: Bagi dokumen maklumat terperinci kenderaan dan insurans yang kamu rujuk, adakah ia maklumat yang sudah dikemas kini sehingga hari siasatan?
Zaharudin: Ya
Ahmad Zahid, 66, menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya bagi pecah amanah (CBT), lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-12-2019 05:37 PM | Show all posts
Yang tak mewah tau la berapa banyak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 05:44 PM | Show all posts
Aku pun benci zahid hamidi,dia antara punca BN  rebah.

Anak dia  perampas laki org tu elok dihalau balik indon saja ,terutamanya  anak dia tu mcm nak cili mulut juih anak dia dgn mesin pengisar biar hancur,mulut jahat!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 05:54 PM | Show all posts
kayanya..ni baru kereta.. rumah tak tahu lg..
selalu yg kereta byk, rumah lg byk.. pelaburan katanyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
18 ok.. 18..hamjad
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 3-12-2019 05:44 PM
Aku pun benci zahid hamidi,dia antara punca BN  rebah.

Anak dia  perampas laki org tu elok dihala ...

Sampah komedi boleh menjadi menteri sudah tersenarai sebagai salah satu 7 wonders of the world untuk 2020

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 06:00 PM | Show all posts
HANYA??ok..hanya you olssss

kalo berita i "LANGSUNG XPERNAH ADA KERETA MEWAH. PAKAI KERETA NASIONAL JER"

eh2 ada lagi kereta nasional since proton dh kena jual ke china?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 06:08 PM | Show all posts
jumlah je byk tp nilainya sikit..... semua tu x blh menandingi sebijik zonda anak atok......

tp bg rakyat marhaein dh mewah dah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah mewah nya hidup ni bukan taraf milionaire ni dah taraf BILLIONAIRE
tak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
tgh mencari komen @dodolgemok.. lama dok dlm gua..

thread makanan ni weh... meh meh
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kaseh80 replied at 3-12-2019 06:49 PM
Wah mewah nya hidup ni bukan taraf milionaire ni dah taraf BILLIONAIRE
tak gitu?

die bagi rm700k kat tahfiz kat kelate nun selamba je haha

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni dan bijan adalah punca utama umno dan bn ditolak oleh rakyat dalam pru14
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 3-12-2019 06:56 PM
die bagi rm700k kat tahfiz kat kelate nun selamba je haha

Cuci dosa katanya dgn harapan duit balance dlm akaun jadi halal
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
OmJualGas replied at 3-12-2019 06:57 PM
Dia ni dan bijan adalah punca utama umno dan bn ditolak oleh rakyat dalam pru14

Dan nazri taxi sbb bini psycho dia,anak gangster dan menantu Myanmar jendol
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak heran. Semua pemimpin politik baik kerajaan mau pembangkang hidup mewah.
Itu jam dah takda petik duit rakyat, duif taxpayers bagai. Semua auta aje.
Arwah  almarhum Nik Aziz Dulu hidup sederhana
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 3-12-2019 07:22 PM
Cuci dosa katanya dgn harapan duit balance dlm akaun jadi halal

gitulah... stakat wakil rakyat pun 7 keturunan tak hbis

tu yg malaysia baru pun nak buat menda sama... pusing2 sungai buloh haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
rakyat miskin sb asyik 'mengundi  ore kaya jer'....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 08:34 PM | Show all posts
18 kete mewah,yang xmewah berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 08:37 PM | Show all posts
apa kejadahnya kete banyak2...depa ni ada bape buntot
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Business sewa kereta ke apa ni... byk2 nak buat apa... alahai..
Btw yes, ai pun menyampah dgn anak dia yg bermadu itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.085023s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list