Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
2867
View
109
Reply

[Tempatan] "Perhimpunan ini adalah untuk membetulkan pandangan orang awam dan memberikan kebenaran terhadap Perjuangan Parti Komunis Malaya

[Copy link]

Author: harizs    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 4-12-2019 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
JohnnySins replied at 4-12-2019 01:23 AM
jadi apa tujuan debat ilmiah?? provokasi kepada ketegangan?? atau main wayang?? hang punya cadanga ...

Tujuan dia once and for all kita patahkan hujah puak2 pro PKM dgn fakta2 dan bukti2 sejarah lah Huzaifah oiiiij
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 09:00 AM | Show all posts
axl_bach replied at 4-12-2019 08:53 AM
Tujuan dia once and for all kita patahkan hujah puak2 pro PKM dgn fakta2 dan bukti2 sejarah lah Hu ...

kalau boleh patah...kalau tak boleh patah....lagu mana? perlu ka kita semua terpaksa menerima ideologi kemutnis...nak2 lagi yang berdebat tu perropura...saya pasti nama umno dan pas akan naik sama untuk dikaitkan dengan menyokong kemutnis...pasti nama arwah Tun Razak juga naik....dah nama pun debat ilmiah...bukan debat hasanah...wakakakakakakkakakkakakakakakakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 09:25 AM | Show all posts
Malaysia elok dah buat kem mcm china buat tu khas utk diorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 09:36 AM | Show all posts
ada sisa berbaki org PKM ni sbb rundingan baling belas ehsan diketuai oleh tunku abdul rahman
suruh dia baca balik .
org melayu yang join P{KM pun mengaku makin lama perjuangan PKM ni , ke arah lain.
tak ingat buku apa , tapi dalam tu dai cerita cina - cina nak buang agama dalam perjuangan PKM
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 09:43 AM | Show all posts
JohnnySins replied at 3-12-2019 05:59 PM
hang ketinggalan ketapi ka? penduboq2 lgbt ramai yang dah luahkan hasrat nak pindah pi israel..tap ...

ketinggalan sikit la aku punnn
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 09:47 AM | Show all posts
sekadar perkongsian penulisan Ayman Rashdan Wong baru-baru ini:

THE WAR AGAINST MALAYSIA

2 Disember 2019, tarikh yang menandakan ulang tahun ke-30 peristiwa Perjanjian Damai Hat Yai (2 Disember 1989) yang menamatkan persengketan antara Parti Komunis Malaya (The Communist Party of Malaya C CPM) dan Kerajaan Malaysia selama 21 tahun.

Kenapa 21 tahun? Sebab ia menamatkan konflik yang dikenali sebagai Insurgensi Komunis Kedua (Second Communist Insurgency) atau Darurat Kedua (Second Emergency) yang berlangsung dari 1968 hingga 1989. Darurat tahun 1948-1960 adalah Darurat Pertama.

Millennial hipster acah woke sekarang kebanyakannya tau pasal Darurat Pertama, tapi tak sedar pasal Darurat Kedua. Sebab tu ada yang kata "Komunis hero lawan British", "Komunis bunuh tali barut British sahaja" "kenapa benci Komunis sedangkan British yang jahat" blah blah.

Even tajuk kecil autobiografi Chin Peng (My Side of History) pun letak "Recollections of the guerilla leader who waged a 12-year anti-colonial war against British and Commonwealth forces in the jungles of Malaya". Cewah.

"12-year anti-colonial war" merujuk kepada Darurat Pertama. CPM mendakwa perjuangan bersenjata mereka adalah untuk membebaskan Tanah Melayu (Malaya) daripada penjajahan (colonialism) British. CPM mencop Kerajaan Perikatan di bawah Tunku Abdul Rahman sebagai "tali barut British", sebab tu mereka mengangkat senjata untuk mencapai kemerdekaan yang "sebenar": negara komunis tanpa kelas, tanpa harta peribadi bernama "Republik Rakyat Malaya" yang mereka idamkan.

Tali barut atau tidak, Tanah Melayu tetap merdeka pada 31 Ogos 1957, itu membuat perjuangan CPM tidak lagi relevan. Menjelang tahun 1960, CPM terpaksa berundur ke selatan Thailand, maka Darurat Pertama tamat dengan kemenangan Kerajaan Tanah Melayu.

Tapi 8 tahun kemudian, CPM buat "comeback" dengan bantuan China. Pada Jun 1968, CPM mengeluarkan manifesto (Hold High the Great Red Banner of Armed Struggle, and Bravely March Forward) yang terang-terang menyatakan kesetiaan kepada pemimpin China, Mao Zedong dengan mengatakan "berpandukan pemikiran Mao Zedong yang hebat, kami pasti akan mencapai kemenangan pada akhirnya".

Perang gerila aktif semula. Radio Suara Revolusi Malaya mula beroperasi di Hunan, China sebagai mesin propaganda CPM untuk "brainwash" dan rekrut penduduk Malaysia.

CPM dapat sokongan China kerana berlaku "Sino-Soviet Split" pada pertengahan 1960-an. Soviet Union dan China dari kawan bertukar jadi musuh, masing-masing merebut jadi ketua Blok Komunis. Untuk menyaingi pengaruh Soviet di Asia Tenggara, China memerlukan proksi tersendiri. Hubungan Soviet dan Komunis di Vietnam dah kukuh, jadi China pun kena bagi sokongan kepada Komunis di Cambodia (Khmer Rogue) dan CPM untuk "counter" pengaruh Soviet.

Kalau diperhatikan, nama CPM tetap Parti Komunis "Malaya". CPM tak mengiktiraf negara bernama Malaysia yang dibentuk pada 16 September 1963, selari dengan China yang menganggap Malaysia sebagai ciptaan "neo-colonial" British. Sebab tu Sukarno kamcing dengan China, dan China pun menyokong kempen "Ganyang Malaysia" yang dilancarkan pada tahun 1963.

Di Borneo pun ada Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) yang memperjuangkan penubuhan negara komunis "Republik Kalimantan Utara" yang berasingan daripada Malaysia, juga disokong oleh China dan Sukarno. Selepas Sukarno digulingkan oleh Suharto yang anti-Komunis, China terus memayungi CPM dan NKCP.

Jadi, keganasan CPM semasa Darurat Kedua ini tidak lain "war against Malaysia". Ratusan anggota keselamatan telah gugur untuk mempertahankan negara bernama Malaysia. Antara mangsa yang berprofil tinggi ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang ditembak mat1 pada tahun 1974, dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong yang ditembak mat1 pada tahun 1975.

Jangan ingat hanya orang berjawatan tinggi saja diserang, pegawai biasa dan orang awam pun jadi mangsa. Contoh macam Pegawai Waran II Lenggu Anak China dan Konstabel Nuing Anak Saling dari Sarawak yang dikurniakan darjah Seri Pahlawan Gagah Perkasa atas pengorbanan mereka.

Tak kira kau Melayu, Cina, Iban, Serani atau Orang Asli, kau akan jadi mangsa Komunis kalau tak sokong perjuangan mereka. Kalau masih ada orang yang "romanticize" Komunis dalam sejarah Malaysia sebagai "pejuang kebebasan" dan "patriot" yang harus diiktiraf "sumbangan"-nya, tak tau lah nak cakap apa.

Bila kita baca naratif pro-CPM, tak kira lah daripada sejarawan bertauliah pun, selalunya sejarah tempoh 1968-1989 di-tonedown. Yang di-highlight cuma "anti-colonial struggle" (konon) dari 1948-1960. Sebab tak ada apa yang mulia dengan perjuangan CPM pada zaman Darurat Kedua. Hanya ketaksuban ideologi dan nafsu kuasa, sehingga sanggup jadi balaci China. Darurat Pertama boleh lah nak kata lawan British, Darurat Kedua nak kata lawan siapa?

Pada tahun 1974, CPM menerima tamparan hebat apabila Tun Abdul Razak menjalin hubungan diplomatik dengan China. Sikap Mao Zedong terhadap Malaysia berubah 180 darjah. Walaupun China masih sokong CPM, tapi ia tak lagi melihat Malaysia sebagai musuh dan tak nak campur tangan dalam konflik Malaysia-CPM, membuat CPM makin buntu.

Selepas Deng Xiaoping mengambil alih tampuk pemerintahan China pada 1978, maka tibalah ajal CPM. Berbeza dengan Mao, Deng tak minat sokong insurgensi komunis. Radio Suara Revolusi Malaya ditutup oleh Deng pada 1981, sokongan kepada CPM diberhentikan. CPM tiada pilihan selain berunding dengan Kerajaan Thailand dan Malaysia, membawa kepada Perjanjian Hat Yai.

Melihat CPM menyerah, NKCP pun menandatangani perjanjian perdamaian dengan Kerajaan Sarawak pada 17 Oktober 1990. Cuma ketua NKCP, Wen Min Chyuan tak se-glamer Chin Peng. Hilang tanpa khabar masa dekat China, dan orang pun tak kisah dia balik atau tak balik Malaysia.

Di bawah Perjanjian Hat Yai, anggota CPM diampunkan dan dibenarkan kembali ke Malaysia, bukannya dihukum setimpal dengan jenayah mereka yang membawa trauma kepada ratusan kalau tak ribuan keluarga rakyat Malaysia. Samada keluarga mangsa keganasan CPM sudah memaafkan mereka, itu lain cerita.

Aku cerita pasal sejarah je, macam aku ulas sejarah ulang tahun ke-30 keruntuhan Tembok Berlin. Tak ada kaitan dengan isu abu ke abi ke baru-baru ni. Dah tak ambil port pasal apa berlaku kat Malaysia sekarang.

*Dalam gambar: pertemuan antara Chin Peng dan Mao Zedong di Wuhan pada 19 Mac 1965, 3 tahun sebelum tercetusnya Darurat Kedua.

**Cadangan bacaan lanjut: "Malaysia's Defeat of Armed Communism: The Second Emergency, 1968-1989" (2014) oleh Ong Weichong, sarjana Rajaratnam School of International Studies di Singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 10:10 AM | Show all posts
Bangsat komunis

Cuba mengubah sejarah Tanah Melayu

lu tunggu PRU15
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 4-12-2019 10:10 AM
Bangsat komunis

Cuba mengubah sejarah Tanah Melayu

rasa taknak tunggu je
melayu bangsat sokong dap moga mereput
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 10:15 AM | Show all posts
dino replied at 4-12-2019 10:13 AM
rasa taknak tunggu je
melayu bangsat sokong dap moga mereput

PRU15 tak perlu tunggu 2023

Kalo ada ketakstabilan dalam pakatan hancing, undi
tak percaya ka, nuart turun ke jalanan semula ka

langkawi buat PRK sebab incumbent masuk six feet under ka

tak perlu sepenggal pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 4-12-2019 10:15 AM
PRU15 tak perlu tunggu 2023

Kalo ada ketakstabilan dalam pakatan hancing, undi

hrp2 gitu la
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 3-12-2019 10:32 PM
Kalau org awam tgk penghinaan komunis buat terhadap mayat2 anggota keselamatan.. Aku berani jamin  ...

Diorang muka tembok, tak reti malu, nanti dia berlakon la tak tau apa2, padahal dah conceng conceng dulu puihhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 4-12-2019 10:41 AM
Diorang muka tembok, tak reti malu, nanti dia berlakon la tak tau apa2, padahal dah conceng concen ...

Sebab tu iols malas dah nak bersifat merendah diri.. Buat apa nak minta maaf kalau tak salah.. Fact is fact.. Biar depa kata iols rasis.. Bila iols ckp.. Cina dan india dtg bukan melayu suruh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 4-12-2019 10:57 AM
Sebab tu iols malas dah nak bersifat merendah diri.. Buat apa nak minta maaf kalau tak salah.. Fac ...

Tak payah nak merendah diri tak bertempat, nanti dia pijak. Tgk la bendera bucu lima tu, apa jadi? senyap cam tu je? Padahal dah serupa cabar kedaulatan kita, sampah sungguh tak ambik tindakan terus, kalau org melayu/bumi yg buat? Habis diangkutnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 11:16 AM | Show all posts
nad014 replied at 4-12-2019 09:36 AM
ada sisa berbaki org PKM ni sbb rundingan baling belas ehsan diketuai oleh tunku abdul rahman
suru ...

Rejimen ke-10 PKM
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
JohnnySins replied at 4-12-2019 09:00 AM
kalau boleh patah...kalau tak boleh patah....lagu mana? perlu ka kita semua terpaksa menerima ideo ...

Fakta is fakta, kita kena kitai abih2 fakta pro PKM bagi depa terkedu.....

Aku berpegang pada hujah Agama Islam ditegakkan dgn hujah....jadi aku yakin dan pasti ada di kalangan sarjana dan sejarawan kita yg mmg boleh patahkan hujah2 simpatisan PKM dan Komunis
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-12-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mat sabu antara ahli politik yg simpati dgn bintang tiga komunis. Masih ingat lagi statement dia minta rakyat iktiraf komunis sbg pejuang kemerdekaan demi menjilat DAP
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 4-12-2019 11:30 AM
Fakta is fakta, kita kena kitai abih2 fakta pro PKM bagi depa terkedu.....

Aku berpegang pada h ...

Meh aku tanya ang sbb ang kata suka hujah ilmiah.. Kenapa masa rundingan Baling,  PKM diberi peluang utk letak senjata dan sama2 menuntut kemerdekaan dgn Pakatan PKM menolak?

Jawapannya senang si PENGKHIANAT CHIN PENG tau dia akan hilang pengaruh dikalangan org cina jika guna medium politik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 4-12-2019 11:05 AM
Tak payah nak merendah diri tak bertempat, nanti dia pijak. Tgk la bendera bucu lima tu, apa jadi? ...

Kerajaan skrg dan dahulu bangsat sangat.. Skrg bila goyah. Meminta simpati melayu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 4-12-2019 11:59 AM
Mat sabu antara ahli politik yg simpati dgn bintang tiga komunis. Masih ingat lagi statement dia min ...

Puihhhh simpati dengan org yg membunuh org2 kita yg mempertahankan kedaulatan dan maruah negara puihhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 4-12-2019 12:01 PM
Kerajaan skrg dan dahulu bangsat sangat.. Skrg bila goyah. Meminta simpati melayu

Mintak simpati je pandai,buat kerja jati diri letak ke tepi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.081614s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list