Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
2878
View
25
Reply

[Tempatan] Majlis perkahwinan cikki bernama Nurazura Mahmod dibatalkan gara2 hilang sejak 27 November, walau telah ditemui di Segamat, perkahwinan tetap dibatalkan, why?

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-12-2019 08:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 3-12-2019 08:36 AM




SUDAH tiada jodoh, pilihan terbaik adalah membatalkan pernikahan dan majlis jemputan jamuan perkahwinan adik, Nurazura Mahmod, 25, di saat akhir, ujar kakaknya, Zalizah Mahmod, 41.

Nurazura sebelum ini dilaporkan hilang sejak 27 November lalu oleh ahli keluarganya sebelum ditemui selamat di bandar Segamat di sini oleh anggota polis, jam 10 pagi, kelmarin.

Kehilangannya mencetuskan tanda tanya berikutan dia bakal melangsungkan perkahwinan Jumaat ini dan semua kelengkapan perkahwinan sudah diatur.

Zalizah berkata, pembatalan majlis perkahwinan adiknya itu mungkin dianggap sejarah hitam, tetapi terpaksa dilakukan demi kebaikan dan masa depan semua pihak.

Punca kehilangan adik menjadi penyebab utama pembatalan majlis pernikahan namun biarlah ia menjadi rahsia keluarga kedua-dua pihak.

Keluarga kami tabah dan reda terhadap implikasi akan dihadapi susulan pembatalan majlis itu apatah lagi ia dilakukan pada saat akhir, katanya.

ZALIZAH menunjukkan barang hantaran majlis perkahwinan Nurazura (gambar kecil) di Felda Pemanis, Segamat.

Menurutnya, isu itu tidak perlu dipanjangkan demi menjaga nama kedua-dua keluarga yang terbabit, katanya ditemui di Felda Pemanis di sini, semalam.

Menurutnya, keluarganya sudah mengembalikan sebahagian wang hantaran kepada keluarga lelaki selain pelbagai barangan hantaran.

Malah, pelbagai barangan kering untuk dimasak ketika majlis kenduri kahwin itu juga dikembalikan kepada peruncit.

Keluarga sangat menghargai dan bersyukur kerana keluarga bekas tunang adik menerima ketentuan itu dengan hati terbuka melalui rundingan hati ke hati.

Keluarga pihak lelaki turut melakukan pelbagai persiapan terakhir majlis menerima menantu yang dijadualkan pada 8 Disember ini, katanya.

Menurutnya lagi, mereka menerima dengan hati terbuka jika menerima kecaman pelbagai pihak melalui pelbagai medium media sosial dan menganggap ia ketentuan Ilahi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 8:01 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
kawin paksa kot..
lari ikut boipren..
takziah..buat pengantin laki yg tak jadi tu..sabar ye..bunga bkn sekuntum. dalam ni hah ramai lagi yg single mingle..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 10:39 AM | Show all posts
yuki812 replied at 3-12-2019 09:06 AM
kawin paksa kot..
lari ikut boipren..
takziah..buat pengantin laki yg tak jadi tu..sabar ye..bunga ...

pun rasa benda yang sama..tah2 kantoi check in hotel ngan bf tu yg perkahwinan cancel..haishhh..memacam

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 10:46 AM | Show all posts
kalau ikut drama melayu..
demi nak jaga aib both family, pernikahan tetap diteruskan but yang jadi replacement either adik or kakak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 10:51 AM | Show all posts
DayangKirana replied at 3-12-2019 10:46 AM
kalau ikut drama melayu..
demi nak jaga aib both family, pernikahan tetap diteruskan but yang jadi  ...

lepas tu timbul lah pula bibit percintaan antara pengganti tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Drama sangat
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
selipar_hijau replied at 3-12-2019 10:51 AM
lepas tu timbul lah pula bibit percintaan antara pengganti tu

Bila dah sweet2, timbul pergolakan. Pengantin yg asal tu cemburu dan mula buat plot nak hancurkan rumah tangga adik dia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 11:10 AM | Show all posts
brownstone replied at 3-12-2019 11:05 AM
Bila dah sweet2, timbul pergolakan. Pengantin yg asal tu cemburu dan mula buat plot nak hancurkan  ...

berkomplot pula dengan ex-bf pengganti sampai stress semua keluarga dan ahli tetangga
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 11:26 AM | Show all posts
kenapa nak salahkan pengantin perempuan tu pula... ada banyak je kemungkinan lain. Ada ja yang merayu-rayu dengan mak bapak sendiri nak putus tunang sebab tak serasi dengan lelaki tu yang ada "perangai" yang dia tak boleh terima. Tp keluarga meleis kebanyakannya nak jaga muka lebih dari jaga anak sendiri... ada tu dah tau last minute lelaki kaki ketum, kaki ubat, tapi teruskan juga. Ada tu dah tau lelaki tu penunggang agama, ada "sick" fantasy awal2 masa tunang dah reveal nak buat itu ini, tapi kena paksa kawen juga. Sbb duit kenduri semua dah bayar, kad dah edar....zaman nak jaga muka/standard lebih.....

Dah bertunang sampai 2 tahun tak boleh nak hadap lagi. Ada lah tu.... kira bijak lah perempuan ni lari dulu dari kawen dulu baru lari, lepas tu mendapat title janda tak sampai setahun kawen.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 3-12-2019 10:39 AM
pun rasa benda yang sama..tah2 kantoi check in hotel ngan bf tu yg perkahwinan cancel..haishhh..me ...

what to say uolss...
kasih boipren di bawa smpai ke syorga kekdahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
monalisapisa replied at 3-12-2019 11:26 AM
kenapa nak salahkan pengantin perempuan tu pula... ada banyak je kemungkinan lain. Ada ja yang meray ...

ni pon meols setuju..
lari lah jauh2 kalau bakalan dpt laki parasit....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 11:46 AM | Show all posts
DayangKirana replied at 3-12-2019 10:46 AM
kalau ikut drama melayu..
demi nak jaga aib both family, pernikahan tetap diteruskan but yang jadi  ...

pinggan tak retak nasi tak dingin...wakakakakakakakakakkaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 11:49 AM | Show all posts
monalisapisa replied at 3-12-2019 11:26 AM
kenapa nak salahkan pengantin perempuan tu pula... ada banyak je kemungkinan lain. Ada ja yang meray ...

dulu kan ada pelakon yg tunang dia tak nak, married jugak...tapi tak sampai berapa hari kot terus nak cerai...yg tunang siap ambik depo injection takut ngandung...haha motif i ingat benda ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 12:09 PM | Show all posts
becir replied at 3-12-2019 11:49 AM
dulu kan ada pelakon yg tunang dia tak nak, married jugak...tapi tak sampai berapa hari kot terus  ...

Tak tau pulak kisah tu wujud...haha...Real life orang kebanyakan pun banyak yang macam ni. Dalam tempoh bertunang, dah di tunjuk perangai tunang sebenar; bila bincang dengan mak ayah/adik beradik/kwn rapat semua duk pujuk suruh terima, guna modal "dugaan bertunang" & tu mainan syaiton tak mau anak adam ada ikatan sah, tapi.....mana tau tu bukan mainan syaiton tapi petunjuk/hints Tuhan? Last2 kawen, lepas tu tak bahagia, ada yang gila biol, ada yang lari pastu kena tuduh nusyuz, ada yang curang. Ni pun, bila perempuan ni lari terus kena tuduh ikut jantan lain. Kalau dia nak lari ikut jantan lain dah lama dia buat perangai, bukan masa dekat2 majlis kawen. At least, orang zaman dulu-dulu kalau kena nikah paksa pun, urusan cerai n kawen lain tak de lah complicated; orang pun tak judge sangat. Kalau dah tak serasi p hantar balik rumah mak ayah elok-elok, tak lama lepas tu ada orang datang minta/merisik... tak ada prejudice.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga masing2 temuai kebahagiaan yg dicari
Hikmah perpisahan ni xkan nampak skrg
Anggap je la bkn jodoh sesama diorang
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 01:46 PM | Show all posts
takde istilah 'kawin paksa' klu duk johor ni

seblum nk jupe kadi, ada interview, ko leh cakap direct je kt org jabatan agama
'aku taknk kawin'

pastu permohonan nikah batal

takdenya mak pak pmpn tu masuk bilik interview, pastu pegang pistol glock kt kepala anak tu suh setuju nikah?

tu pun susah ka pmpn?..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 01:49 PM | Show all posts
pelacur nya kau dek

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 02:15 PM | Show all posts
dah itu jalan yang dia pilih
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 02:22 PM | Show all posts
dia tak nak kawin kenapa dipaksa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 02:28 PM | Show all posts
selipar_hijau replied at 3-12-2019 11:10 AM
berkomplot pula dengan ex-bf pengganti sampai stress semua keluarga dan ahli tetangga

last2 org jahat kena langgar masa lintas jalan nak beli roti canai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.090992s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list