Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
3323
View
151
Reply

Aku kah yang mendesak?

[Copy link]

Author: tawarhati    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 27-11-2019 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by tawarhati at 29-11-2019 12:54 AM

Aku rasa aku dah pernah post pasal mamat nih bertahun yg dulu. Tapi takpa la, aku cerita sikit la lagi.

Bulan 12 ni genap 4 tahun aku kenal dia. Tahun yg dulu yes, aku meroyan teruk jugak pasal dia sbb dia cakap sayang aku tapi taknak declare couple dgn aku. Dalam ni ada nasihat suruh blah lepas setahun kalo dia tak srius. Tapi setiap kali family aku di landa masalah dia la yg number 1 datang tolong tanpa aku minta.

Kali kedua aku post sini meroyan sebab tak jadi kawin. Sepatutnya bulan 12 ni plan nak kawin. Tapi bulan 12 tahun lepas dia serabut sbb makcik dia taknak aku. Mak dia dah meninggal. Bapak dia okay jaa tapi makcik dia yg taknak padahal dia belum pun bagitau makcik dia ttg aku tapi dia cakap mmg makcik dia takkan nak sebab ciri2 makcik dia nak tu takda dekat aku. Gaduh teruk sampai dia cakap tangguhkan kawin dulu. Agak susah aku nak lepaskan dia sbb dia satu2nya lelaki yg layan aku baik berbanding dgn mana2 lelaki sebelum ni yg aku kenal.

Kejap, sebelum korang nak maki aku cakap ramai ja lelaki baik dalam dunia nih. Cari la lelaki lain. Okay, lepas dia tangguhkan kawin tu, aku macam cuba nak redha mungkin belum sampai masa utk aku berkahwin. Aku teruskan jgk dengan dia. Lepastu bulan 3 family aku bermasalah lagi sampaikan dia yg pegi buat loan dekat bank dan serahkan bulat2 dekat aku. Masih normal ke lelaki baik sebegitu mudah di jumpa? Bulanan aku cuma bayar seratus lebih ja. Dia yg cakap gitu yg selebihnya 2 ratus lebih biar dia yang bayar. Dia bukan anak orang kaya, kerja dia juga bukan yg hebat. Gaji dia juga cukup2 makan tapi masih mampu setiap bulan kalo aku dah takda duit nak makan dia akan bagi duit kat aku. Dia cakap dia bujang boleh mkn megi hari2 tapi dia taknak aku dgn mak aku kelaparan. Kalo dia tak srius sayang aku kenapa sanggup buat sebegitu? Abg aku kerja pangkat besar, 50 ringgit tetiap bulan pun tak mampu bagi mak aku apa lagi nak tolong buat loan utk kami. Sedara sendiri pun belum tentu mahu buat loan serah bulat2 kan?

Kemudian aku teruskan hubungan dengan dia seperti biasa. Setiap hari call aku. 3 tahun lebih kenal tak pernah miss sekali pun dia call aku. Setiap kali dia bangun tido, malam akan call aku. Kemudian nak tdo call lagi sampai trtdo. Lain lagi video call setiap hari juga. Dia layan aku sangat baik.

Tapi hubungan kami dia tak pernah declare lebih dari kawan. Kawan baik dia juga tak pernah tahu tentang aku, apa lagi kawan2 sekeliling dia. Family dia adik beradik semua tak tahu tentang aku. Tapi dia ada bagitau aku dah yang dia ada cerita dah dkt abg2 sepupu dia ttg aku. Depa tanya dia ada gf ka tak dia p jwb ada dah dan dia crita la ttg aku. Dia bgtau aku dia nak buat slowly. Cumanya.. hmmm

Skrg ni dia ada area tempat aku. Dia mai bercuti. Dia dok tmpt yg beratus kilometer dari aku. Skrg dia mai bercuti dgn family dia tapi dia tak bgtau aku. Depa dah lama plan nak bercuti tempat aku tapi dia sorok dari aku. Aku tau pun sbb bila aku nak p tmpt dia kebetulan cousin aku kawin kat sana. Aku suruh dia cuti boleh la jumpa memandangkan mcm setahun sekali ja dpt jumpa bertentang mata. Kat situ terpaksa la dia bgtau dia plan nak bercuti dgn family dia hujung bulan ni (maksudnya bulan 11 ni la) so dia tak boleh nak mintak cuti lagi awal bulan 11 haritu. Kat situ la aku baru tau dia nak bercuti. Dan dia xbgtau aku pun bercuti kat mana. Ayat bukan main lagi bercuti bercuti bercuti. Last week baru aku tanya bercuti p mana. Rupanya kt area tempat aku. Apa lah salahnya kau sebut ja nama tempat aku. Nampak sangat nak mengelak dari jumpa aku. Dan dia takda sebut pun plan utk jumpa aku.

Isnin tadi ni depa dah mai tempat aku ni bercuti. Dia buat mcm biasa jaa. Report kat aku setiap tempat dia p. Bg gambar2 depa family semua. Siap screenshot hp dia bgtau batry dia tinggal brp peratus so tak bole call aku. Aku okay kan jaa tal gaduh pun walaupun rasa mcm nak hempuk jgk guna hammer sbb dia mcm takda fikiran lansung utk temukan aku dgn family dia. 3 tahun lebih dah kottt. Bukan sebulan dua baru kenal. Dan dia bercuti ni pun dgn abg sepupu dia yg dah tau tentang aku. Bukannya dgn makcik dia tu pun sampai takut sgt nak bg jumpa dgn aku.

Salah aku kah bila aku persoalkan kenapa taknak jumpa kan aku dgn family dia. Terus dia marah2 cakap kat aku mcm2 dan jgn contact dia. Tunggu dia ja la contact aku tapi dia taktau bila. Tunggu dia okay baru dia contact aku. Salah aku ka bila aku cuma nak tahu kedudukan aku di mana sebenarnya? Susah ka utk fikir apa sebenarnya hati kau mahu? Kau mahu aku atau tidak? Kalau takmau, susah ka bgtau kat aku kau takmau aku dah. Jangan dah la layan aku baik2. Ni bulan 11 dgn 12 ni pun family aku susah sikit so haritu dia bgtau aku bulanan loan tu takyah bayar dia ja yg bayar sorang. Kalo dia tak sayang aku, kenapa baik sgt dgn aku? Nak buat kebajikan pun dia bukan org senang. Apa dia dapat layam aku mcm ni kalo cuma nak permainkan aku?

Tapi nak suruh aku diam2, layan ja la selagi orang layan kita baik takyah cari pasal, bohong la kalo perempuan boleh tabah ja sabar layan ja dia bertahun2 selagi dia baik tanpa ada tujuan utk bernikah. Takpa la kalo soal nikah tu kau nak tangguh tapi ni sampai dgn family kau pun nak elakkan jumpa dgn aku. Apa masalah kau. Salah aku ka jugak semua ni?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah si dia suami org?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 12:38 PM | Show all posts
cer hg habaq kat dia, hg ada laki lain
kalu dia cool je...teman tapi mesra la hangpa kut?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah lah sebab bertanya pada org yg salah
Dah dia taknak jwab Jangan la tanya
Rule nak berkawan dengan dia macam tu
Folo je lah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
bila kau kata sebelum forumer hencap kau, kau bagitau itu ini, apa yg lelaki tu buat. seolah-olah kau taknak orang nasihatkan kau. jadi sia2 je orang nasihatkan kau sebab boleh nampak, bukan kau yg nak mintak nasihat, tapi lebih kepada luahkan perasaan marah walapun kau sendiri yg susahkan diri kau yakni buat hati kau jadi lagi sakit.
kau bukan suka lelaki tu sebab dia yg selalu tolong kau, tapi kau yg termakan budi dia.. dari cara kau cerita ni boleh nampak, antara perasaan sayang dgn perasaan termakan budi..
apa kata kau buat macam biasa je, tak payah bebankan diri kau dgn masalah remeh pasal lelaki yg dicipta oleh kau sendiri. kau sendiri ada masalah keluarga. baik focus dekat masalah family kau..
lain kali, jangan termakan budi, sebab kau yg merana..
cuba kalau kau mampu selesaikan masalah yg kau ada tanpa bantuan lelaki tu, walaupun dia rela nak tolong lebih, kompommmm kau cari lain..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 12:59 PM | Show all posts
The way i see it u tak rugi apa apa hanya rugi masa dan hati perasaan la. but why eh amek duit dia loan and bagai rare sgt bab ni...maybe what u can do continue life mcm biasa but adjust life guna kebaikkan yg jarang ada ni upgrade income and bayarla hutang tu and berkawan la seramai boleh if u muda lagi...and jodoh tak kemana just lead normal life kalau xtau nak decide apa or tak ready or apa apa the least u upgrade diri u and jaga mak tu and make sure keadaan hidup u menjadi lbh baik. soal hati is one side where kita boleh put on hold utk kita fokus pd perkara yg lbh penting cth nak make sure mak sihat nak make sure pendapatan bertambah dan settle hutang semua tu.

As time goes by bila u semakin matang dan hati x lagi emosi nnt u akan boleh pikir dgn lbh baik. thus kita usaha sahaja jodoh ni when its ur time it will be ur time. Yes or no itu je..

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-11-2019 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
beloomberk replied at 27-11-2019 12:27 PM
Adakah si dia suami org?

Yg ni confirm bukan suami orang sbb bos atas dia pakcik aku. Pakcik aku kenal dia dan family dia. Cuma taktau la kan kalo sejenis kawin kat siam senyap2 yg tu aku taktau la
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-11-2019 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
akudansesuatu replied at 27-11-2019 12:38 PM
cer hg habaq kat dia, hg ada laki lain
kalu dia cool je...teman tapi mesra la hangpa kut?

Aku pernah bgtau dia, kalau orang tanya aku ada bf ka tak, aku jwb takda sbb dia sendiri tak pernah cakap aku ni gf dia kan. Tapi dia mcm buat suara nangis yg mcm "huwaaaa jangan la cakap gitu kat org lainn". Tapi dia taknak jugak declare. Tp dia taknak jugak aku ngaku single kat org lain. Pastu kalo aku ckp aku ada lelaki lain dia ckp tak caya sbb dia ckp konon dia kenal aku siapa. Nak kena cari lain betoi2 pastu tunjuk kat dia kot noh.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-11-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
putericahaya999 replied at 27-11-2019 12:42 PM
Salah lah sebab bertanya pada org yg salah
Dah dia taknak jwab Jangan la tanya
Rule nak berkawan d ...

Tapi skrg dia cakap jgn contact dia dulu bagi dia bertenang tunggu dia yg contact aku so aku takyah tunggu apa2 dah la kan. Mmg dia tak srius la dgn aku eh
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-11-2019 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 27-11-2019 12:45 PM
bila kau kata sebelum forumer hencap kau, kau bagitau itu ini, apa yg lelaki tu buat. seolah-olah ka ...

Bukan mcm tu kurex semogaa. Kalau aku taknak terima pendapat aku takkan post dlm nih. Niat aku bgtau siap2 supaya korang boleh tau apa situasi yg aku sedang lalui dan aku nak tahu apa lagi kemushkilan lain punca dia taknak kenalkan aku dgn family dia. Kalo nak cakap dia tak sayang aku, kenapa dia baik sgt dgn aku dan dia punya kebaikan tu baik mcm org sayang aku tapi dlm masa yg sama taknak ke peringkat yg seterusnya. Mana tahu ada sesuatu yg aku tak boleh terfikir tapi korang boleh tolong aku dan secara tak lansung boleh membuatkan aku faham ooooh mungkin sbb ini, okay aku fahamm dah. Haa gitcheww. Kat forum ni la byk benda aku belajar benda yg aku tak terfikir tapi bila baca komen2 korang buat aku terfikir ohh iya jgk eh. Make senseee.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 01:13 PM | Show all posts
tawarhati replied at 27-11-2019 01:03 PM
Aku pernah bgtau dia, kalau orang tanya aku ada bf ka tak, aku jwb takda sbb dia sendiri tak perna ...

tengok gaya memang dia gila kat ko,
tapi tengok gaya lagi sekali macam ko ni BFF versi baik je..

entahlah..nak kahwin babitkan skali makcik pakcik sedara sepupu sepapat buat apa..
mak ayah dah la...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tawarhati replied at 27-11-2019 01:11 PM
Bukan mcm tu kurex semogaa. Kalau aku taknak terima pendapat aku takkan post dlm nih. Niat aku bgt ...

baik kau focus dekat masalah kau sendiri dari fikir kenapa jantan tu buat macam tu.. semoga urusan uols dipermudahkan Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tk rasa u ni jodoh dia..dia anggap u kawan rapat je...klau dia jmpa calon sesuai..msti dia akan kawin scpt mgkn...jd tt...jgnlah berharap sgt pd dia....dia msih mencari jodoh yg sesuai..tt hnya pilihan kedua...tlg tt carilah calon lain..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-11-2019 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 27-11-2019 12:59 PM
The way i see it u tak rugi apa apa hanya rugi masa dan hati perasaan la. but why eh amek duit dia l ...

Ya Allah terima kasih sgt2 dengan segala tuturan ayat yg sgt lembut sampai i tetiba rasa nak nangis. Sejak dia cakap jgn contact dia i tak nangis lansung, alhamdulillah i tenang. Cuma i pun berfikir jugak salah i ke jadi semua ni. Am i overreacting or do i have a valid reason to feel the way i do. Duit tu i taknak terima tapi dia yg pujuk i terima. Dia tetiba ambik cuti dan dtg tempat i terus buat loan, dpt duit terus dia serah kat i. So i terima ja la. Thank you for all the advices. I terima dan akan ambik semua kata2 you dan akan jalani kehidupan dgn tenang dan semoga segala urusan i di permudahkan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-11-2019 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cahaya_almas replied at 27-11-2019 01:27 PM
Dia tk rasa u ni jodoh dia..dia anggap u kawan rapat je...klau dia jmpa calon sesuai..msti dia akan  ...

Haah kan. Betul jugak you cakap gituu. I bukan pilihan utama dia. Sbb tu la dia tak pernah nak cepat2 kawin dgn i. Kalo dia mmg nak i, mana ada alasan dah kann. Okay, i terima.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tiramisuu at 27-11-2019 01:41 PM

tt ni spare part dia utk hilang rasa sunyi. Friendzone. Good enough to be a close friend but not enough to be wife material. Once dia jumpa org lain, dia akn ghaib mcm tu je dgn alasan dia tak pernah declare. Dahla secure drpd pertanyaan org sbb nobody knows.

Aku nak tanya ko, kalau ko tak berhutang budi psl duit, senang tak ko nk byebye?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 01:44 PM | Show all posts
i tgh down skit tentang sesuatu yg berlaku pd kawan rapat i. terkesan sgt. dia couple dgn someone for a year or so. x sedikit duit lelaki tu abis kat dia. one day she asked me, 'kenape eh kalau i tag F, dia mesti untag'. i was like oookkkkkk. tho i m not active anymore kat fb, i know something is not right if ur bf x nk ditag n such.

all hell break lose, mamat tu dah bertunang. n baru je sehari-dua ni kawin on my fren's birthday. f*** u man. kau bg harapan, bagi duit ringgit kt my fren n ko tinggal mcm tu. n dia pggl kwn i mcm2 just because dia nk lps dr my fren. setulus hati i doakan keturunan mamat tu terkena mcm mana mamat tu buat kt my fren.

tq tt sbb buka ruang utk i merempan. i cried thinking about what happen to her. she called me n cried n said, i need u nora.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Halah halah. Kesian la dgn org ppuan ni kan. Ive been in the same situation couple of years back. I nekad tinggalkan lelaki yg tak sure dgn perasaannya sendiri and now happily married with someone else. Tp kisah I tak melibatkan any financial repercussions

My best friend is going through the same thing and it caused a rift between us. Kisah dia - the boyfriends mom yg tak approve. Tp dh bawak my best friend tu kehulu-kehilir smpai ke Melbourne. Siap my friend tu spedo dia lg. Everytime kwn I mentioned pasal kahwin - manjanggg pin it to his mom Dh puas I advice my friend to move on for someone else. Tp ye la. Cinta.

Cmni la you - kalau rasa tahap kesabaran you masih Tinggi & sayang tu masih kuat - go with the flow je la. Tunggu la smpai mak cik dia suka kat you. If not, kumpul duit 20k tu cepat2, then selesaikan hutang yg ada tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 01:48 PM | Show all posts
panjang sgt masalah... aku tak tahu nak komen ape.. tp demi tacang, aku komen jugak

kau terus terang je la.. tanya dia betul2.. kalau dia tarik tali lg, kau blah je la.. kau stay ni pun sbb kau yg berharap..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 01:49 PM | Show all posts
Kalau TT seorg Islam, pe kata TT buat solat istikharah. Mintak petunjuk. Lepas tu apa jadi pun TT x ler rasa kesal sgt... jodoh kan rahsia Allah. Wpun lelaki tu baik sgt dgn kita, korban mcm2, tp kalau bukan jodoh, ttp xkan jadi. Berserah laa pada DIA TT. Moga dipermudahkan segala urusan TT.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.088333s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list