Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
6954
View
221
Reply

[Tempatan] Ahli farmasi bagi nasihat untuk pengguna kosmetik timbang kilo

[Copy link]

Author: Boomibulat    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 20-11-2019 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 20-11-2019 11:11 AM

'Kosmetik timbang kilo': Dengarlah nasihat ahli farmasi ini

Syahierul Fakhri
Screenshot_2019-11-20-11-01-00-1.png
Screenshot_2019-11-20-11-01-09-1.png

Cantik memang cantik, tetapi lama-lama badan rosak. Begitu bahayanya penggunaan produk kosmetik timbang kilo, menurut ahli farmasi Siti Hawa Mohd Nor.

Bahkan lama kelamaan, kata sensasi alam maya itu, ia boleh merosakkan bukan sahaja muka, tetapi juga saraf dan buah pinggang.

Produk yang dipanggil timbang kilo mengandungi bahan terlarang sama ada original ataupun tidak.

"Tubuh badan setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap produk yang digunakan. Bergantung kepada tempoh penggunaan.

Ada yang mendapat kesan negatif yang teruk, ada yang sederhana, ada yang tidak mendapat sebarang kesan negatif langsung di wajah.

Kalau tidak kesan di wajah, sampingan dia boleh berlaku melalui seperti kerosakan saraf dan buah pinggang. Kita tidak nampak apa yang berlaku di dalam.

Adakah berbaloi menjadikan diri sendiri sebagai bahan uji kaji untuk bahan yang telah terbukti bahaya? katanya yang lebih mesra dengan panggilan Siti Awe.

Ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini, Siti Hawa yang pernah berkhidmat di hospital kerajaan selama empat tahun mengingatkan pengguna berhati-hati dengan kandungan terlarang dalam produk digunakan.

Antaranya, kata dia, merkuri, hidrokinon dan tretinoin walaupun boleh mencantikkan buat sementara waktu.

Dalam jangka masa pendek memang boleh memberikan kesan yang diingini oleh para pengguna terutama sekali wanita, katanya.

Kulit jadi mulus, tiada jerawat, jeragat dan masalah kulit yang lain menjadi putih disebabkan merkuri menghalang penghasilan melaanin yang bertanggungjwab untuk menghasilkan warna kulit.

Dia mengingatkan, pengguna perlu segera berjumpa pakar kulit untuk mendapatkan rawatan jika kulit muka menjadi teruk seperti ditumbuhi jerawat di seluruh wajah dan kulit menipis.

Rawatan yang diberikan bergantung mengikut kesesuaian dan keadaan kulit individu.

Antaranya ialah ubat makan antibiotik, ubat hormon dan ubat yang dipanggil isotretinoin. Penggunaan ubat ini perlu mendapatkan preskripsi dan pemantauan daripada doktor, katanya lagi.

Berdasarkan pengalamanbnya sendiri, Siti Hawa berkata dia pernah bertemu dengan pesakit yang muka dipenuhi jerawat nanah yang teruk dan menggelupas akibat menggunakan produk berbahaya itu.

Dia yang juga lebih mesra dengan panggilan Siti Awe berkata pengguna boleh memeriksa nombor sesuatu produk dengan Agensi Kawal Selia Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (NPRA) terlebih dahulu sebelum membelinya.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-11-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Doktor dh cantik blh la cakap mcm tu..kami yg buruk ni kena beli jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Pharmacist pun mcm pakai produk timbang kilo jugak
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:14 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 20-11-2019 03:11 AM
Doktor dh cantik blh la cakap mcm tu..kami yg buruk ni kena beli jugak..

kannnn.. meols pernah terbaca dr imelda balchin cakap, sheols takde pun rutin skin care facial wash bagai, cuma cuci muka pakai air & lap dengan tuala jaa..
meols kalau buat camtu, keliling hidung ni berkerak! minyak bertakung! malas nak reply kat fb dia, kang dia emosi.. merentan jaaa..


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-11-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 20-11-2019 11:14 AM
kannnn.. meols pernah terbaca dr imelda balchin cakap, sheols takde pun rutin skin care facial was ...

I yg lelaki ni pun pakai pencuci muka setiap pagi..x blh x pakai..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:23 AM | Show all posts
Themilo replied at 20-11-2019 11:14 AM
kannnn.. meols pernah terbaca dr imelda balchin cakap, sheols takde pun rutin skin care facial was ...

ko percaya ke pakai air je
ada orang cakap guna air wuduq je



Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 20-11-2019 11:14 AM
kannnn.. meols pernah terbaca dr imelda balchin cakap, sheols takde pun rutin skin care facial was ...

kena kekal dlm wuduk sis.. itu pun nak org bgtau ka

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 20-11-2019 11:14 AM
kannnn.. meols pernah terbaca dr imelda balchin cakap, sheols takde pun rutin skin care facial was ...

Patut u reply mcm ni patut la muka doc hmmmm

Eii berminyak la muka cuci dgn paip air je. Kalau yg makeup tu mcm xbersih je
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:27 AM | Show all posts
kalo ikut logik la..lumur jek taik kt muka..sumber organik tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:34 AM | Show all posts
haiyooo...cannot imagine cuci muka pakai air jer...mesti laa pakai face wash sekurang-kurangnya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 20-11-2019 11:14 AM
kannnn.. meols pernah terbaca dr imelda balchin cakap, sheols takde pun rutin skin care facial was ...

aku dah bertahun tak pakai pencuci muka ok je. pagi masa mandi tu la basuh muka dgn air. pastu moisturizer + sunblock. petang baru cuci muka guna sweet almond oil/ jojoba, dua2 pon ok tapi aku guna sweet almond oil sbb lagi murah sblm tido moisturizer + serum/face oil. mmg jimat sgt skincare bulanan skrg, dulu masa zaman study je gelenyar nak try mcm2 padahal tak perlu pon. mask muka pon tepek kunyit+madu+yogurt jah, malas nak beli sheet mask slalu lupa nak pakai sampai expired hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:42 AM | Show all posts
bakingsoda replied at 20-11-2019 03:36 AM
aku dah bertahun tak pakai pencuci muka ok je. pagi masa mandi tu la basuh muka dgn air. pastu moi ...

ada jugak la produk untuk maintenance uols. ni setakat guna air dengan tuala, yihhhhh.. kosser laa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 20-11-2019 11:36 AM
aku dah bertahun tak pakai pencuci muka ok je. pagi masa mandi tu la basuh muka dgn air. pastu moi ...

Nak tengok almond oil brand yang awak guna
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:44 AM | Show all posts
dino replied at 20-11-2019 03:24 AM
kena kekal dlm wuduk sis.. itu pun nak org bgtau ka

jawapan kak nita sangat.. bukan setakat bersih, malah tegang, ketat & bercahaya sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:46 AM | Show all posts
anony-mous replied at 20-11-2019 03:27 AM
Patut u reply mcm ni patut la muka doc hmmmm

Eii berminyak la muka cuci dgn paip air  ...

kosser. tak pasal-pasal meols dapat promosi percuma & kena bash berjemaah kang
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:47 AM | Show all posts
bakingsoda replied at 20-11-2019 11:36 AM
aku dah bertahun tak pakai pencuci muka ok je. pagi masa mandi tu la basuh muka dgn air. pastu moi ...

interesting.. cam mana guna sweet almond oil tu?
beli kat mana? ada specific brand ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:48 AM | Show all posts
Themilo replied at 20-11-2019 11:14 AM
kannnn.. meols pernah terbaca dr imelda balchin cakap, sheols takde pun rutin skin care facial was ...

Muka i dulu berminyak, ntah mcm mana one day i stop cuci guna cleanser etc. Guna air sahaja, memang improve kulit. Try dulu untuk 2,3 hari. Kalau ok teruskan. Tapi i sejenis tak terdedah kepada pencemaran lah. Kerja indoor, tak guna public transport etc.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:49 AM | Show all posts
janji berkesan dan termurah di pasaran. side effects tu belakang kira. kakkan wujud industri kosmetik timbang kilo kalau tidak ada permintaan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 20-11-2019 11:14 AM
kannnn.. meols pernah terbaca dr imelda balchin cakap, sheols takde pun rutin skin care facial was ...

Tak yakin lah aku dia guna air jer.. Sekali tangki air ada mayat baru tahu

Paling2 bodo pon mungkin doktor tu guna Loreal
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
puccafan replied at 20-11-2019 11:42 AM
Nak tengok almond oil brand yang awak guna

beli kat shopee je ni, tapi kalau rajin search ada yg lg murah kot
https://shopee.com.my/product/59104432/1031182442?smtt=0.0.9
beli yg 1 liter bulan 5 hari tu skrg baru suku botol habis...jimat gila. tapi kalau kulit yg senang naik jerawat cuba guna jojoba oil, cuma kalau nak try dulu sweet almond oil beli yg botol paling kecik dulu takut tak sesuai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.108114s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list