Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
5423
View
179
Reply

[Tempatan] Betapa pentingnya kerahsiaan - kes Lahad Datu, anggota yg khianat

[Copy link]

Author: saripdolmat    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 20-11-2019 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Hassan ni org mn ye?nak tengok jgk family dia mcm mn.smpai hati menjadi pengkhianat negara
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Memalukan legasi arwah sarjan Hassan. Nama dah lah sama.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
r_innalif replied at 20-11-2019 12:41 AM
Well said..

Thank you .
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 10:45 AM | Show all posts
ohnoLia replied at 20-11-2019 08:08 AM
Kenapa malaysia tak buat wajib khidmat kpd tentera mcm singapore and korea ya? Ai think ini membantu ...

suruh pegi plkn pun ramai meroyan...  hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 10:54 AM | Show all posts
QueenIsolde replied at 20-11-2019 09:21 AM
Absolutely...atok Bapa Pengkhianat, ko duk area2 borneo kan? Ada bapa kwan aku tlibat ng kes sulu  ...

mengikut adik ipar aku yang berkampung kat sana masa kes berjalan, memang ada...  cuma dia tanak cerita in details...  masih terkesan kot sebab kengkawan terkorban...  nanti aku cuba tanya dia sekali lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 20-11-2019 10:54 AM
mengikut adik ipar aku yang berkampung kat sana masa kes berjalan, memang ada...  cuma dia tanak c ...

So mmg ada ura2 la kes mistik ni masa tu..ko cuba la gali2 info sket
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:09 AM | Show all posts
QueenIsolde replied at 20-11-2019 11:02 AM
So mmg ada ura2 la kes mistik ni masa tu..ko cuba la gali2 info sket

boleh2...  nanti aku cuba korek...  ada tu dia kata melibatkan mayat anggota, belum sempat cerita, dia dah sebak...  Allahu...  aku terus tak jadi tanya...

cuma satu tu dia cerita, dah nampak dah orang sulu depan mata...  bila datang dekat n ambush, tetiba hilang...  tetiba orang sulu ada kat belakang anggota kita...  si sulu celaka tu siap gelak2 cam babi tau...  bangsat sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng kiram tu pakai tangkal dekat private part masing2. Balut kain kuning. Rupa2nya alquran kecil konon2 boleh jadi kebal. Betol memang kebal tak tembus m16. Sehingga lah, KPn call ustaz sharhan, bagitau, ustaz sharhan bagi petua, ada bacaan doa dia. Lepas tu kena tembak di kepala sahaja. Alhamdulillah menjadi. Sniper tu pulak bukan calang2. Tak salah polis perempuan Sniper kes lahad datu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 20-11-2019 10:45 AM
suruh pegi plkn pun ramai meroyan...  hahaha...

Mana taknya..anak org biasa je yg kene pgi..ank vip rilek je x yah pgi.
Cuba buat mcm korea selatan tu..artis kpop pn kene stop nyanyi sbb wajib msk kerahan tenaga..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:58 AM | Show all posts
sebagai anak campuran etnik sungai sabah, aku mmg anti ngan suluk ni.. mengaku suluk, padahal celah pulau filipina mana mai.. cakap kuang ajaq.. tgk la.. jadi pengkhianat.. sggup berpihak kat puak sana.. depa punya manipulative takyah cakap la.. kuat drama, kuat menipu.. makcik aku terkena dah..  pggil suluk ni buat kerja rumah, last2 makcik aku jadi babu depa.. depa hembus apa pun tak tau la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:00 PM | Show all posts
munchkin replied at 20-11-2019 09:43 AM
Traitor to our beloved country. Kalau treason bukan hukumannya mati ke?

tolongla buat execution untuk treason ni.. geram lak.. buh guillotine ka
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 20-11-2019 10:45 AM
suruh pegi plkn pun ramai meroyan...  hahaha...

Ohhh begitu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sayangnya kebolehan dia ni..
hujung2 hidup jadi tahanan..ke hukum gantung nnti..
walhal kalau hidup aman2 dah hidup tua senang lenang ngn pencen..ntah pape lagi reward dapat...
apa motif dia jadi pengkhianat ye..nak kaya ke..kuasa. isshhh...serabut lah hidup camtu. teringat lak citer yg ada hairul somi keknis tu..lupa citer apa nana dia..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cupu at 20-11-2019 12:18 PM

Takziah pejuang yg terkorban....aku pnh bc pengorbanan soarang konstabel yg tugas dia bawa senjata.sebak sgt baca..nanti aku cari cerita tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sulu ni umpama palestinlah dlm konteks masyarakat luar
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cupu at 20-11-2019 12:26 PM

FB_IMG_1574223847708.jpg WIRA SANG SAKA BIRU - KOPERAL MOHAMED QAIYUM 'AIQAL ZOLKIPLI

Peristiwa Op Sulu buat saya sedih, trauma" - Koperal Qaiyum

Meskipun sudah enam tahun insiden pertempuran yang tercetus antara pasukan polis dengan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah berlalu, ia masih segar dalam ingatan Koperal Mohamed Qaiyum Aiqal Zolkipli, 28, dari unit elit 69 Komando, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pertempuran yang berlaku kira-kira jam 10 pagi, 1 Mac 2013 itu telah menyebabkan beliau mengalami kecederaan di bahu kanan akibat tembakan musuh serta turut mengorbankan nyawa ASP Zulkifli Mamat serta Sarjan Sabaruddin Daud dari unit sama apabila kedua-duanya mengalami kecederaan parah di kepala.

Menceritakan kembali penglibatan beliau dalam insiden tersebut, Qaiyum yang ketika itu berpangkat Konstabel, sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Taiping, Perak untuk melakukan ujian payung terjun sebelum dihubungi pegawai atasan beliau agar segera berpatah balik ke Markas 69 Komando di Ulu Kinta.

Demi tugas, saya akur dengan arahan meskipun sedikit ralat tidak dapat melakukan ujian tersebut kerana ingin mendapatkan sayap yang telah lama diimpikan. Semua rakan skuad yang lain telah berjaya memperolehnya lebih awal, cerita Koperal Qaiyum yang baharu berusia 21 tahun ketika insiden itu berlaku.

Taklimat oleh bekas Ketua Sektor Delta,  ACP Abdul Rani Alias (kini menjawat Timbalan Komander 69 Komando), memaklumkan yang sektor saya (Delta) akan terlibat dalam operasi di Lahad Datu.

Ketika mendapat tahu perkara sebenar yang sedang berlaku di Lahad Datu dan tindakan yang perlu dilaksanakan, perasaan berdebar terus datang. Saya langsung tidak menjangka akan menyertai operasi sebegitu cepat kerana baharu sahaja tamat menjalani kursus asas komando, jelas Koperal Qaiyum yang menerima arahan tersebut beberapa minggu sebelum pertempuran berlaku.

Namun jelas Koperal Qaiyum, segala ilmu yang dipelajari semasa kursus asas tersebut masih segar dalam ingatan dan sangat membantu beliau sepanjang operasi dilakukan.

Jelas beliau serba ringkas, kursus asas komando yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Peperangan Khas (CLPK) PDRM menggunakan pendekatan pertempuran sebenar yang dilalui ketika pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas komunis suatu ketika dahulu.

Kami perlu mengharungi pelbagai fasa latihan selama hampir lima bulan, bermula dari peringkat kem, hutan belantara, paya bakau, laut, pengkhususan kemahiran dalam kumpulan kecil hingga final mission execution untuk layak bergelar trooper 69 Komando, jelas beliau yang memaklumkan kursus tersebut sangat menguji kecekalan seseorang itu sama ada berjaya atau tidak untuk terus berada dalam unit unggul tersebut.

Alhamdulilah, kesemua 35 anggota dalam skuad saya tiada yang menarik diri dan kami berjaya menamatkan kursus asas tersebut, imbas Koperal Qaiyum semasa beliau mengikuti kursus asas komando pada usia 19 tahun dan merupakan anggota termuda 69 Komando ketika itu.

Berbalik kepada operasi di Sabah, saya bersama rakan yang lain bertolak ke Negeri Di Bawah Bayu pada hari yang sama kami ditaklimatkan. Kami menaiki pesawat milik PDRM dan mendarat di Lapangan Terbang Tawau sebelum dibawa ke Felda Sahabat 16, Lahad Datu yang dijadikan markas operasi PDRM ketika itu.

Menurut Koperal Qaiyum, taklimat lengkap mengenai operasi disampaikan oleh bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato Abdul Rashid Harun (ketika itu memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman).

Selaku anggota infantri bagi operasi ini, beliau diarahkan oleh patrol komandernya, Sarjan Mohamed Hairi Sanusi untuk melakukan tinjauan rapat selama hampir seminggu terhadap pengganas Sulu yang telah mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 120 kilometer dari bandar Lahad Datu pada 12 Februari 2013 menggunakan bot pancung dan bot laju.

Saya diarah untuk melakukan tugas mengesan bagi mendapatkan maklumat mengenai jumlah dan kedudukan musuh, senjata yang digunakan, kubu dan pos sentri yang dibina, laluan selamat ke Kampung Tanduo serta lain-lain maklumat berkaitan.

Operasi tersebut juga bagi menangkap Ahmad Malandi, 70-an, atau Mat Bom iaitu individu dipercayai tali barut kepada pengganas yang dilaporkan berada di kampung tersebut.

Selepas semua maklumat yang dikehendaki berjaya diperoleh, seramai tiga pegawai dan 36 anggota Sektor Delta yang diketuai oleh ACP Abdul Rani memasuki kampung berkenaan pada tengah malam 28 Februari 2013.

Kami menaiki trak Pasukan Gerakan Am (PGA) sebelum diturunkan di kawasan Sungai Nyamuk yang berkedudukan 1.2 kilometer dari kampung tersebut dengan melalui satu-satunya laluan paling selamat, meredah hutan paya bakau, jelas beliau yang ditukarkan untuk membawa senjata berat, HK 11 dan beg berisi ratusan butir peluru seberat 100 kilogram.

Sambungnya, Sektor Delta berjaya tiba di kampung tersebut yang terletak dalam ladang kelapa sawit selepas hampir lima jam menyelusuri kawasan paya tersebut.

Walaupun jarak antara kampung tersebut dengan tempat kami diturunkan dekat, namun ia sangat berisiko. Kami perlu berhati-hati untuk tidak menghasilkan sebarang bunyi. Bercakap pun tidak boleh. Semuanya hanya menggunakan isyarat tangan.

Pergerakan juga berpandukan kepada pengesan dan rakan di hadapan. Sedikit kecuaian sahaja, musuh boleh hidu dan menyerang kami pada bila-bila masa sahaja.

Ada satu ketika, pengesan kami terlihat pergerakan  pihak musuh. Kami terpaksa berdiri kaku selama satu jam di dalam paya sebelum keadaan kembali selamat. Badan saya sampai melengkung menahan bebanan senjata berat dan peluru yang digalas di bahu, tambah beliau.

Sebaik tiba di Kampung Tanduo, operasi penyerbuan dan pengeledahan rumah secara taktikal dilakukan terhadap lebih 20 buah rumah di kawasan terbabit termasuk rumah suspek. Walau bagaimanapun,  Mat Bom dipercayai telah melarikan diri selepas menghidu kehadiran pihak polis.

ACP Abdul Rani turut mengarahkan para anggota 69 Komando membuat pertahanan di sekeliling rumah Mat Bom manakala saya bersama Koperal Mazlaini diminta untuk mengawal laluan masuk kami ke kampung tersebut, terang beliau.

Kira-kira jam 9.55 pagi, tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan bertalu-talu di kawasan Sektor Bravo yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan Delta. Sektor berkenaan termasuk Alpha dan Charlie terlebih dahulu berada di kampung tersebut bagi melakukan rondaan dan tinjauan kawasan terlibat secara dekat.

Kami diarahkan oleh ACP Abdul Rani untuk segera mara ke hadapan bagi memberi bantuan kepada rakan-rakan yang telah diserang oleh pihak musuh.

Sedang saya berlari untuk masuk ke kawasan tersebut, sektor kami turut diserang oleh musuh seramai hampir 30 orang. Ketika itu juga, seorang pegawai komando (ASP Zulkifli Mamat) dari Sektor Charlie dilaporkan telah tumbang. Hanya perkataan Allahuakbar yang mampu terucap dari mulut ketika itu, cerita Koperal Qaiyum menahan sebak.

Serangan bertubi-tubi daripada pihak musuh turut menyukarkan Koperal Qaiyum untuk merapati rakan sepasukan yang terkepung kerana beliau turut menjadi sasaran musuh.

Dalam sesuatu pertempuran, pembawa senjata beratlah yang akan menjadi sasaran utama pihak musuh kerana mereka mempunyai senjata yang lebih canggih dan berkuasa berbanding anggota lain, jelas beliau.

Tambah beliau, selang beberapa minit kemudian, seorang lagi anggota komando (Sarjan Sabarudin Daud) dari Sektor Bravo dilaporkan terkorban dalam pertempuran.

Mendengar dua rakan sepasukan sudah terbunuh, saya nekad untuk mara ke hadapan meskipun hanya pokok kelapa sawit menjadi perisai. Biar apapun berlaku, saya perlu bantu rakan yang lain supaya tiada lagi anggota komando yang akan kehilangan nyawa.

Selepas mengucap tiga kali kalimah syahadah, saya berdoa di dalam hati, Ya Allah, andai hari ini pengakhiran nyawa aku, ambillah. Tapi bantulah aku untuk selamatkan rakan-rakan yang lain dahulu, ujar beliau.

Malangnya, baharu selangkah beliau bergerak, satu tembakan curi mengenai bahu kanannya.

Saya jatuh terlentang dan terkeluar dari tempat perlindungandan menjadi sasaran musuh. Pada masa yang sama, terdengar semakin ramai musuh menghampiri dan menembak ke arah saya.

Cubaan untuk menggunakan HK11 gagal kerana saya tidak dapat menggerakan tubuh badan. Hanya mampu membalas tembakan musuh menggunakan pistol sahaja, imbas beliau.

Koperal Qaiyum kemudiannya sedaya upaya mengangkat tangan untuk memberi isyarat kepada rakan yang paling hampir bagi memaklumkan keadaan beliau.

Alhamdulilah, Sarjan Hairi ternampak isyarat tersebut dan bertarung nyawa untuk menarik saya dari tempat kejadian untuk berlindung di sebalik pokok. Saya sangat terhutang budi dan nyawa kepada beliau yang telah menyelamatkan saya dalam insiden itu.

Mujur juga rakan sempat mengambil senjata berat yang dibawa dan meletakkan di atas dada saya sebelum melepaskan tembakan ke arah musuh yang semakin menghampiri kami, jelas beliau yang memaklumkan penganas itu merupakan salah seorang daripada 12 pengganas Sulu yang berjaya ditembak mati dalam pertempuran itu.

Ekoran tembakan peluru musuh, tiga tulang bahunya patah dan beliau dikejarkan ke Hospital Lahad Datu seterusnya ke Hospital Sandakan sebelum diterbangkan pulang ke Semenanjung untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tentera, Lumut, Perak.

Namun sehingga ke hari ini, tragedi pertempuran itu masih membuatkan beliau sedih setiap kali terkenangkan pegawai dan anggota Komando 69 yang terkorban terutamanya Allahyarham ASP Zulkifli.

Saya terpaksa makan ubat penenang hampir dua tahun kerana terlalu trauma dengan insiden tersebut. Suara arwah seakan tergiang-giang di telinga meminta untuk saya menolongnya meskipun saya tiada berdekatannya ketika beliau terbunuh.

Arwah gemar mengaji Al-Quran dan seorang yang suka bergurau ketika hayatnya. Saya akrab dengan beliau kerana personalitinya yang menyenangkan selain memiliki hobi sama iaitu meminati motosikal besar.

Kami sempat berbual seketika semasa ingin bertolak ke Sabah dan merancang untuk melakukan konvoi bersama apabila pulang daripada operasi nanti. Namun itu hanya perancangan manusia, Allah SWT lebih mengetahui segala-galanya, ujar beliau cuba menyembunyikan air mata.

Ditanya sama ada beliau serik dengan kejadian itu, dengan penuh bersemangat Koperal Qaiyum berkata, tiada perkataan serik dan putus asa dalam kamus hidupnya.

"Selagi bernyawa dan mampu menjalankan tugas, InsyaAllah, saya akan terus mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta ini, jelas Koperal Qaiyum yang dianugerahkan Pingat Kedaulatan Negara oleh bekas Perdana Menteri ke-6, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak sebagai penghargaan terhadap pengorbanan beliau mempertahankan kedaulatan Sabah.

Turut menerima pingat tersebut ialah Koperal Mohd Tarmizi Hashim, Sarjan Mejar Sakrani Hashim dan Koperal Azman Ampong.

LATAR BELAKANG

Koperal Mohamed Qaiyum Aiqal Zolkipli dilahirkan pada 19 Ogos 1991 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Koris, Senggarang dan seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Banang Jaya di Batu Pahat.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, beliau memohon untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia namun ketika itu umurnya tidak memenuhi syarat kemasukan.

Pada masa yang sama, Koperal Qaiyum turut memohon jawatan dalam PDRM dan rezeki menyebelahi beliau apabila dipanggil untuk hadir ujian fizikal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

Beliau kemudiannya mengikuti latihan asas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan selama tiga bulan sebelum ditempatkan di Batalion 19, PGA, Cheras, Kuala Lumpur.

Koperal Qaiyum hanya sempat bertugas selama tiga bulan dalam PGA apabila beliau terpilih menyertai kursus asas komando selepas berjaya dalam pemilihan yang diadakan unit elit itu di PULAPOL Kuala Lumpur.

Menurut anak kelima daripada tujuh beradik itu, minat beliau dalam pasukan keselamatan adalah hasil dorongan dan sokongan daripada ahli keluarga yang turut berkhidmat dalam PDRM dan ATM.

Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Ketika dirawat di Hospital Sandakan, Sabah akibat kecederaan yang dialami, Koperal Qaiyum bertemu cinta hatinya, Siti Nor Zamzura Norsiden, seorang jururawat yang ditugaskan untuk menjaganya. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua cahayamata.
FB_IMG_1574223857554.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini suluk dapat kerakyatan ke? Pengkhianat negara. Ini rupa nak bagi muka pada pilak dan indon2 yang datang malaysia. Atas nama sama agama konon. Tapi mereka ni gunting dalam lipatan. Hati setia dengan tanah leluhur je. Bodoh sangat geng bmf yang sokong kedai aceh dan indon2 lain ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:27 PM | Show all posts
sekngucing replied at 20-11-2019 12:17 PM
sulu ni umpama palestinlah dlm konteks masyarakat luar

Yang nie saya setuju,

semuanya berbalik kepada dari mana kita melihat dan menilai sesuatu....

dari mata orang suluk... pengkhianat ini adalah hero mereka.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:41 PM | Show all posts
cupu replied at 20-11-2019 12:17 PM
WIRA SANG SAKA BIRU - KOPERAL MOHAMED QAIYUM 'AIQAL ZOLKIPLI

Peristiwa Op Sulu buat saya sedih, ...

sebak baca cerita koperal ni. bagi anggota yg terkorban, hanya mampu dititipkan doa, moga Allah ampunkan dosa2 mereka. aamiin

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:42 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 20-11-2019 11:48 AM
Mana taknya..anak org biasa je yg kene pgi..ank vip rilek je x yah pgi.
Cuba buat mcm korea selat ...

patutnya tak ada pengecualian kan. tak adil betul kalau perkara mcm ni betul2 berlaku

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.096756s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list