Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
4590
View
111
Reply

[Tempatan] Lagi kes rakyat Malaysia pergi Seoul balik hari. Tak print return ticket. Semuanya dlm h/p

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-11-2019 10:45 PM | Show all posts |Read mode
Tragedi ¡®return ticket¡¯! Pergi Seoul balik hari, dua sahabat terkilan dilayan macam Pati ¨C ¡°Dia tanya pergi Nami Island naik bas nombor berapa¡±
Ahad, 17 November 2019 12:02 PM
5-6 minutes

KEMASUKAN rakyat Malaysia ke Korea Selatan kini lebih ketat.

Itu yang dapat disimpulkan menerusi 'tragedi' menimpa tiga sahabat apabila dua daripada mereka dihantar pulang pada hari sama mereka tiba di Seoul pada Khamis lalu.

Menurut Muhammad Shaifuddin Muhammad Ab Haqqi Eng, kejadian berpunca apabila mereka gagal menunjukkan ¡®return ticket¡¯ ketika diminta seorang pegawai imigresen di Lapangan Terbang Incheon.

¡°Masa sampai tu kami bertiga beratur dekat lane kelima. Tapi kawan yang 'lepas' tu dia pergi dulu kaunter sebab dia depan saya dan kawan lagi sorang.

¡°Tiba-tiba ada seorang pegawai imigresen panggil kami berdua. Dia tanya datang sana berapa orang, nak pergi mana dan tinggal dekat mana?

¡°Lepas tu dia tanya return ticket tapi saya kata dalam phone. Bila nak tunjuk dekat dia memang dia tak layan. Dia tunjuk bilik kuarantin dan suruh kami berdua masuk,¡± katanya kepada mStar.

Jelas Muhammad Shaifuddin lagi, sebaik tiba di bilik kuarantin dia dan sahabatnya, Hasyemi Abdullah ditanya pelbagai soalan tidak masuk akal.


¡°Dia tanya macam-macam, soalan tak logik pun ada. Mula-mula dia tanya untuk hari esok apa rancangan anda.

¡°Saya kata mungkin akan ke Nami Island. Lepas tu dia tanya lagi kalau nak ke sana nak naik apa? Saya cakap lah naik bas atau subway.

¡°Dia kata kalau naik bas, bas nombor berapa naik sampai di Pulau Nami, jadi bila nak balik ke hotel pula bas nombor berapa. Jadi memang saya tak boleh jawab sebab first time pergi sana,¡± katanya.

Mesra disapa Pudin, pemuda berusia 24 tahun itu mengakui agak terkilan dengan cara layanan pihak imigresen Korea Selatan terhadap mereka berdua.

¡°Mereka layan kami macam pendatang asing tanpa izin (Pati). Bayangkan tujuh jam dalam bilik kuarantin nak pergi toilet pun dia tak bagi apatah lagi bagi kami makan.

¡°Biasalah dia ingat kami pendatang asing dan mungkin mahu cuba melarikan diri.  Pasport kami berdua pun pramugari yang pegang. Memang dia layan teruk jugalah,¡± katanya.

Mengenai tindakannya tidak mencetak ¡®return tiket¡¯ sebelum berlepas ke sana, Pudin berkata semuanya berlaku di luar jangkaan mereka.

Nami Island antara tempat dalam itinerary Pudin.

¡°Itinerary ada cuma return tiket tu ada dalam phone. Sebelum pergi tu saya ada cakap dekat member kenapa tak print.

¡°Dia kata takut hilang. Ingatkan nak balik nanti baru print. Lagipun member sorang tu biasa datang dan dia tak print pun return tiket.

¡°Dia ingat OK je tapi lain pula jadinya. Kalau ikutkan dia nak ikut kami balik sekali tapi harga tiket dalam RM1,500. Agak mahal jadi dia pun staylah dekat situ dan balik hari ini (Selasa),¡± katanya.

Pada sama sama, Pudin mengakui agak kecewa kerana tidak dapat menjejakkan kaki ke negara yang cukup dikaguminya itu.

¡°Tujuh jam pergi dengan perasaan suka, excited nak kenal tempat orang, bila kena macam ni kecewalah. Memang down sangat-sangat.

¡°Kami naik flight hari yang sama pukul 4 petang. Kami sampai di KLIA2 kira-kira pukul 11 malam dengan perasaan duka.

¡°Lagipun saya memang dah simpan hasrat nak ke sana sejak 2010 lagi sebab saya memang minat budaya mereka. Bila jadi macam ni memang saya serik dah,¡± katanya.

    Dia tanya macam-macam, soalan tak logik pun ada. Mula-mula dia tanya untuk hari esok apa rancangan anda. Saya kata mungkin akan ke Nami Island. Lepas tu dia tanya lagi kalau nak ke sana nak naik apa?
    PUDIN

Malah Pudin terkilan kerana duit yang dibelanjakan untuk ke sana bernilai RM2,500 turut ¡®hangus¡¯ begitu sahaja.

¡°Duit burn dalam RM,2500 untuk penginapan dan tiket flight termasuklah flight dari KB-KL dan KL-KB. Nak kenal tempat orang pun tak dapat.

¡°Jadi saya harap kisah kami ini dapat jadi pengajaran kepada orang lain yang merancang mahu ke sana dalam masa terdekat.

¡°Kalau boleh standby semua itenerary dan return ticket dari awal. Apa pun tawakal jelah. Doa banyak-banyak supaya mereka tak tahan kita sebab mereka main pilih random je,¡± katanya.

Posting Pudin mengenai pengalamannya yang dimuatnaik ke laman Facebook ¡®Road to Korea¡¯ pada Ahad itu tular dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa.. memang ke sana nak jadi pati pon kankankan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak minat aku pi korea
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Anggap xde rezeki je la... Nasi dah jd bubur pun
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Heran gak yg pasal kawan sorg terlepas tu. Dia jugak ke yg nak stay lama sebab tiket mahal? Cte mengarah ke bau bau pati
Tapi yelah, malang x berbau
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kata ada ittinery tetapi bila jawab ada MUNGKIN ? ..... kalau i pun suspicious ...anggap saja lah tiada rezeki adik pudin .... next time buat persedian lwbih awal jangan take for granted ... i memamg tidak percaya if involved dengan pihak berkuasa atau urusan dengan fronline counter .... perlu buat hardcopy in case if neglect contoh hilang handphone ... kawan i ada pengalaman hilang passport dan i...pengalaman cashless sebab cc tiada microchip ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cashhh lah sis..sukahati dia nk layan ko mcm mana negara dia...mcm ko layan bangla disini..cash cahs cashh..
Also kalau pprt xsah travel..duk kelate jual lokcing.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh pelik, tiket kat henfon pun depa tak diterima? Mana org print teket lagi dah. Ini bukan negara Paki ka Mesir ka. Ini Korya beb.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 05:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerja apa kat malaysia??
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 05:32 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 19-11-2019 11:02 PM
Tak minat aku pi korea

Aku berjln dlm mesia udahlaaa.. nak pi korea ujung ujung divash di imigresen.. aku ni jenih penakut dan duit pun tak brp nak ade.. kena kat aku mau meroyan aku.. hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 20-11-2019 05:32 AM
Aku berjln dlm mesia udahlaaa.. nak pi korea ujung ujung divash di imigresen.. aku ni jenih penaku ...

Hahaha.. Kan.. Jln2 malaysia sesuai dgn poket aku..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mcm ciri2 nak jd pati jah ni. Kekonon fefeeling suci x bersalah. Tgk muka pun tau
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 19-11-2019 07:25 PM
Eh pelik, tiket kat henfon pun depa tak diterima? Mana org print teket lagi dah. Ini bukan negara Pa ...

I masih print segala itinerary..

Letak dalam folder..

Senang ada bukti x payah nak sembang banyak pon..

The thing is, klu kita x nak jd mcm kes ni, buat lah preparation..bukan susah pun..

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 20-11-2019 06:23 AM
Hahaha.. Kan.. Jln2 malaysia sesuai dgn poket aku..

Takde kena cop pati..takde kena cop jenjln nak keje.. kena cop byk duit sbb asyik berjln.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 20-11-2019 07:37 AM
Takde kena cop pati..takde kena cop jenjln nak keje.. kena cop byk duit sbb asyik berjln.. hahaha

Hahaha.. Dan makan2 kat malaysia lagi sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 08:51 AM | Show all posts
mayb nasib brother ni tak baik time tu...masa aku pegi bulan september hr tu mmg lancar btol
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by belacan_gurl at 20-11-2019 08:59 AM
pinksarah replied at 20-11-2019 06:59 AM
I masih print segala itinerary..

Letak dalam folder..


Yes...aku pun print segala benda...hotel..pakej yg aku amik...tiket2...utk kecemasan...kita xtau apa yg akan berlaku bila kita keluar negara...kdg2 walau gi indo pun aku print n cetak pengenalan diri...letak dlm beg berasingan...mgkn aku paranoid tp berjaga2 itu penting
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Ada dlm phone Takleh tunjuk ke? I penah je imigresen obesi Tanya tiket balik..bila tunjuk SC tiket kat phone elok je Lepas..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 09:20 AM | Show all posts
Aku pergi korea berkali kali still kuno print segara mak nenek  letak dalam 1 file

semua kat dalam tu.

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 09:25 AM | Show all posts
becir replied at 20-11-2019 09:14 AM
Kalau Ada dlm phone Takleh tunjuk ke? I penah je imigresen obesi Tanya tiket balik..bila tunjuk SC t ...

lain negara, lain la cara dorg. nak pulak kat korea dah ramai org malaysia jd pati kat sana, so dorg dh jd lebih berjaga2 la. mencurigakan walau ckit je trus kena antar blk...nasibbbb

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.107241s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list