Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
2372
View
36
Reply

[Tempatan] Bekas staff Petronas yang dipecat dapat pampasan RM1.13 juta. Gaji terakhir dlm O&G RM25,769

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-11-2019 10:30 PM | Show all posts |Read mode
Petronas diarah bayar bekas pekerja RM1.13 juta sebab pecat tanpa sebab
19 November 2019

SHAH ALAM - Mahkamah Perusahaan Malaysia mengarahkan sejumlah RM1.13 juta dibayar kepada seorang bekas pekerja Petroliam Nasional Bhd (Petronas) setelah mendapati syarikat itu bersalah memecat kakitangan berkenaan.

Menurut laporan theedgemarkets.com, berdasarkan keputusan mahkamah, bekas pekerja itu, Norain Redzkiah Osman Salleh diberhentikan Petronas pada Disember 2017 kerana didakwa tidak memberikan prestasi yang lebih baik selepas dia diberikan 'Pelaksanaan Peningkatan Prestasi' (PIP) selama enam bulan.

Berdasarkan keputusan yang dibaca, Norain telah berkhidmat dengan Petronas selama 24 tahun setelah menyertai syarikat itu pada tahun 1993, sehingga tarikh pemecatannya pada Disember 2017. Sejak diberhentikan, dia gagal mendapatkan pekerjaan.

Noraini mendakwa pemecatannya daripada pekerjaan itu dibuat tanpa sebab dan alasan dan memohon pengembalian semula ke kedudukan terdahulu tanpa kehilangan upah, elaun, 'seniority' dan keistimewaan.

Hakim mahkamah memutuskan bahawa Norain diberhentikan tanpa sebab dan alasan.

Berdasarkan kesemua fakta kes tersebut, mahkamah juga menambah bahawa untuk Norain kembali kepada kedudukannya di Petronas adalah 'bukan satu penyelesaian yang sesuai dalam kes ini memandangkan matriks fakta kes ini.

Berdasarkan gaji bulanan yang ditarik oleh Norain sebanyak RM25,769, maka mahkamah mengarahkan Petronas membayarnya RM1.13 juta, yang terdiri daripada backwages sebanyak RM515,380 dan pampasan sebagai ganti pengembalian semula sebanyak RM618,456.

"Mahkamah ini telah menilai semua bukti sebelum mahkamah mendapati bahawa PIP yang dilakukan terhadap pihak yang menuntut tidak menyatakan bahawa pihak yang menuntut adalah seorang yang berprestasi tidak baik sehingga mendapat hukuman pemecatan daripada kerja dengan syarikat itu," menurut keputusan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji setahun kami rakyat biasa tak dapatlawan gaji sebulan akak ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KIM.K at 19-11-2019 11:10 PM

What kind of BOD doesn't have highly paid professional HR?
Someone can scam these co for a living

Mahkamah Perusahaan lebih teknikal dari mahkamah buruh. Tapi kalau HR dia profesional, co hantar HR je gi court settle kes. Takyah appoint councelor
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak ko...jgn memain pecat org sesuka hati...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah la kak yg menang saman
bende macam ni bukan salah company

salah manager yg ntah apa2
rate ikut sedap hati
put people in PIP

most of it yg kena PIP katanya x mendengar arahan
sure ke tak menndengar arahan
atau manager kat malaysia ni mmg dia je la yg betul org lain semua salah
the worst part , always kena jadi yes boss , bootlicker

klu tak x yesman,sila on PIP and tunggu masa kena pecat.

Realiti yer,
sapa yg kata no tu , tanya la diri sendiri
you mmg jenis yes man and bootlicker
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:37 AM | Show all posts
adelea replied at 19-11-2019 11:31 PM
tahniah la kak yg menang saman
bende macam ni bukan salah company

couldnt agreed more

spesis yes man dan asslicker ni, boss buat salah tak ikut procedure pun dia cakap betul
backup boss untuk jaga bontot sendiri

tanpa dia sedar, dia tu sama level dgn pengiring dan pengampu firaun zaman dulu.
ye firaun..piramid awak hebat. oh awak nak mengaku tuhan? ok jgk tu

menegakkan yang bathil dan menidakkan yang haq
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 20-11-2019 12:37 AM
couldnt agreed more

spesis yes man dan asslicker ni, boss buat salah tak ikut procedure pun dia ...

Yes agreed. Kalau tak suka or tak sebulu off you go
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow
Berbaloi la kena pecat cmni

Boleh bersara dengan senang hati dah
Jalan2 makan angin hahah
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
hazmireen replied at 20-11-2019 01:36 AM
Yes agreed. Kalau tak suka or tak sebulu off you go

Mcm mana nak ubah tradisi negative mcm tu? Ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 08:15 AM | Show all posts
dgn duit sebanyak tu bole terus pencen awal...
janji jgn boros
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 08:28 AM | Show all posts
KIM.K replied at 19-11-2019 03:01 PM
What kind of BOD doesn't have highly paid professional HR?
Someone can scam these co for a living
...

hantar court means, bukan labour court ke sis.. on what ground kalau bukan labour court?

nak saman civil kene ada ground that she has breached something under the law.


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 08:31 AM | Show all posts
kalau iols tngok last position die kt Petronas pun, mmg macam susah nak cari keje lain kot.. sebab "malaysianisation" ni mesti satu programme khas ada kt Petronas sahaja ken?..

die nak g mana lagi kan..so mmg betul la die susah nak cari keje lain..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
sayang_mulut replied at 20-11-2019 08:28 AM
hantar court means, bukan labour court ke sis.. on what ground kalau bukan labour court?

nak sa ...

Bukan civil court but industrial court
Bab majikan-pekerja ni dua court je labor or industrial
Both boleh diwakili councelor atau tidak
Labor court berkenaan tak bayar gaji
Industrial kalau ada isu teknikal lain dalam akta kerja
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 20-11-2019 01:53 AM
Wow
Berbaloi la kena pecat cmni


Hername is 'Redzkiah'
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 19-11-2019 11:31 PM
tahniah la kak yg menang saman
bende macam ni bukan salah company


akak tu ade asas la.. takde bukti die tak perform la tuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
sayang_mulut replied at 20-11-2019 08:31 AM
kalau iols tngok last position die kt Petronas pun, mmg macam susah nak cari keje lain kot.. sebab " ...

mana company nak bg gj byk tu rm15 pun mujur dah
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 09:07 AM | Show all posts
honeybee1802 replied at 19-11-2019 11:06 PM
Mak ko...jgn memain pecat org sesuka hati...

sbb tu HR dan bos2 babi tak bleh sesuka hati pecat staff sesuka hati
staff yg pandai dan tahu hak dia, mmg akan lawan smpi ke court
anyway, teringin nak tgk muka bos akak ni
padan muka bos tu sbb saja nk aniaya akak ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 09:23 AM | Show all posts
Paling win kat company aku. Director ni seronok sangat nak MSS orang sesuka hati. Dengan bantuan pengampu dia kaki jilat, semua musuh kena MSS, ramai yang jadi mangsa padahal tak de sangat keperluan nak MSS. Allah maha berkuasa, tak berapa bulan kemudian Director ni pulak yang di minta meletak jawatan secara sukarela sebab ada kes. Dia kan jenis ego, jadi walaupun dia boleh terus kekal, demi maruah dia pun resign.....yelah dah Big boss suruh letak jawatan takkan nak tunggu. Kena ketawa dan padan muka dengan staff lah. mendapat. amik ko
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 09:24 AM | Show all posts
tahniah kak.

kat jabatan i ni pun ada 4-5 orang yang tengah tunggu turn naik court untuk saman jabatan i. tak tau la mahkamah apa. Deyoll pernah dilapor kepada SPRM, so bila SPRM masuk & buka fail-fail, tak ada apa-apa yang boleh disabitkan kesalahan, takde kes pun.

tapi, my HR dah tahan kenaikan gaji diorang bertahun-tahun, even SPRM sendiri tak bukak apa-apa kes. so sekarang, sorang dah berjaya saman & menang.  dapat conpensation RM300k.

sekarang ni tengah tunggu lagi 3-4 orang lagi untuk naik court. hopefully diorang menang gak.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-11-2019 09:29 AM | Show all posts
politik pejabat ni mana2 tempat pun ada
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.083411s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list