Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
5052
View
165
Reply

[Tempatan] sebab itu la tak setuju sijil tamat tadika/prasekolah/UPSR/SPM/STPM menjadi satu acara gilang-gemilang seperti majlis konvokesyen

[Copy link]

Author: saripdolmat       Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-11-2019 02:03 PM | Show all posts |Read mode











Oleh Noridawati Binti Awang

Sebab itu saya kurang setuju majlis konvokesyen yang sepatutnya hanya majlis penyampaian sijil tamat tadika/prasekolah/UPSR/SPM/STPM menjadi satu acara gilang-gemilang seperti majlis konvokesyen lepasan Kolej mahupun Universiti. Sepatutnya warga pendidik harus tahu di mana landasan peringkat sepatutnya ianya diraikan. Meraikan pelajar itu tidak salah tetapi biarlah ianya diatas kemampuan dan selayaknya satu-satu peringkat sijil itu dianugerahkan atau diraikan. Sedangkan kita yang berada di Universiti pun, ada mahasiswa tak mampu nak hadir majlis konvokesyen yang sepatutnya diraikan atau dihadiahkan buat diri selepas berpenat lelah berusaha untuk segulung diploma mahupun ijazah tetapi atas faktor kewangan tetap juga tidak dapat hadir. Faktor kewangan sangat benar dan jelas kawan-kawan. Saya berbicara berdasarkan pengalaman mata kepala saya sendiri menjadi saksi rakan sepengajian saya tidak hadir ke majlis konvokesyen ijazahnya kerana pada pendapat dia, duit untuk hadir ke majlis konvokesyen itu lebih diperlukan untuk membeli keperluan anak-anak dan isteri. Saya juga menjadi saksi bagaimana rakan-rakan sekuliah saya mengumpul wang tabung kami bersama untuk memastikan rakan kami hadir ke majlis konvokesyen bersejarah beliau. Saya juga menjadi saksi bagaimana kawan sekuliah saya hadir ke majlis konvokesyen tanpa kelibat ibubapa dan keluarganya atas faktor KEWANGAN!

Saya tambah lagi hujahan saya dengan meminjam kata saudara Mehmed Luthfi kerana ayat diatas ini ditulis setelah saya meninggalkan komen diruangan status senior saya yang membincangkan isu konvo dikalangan pelajar sekolah ''Bagi warga kampus. Konvokesyen itu penting sebagai penghargaan dan kenangan setelah penat belajar. Tapi yang lebih penting arah tuju pekerjaan selepas konvokesyen itu berlaku. Macam orang kahwin. Kenduri kahwin penting juga tapi jauh lebih penting kehidupan berumahtangga selepas itu. Kalau konvokesyen sekolah. Selepas itu apa? Sekolah juga. Tiada beza fasa kehidupannya.''

Saya harap, semua pihak terlibat membuka mata, telinga dan berlapang dada dengan isu ini. Fikirkan dan pertimbangkanlah. Letaklah sesuatu itu ditempat yang selayaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:07 PM | Show all posts
Tu la angpa...x tgk drama melayu la tu...kat malaysia ni semua bangsawan sampai ada yg sawan...kaya sampai relex ja menelanjangkan diri depan tik tok dan bigo...mak pak sibuk cari duit nak bg angpa anak2 jd bangsawan & tuan.   Dah jadi trend, angpa follow jer la... Tadika pun mesti la kena konvo2... baru la meriah. tak meriah anak2 kecik hati  
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:12 PM | Show all posts
ada sekolah buat hari penyampaian hadiah kat hotel...perlu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Apaknya takde seluar yg panjang sikit ke untuk dipakai? Biar miskin tapi beradab.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols xada pun gambar konvo dalam studio kecuali satu jer
Tadika tu pun konvo tadika kemas..tidak la grand mcm budak sekarang
Degree pun tidak la gigih berkonvo dalam studio
Gambo pentas jer
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:15 PM | Show all posts
Mula-mula aku tak berapa setuju tentang graduasi form5. Selalunya buat sebelum spm. Tapi ucapan pengetua sekolah bini aku, buat aku buka mata gak la... katanya, dia tau student dia budak kampung... dan tak semua merasa naik pentas untuk hari kecemerlangan dari darjah satu... jadi inilah peluang, mungkin sekali seumur hidup untuk student yg tak pernah merasa diraikan... pakaian pun ala kadar saja... tak sama macam sekolah lama bini aku kat selayang... meletopz budak-budak pinggiran KL hahahahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 19-11-2019 02:41 PM
Apaknya takde seluar yg panjang sikit ke untuk dipakai? Biar miskin tapi beradab.

Mmg pakaian rasmi para apek mcm tu..biasanya baju pn x pakai..tu pun nasib baik superman kasi pinjam bj kat beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat setuju
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:25 PM | Show all posts
kalau tak buat, sapa nak bagi bisnis kat tukang gambar, penjual bunga, patung teddy bear etc.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau yg xmmpu tu xhadir boleh ke? I xsetuju jgk like perlu ke? Tp kesian pulak pd parent yg mmg nk hargai ank diaorang. So kesimpulannya nk buat, buat la. Tp xpyh smpai dkt hotel. Xperlu smpai rm50. Max at rm20, free lg bagus.

Yg xmampu tu xpyh la pegi, i dlu elok je xpegi. Xde pulak butthurt
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
johnazizul replied at 19-11-2019 03:15 PM
Mula-mula aku tak berapa setuju tentang graduasi form5. Selalunya buat sebelum spm. Tapi ucapan peng ...

Kekadang usaha guru secara collective ni perlu dilihat secara positif jugak. Sebagai contoh mmg ada kalangan anak2 murid yg tak pernah pun mak ayah buat sambutan harijadi. Untuk tujuan tersebut guru mengambil inisiatif membuat kutipan secara sukarela pada yg mampu dan sudi menyumbang untuk berkongsi kegembiraan pada yg tak berkemampuan. Buat sambutan hari jadi kelas 3 bulan sekali. Kegem
biraan itu dapat dikongsi bersama. Dengan syarat ianya tidak berlebih2an dan membazir.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari buka sekolah smpai ujung thn mcm2 bnda nk kene beli x abis2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:38 PM | Show all posts
iqbalriad replied at 19-11-2019 03:32 PM
Kekadang usaha guru secara collective ni perlu dilihat secara positif jugak. Sebagai contoh mmg ad ...

Sekolah bini aku sekarang ni memang sekolah kampung. Jadi, bila buat kat hotel, merasa la budak-budak ni makan sedap. Yg tak pernah merasa dari kecik. Ada cabutan bertuah dapat pakej stay hotel tu. Punya la happy student tu boleh bawa mak dia yg jual kuih saja pagi-pagi. Majlis pun seadanya saja... tak ada theme, tak ada dress pelik-pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:39 PM | Show all posts
lantak lah...  buat apa2 pun asal jgn menyusahkan mana2 pihak...  kalau kaya sgt gi support org miskin tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ank aku, skrg tgh ambik spm.
Dlm.sebulan lps kot ada la buat majlis apresiasi (konvo) pelajar ting 5
Tp ank aku xjoin
Bila cikgu2 tau dia xmau join, sampai 2 kali kena panggil
Cikgu mintak alasan dan cikgu diam xkata apa2 bila dia sebut alasan dia
Dia jawab dia xjoin sebab dia xmau, benda ni meaningless. Bknnya dia xambil spm cuma xjoin majlis sj pun
Cikgu2 saja buat teruk
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:43 PM | Show all posts
Kawan aku kena byr RM200++ sbb anak kena buat convo utk darjah 6 dekat hotel. Mengeluh member aku tu sbb bayaran agak mahal. Seb baik dia tak hisap rokok. Kalo dia hisap rokok boleh jer aku bahankan
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
johnazizul replied at 19-11-2019 03:15 PM
Mula-mula aku tak berapa setuju tentang graduasi form5. Selalunya buat sebelum spm. Tapi ucapan peng ...

Betul. tu sbenarnya niat sekolah. Yg lepas UPSR d beri pakai baju konvo. Ada antara mereka lepas upsr dah tak sambung study. So tu antara kenangan manis utk mereka
.pastu tu dgn cara tu jg sbenanrnya secara halus boleh push bdk2 ni teruskan belajar sampai ke peringkat lebih tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:52 PM | Show all posts
my personal view..

tadika boleh je buat sebab berakhirnya pembelajaran yg tak serius... sbb ada juga buat persembahan which akan membantu pembentukan sahsiah budak2 tu..  tp jgn la over buat kat hotel bagai..

Darjah 6 tak perlu la.. majlis akhir tahun cukup...

untuk form 5 pon ok je sebab ye la berakhir zaman sekolah ko selama 11 tahun... tp again jgn buat kat hotel ke ape... ikut ekonomi sendiri...

but again kalau ada yg taknak turut serta cikgu2 jgn la pertikaikan.. jgn wajibkan utk semua...

hidup ini punya pilihan jgn susahkan diri...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:54 PM | Show all posts
kalau majoritasnya mampu my bother dgn beberapa kerat yg x mampu.....bukannya yearly event pun....kalau hari raya ummah pprt ni sanggup berhutang utk ganti langsir kn....dasar pprt
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:55 PM | Show all posts
sekolah anak aku takde minx duit pun utk majlis graduasi ni...drg gunakan duit dr pembayaran kelas tusyen untuk UPSR...so buat laa mcm2 event dr duit kutipan tu..ada makan2 ada majlis graduasi segala bagai...kalau nak kene byr pon gambar..tu pun tiada paksaan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.134860s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list