Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
123Next
Return to list New
2596
View
52
Reply

[Tempatan] Ketua Polis Ipoh terima call dari scammer. Ada kesalahan saman trafik

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-11-2019 08:16 PM | Show all posts |Read mode
Saya pun jadi sasaran scammer, kata Ketua Polis Ipoh
18 November 2019


IPOH - Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mendedahkan bahawa beliau turut menjadi sasaran sindiket scammer atau penipuan.

Menurutnya, satu panggilan telefon daripada seorang wanita yang diterima hari ini meminta beliau mendedahkan butiran diri termasuk nombor kad pengenalan kononnya bagi semakan rekod saman trafik di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Menyedari ia panggilan palsu, beliau kemudiannya melayan panggilan berkenaan selama hampir 5 minit untuk mengetahui sendiri taktik digunakan dalam memperdayakan mangsa.

"Ini kali pertama saya terima panggilan sebegini dan sememangnya saya nantikan kerana ingin tahu bagaimana mereka memperdaya mangsa.

"Apabila saya perkenalkan diri sebagai ketua polis daerah, barulah individu itu 'mengalah', sempat juga dia gelarkan saya bodoh," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan panggilan itu terbukti bahawa mereka yang terlibat dalam kegiatan berkenaan sangat licik melakukan penyamaran.

"Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Pegawai Tadbir dari Bahagian Unit Semakan Saman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, tetapi bila semakan lanjut dibuat, panggilan itu direkodkan dibuat dari Sabah," katanya.

Sehubungan itu A Asmadi mengingatkan orang ramai lebih berwaspada kerana sindiket terbabit tidak memilih mangsa sama ada orang awam mahupun polis.

Katanya, berdasarkan rekod Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dari Januari hingga Oktober tahun lalu sebanyak 122 kertas siasatan telah dibuka berkaitan kes berkenaan sementara 62 bagi tempoh sama tahun ini.

"Walaupun ada penurunan, tetapi dari segi aduan dan laporan diterima berkaitan kes ini sentiasa berjalan menunjukkan masih ramai yang terjebak dan tertipu," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku terima pggilan dr mahkamah nak ic aku.. aku ckp hang call aku hang kenalaa tau ic aku.. hang nak ape.. duit aku dlm bank ade laa ratus ringgit je.. rugii tipu aku
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols lagi cerdik dari kp kat johor. Sila trace sampai ke lubang cacing.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:32 PM | Show all posts
tak berjaya nak tipu, padan muka..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 18-11-2019 08:23 PM
Aku terima pggilan dr mahkamah nak ic aku.. aku ckp hang call aku hang kenalaa tau ic aku.. hang nak ...

Burit, Sama lak dialog Kita pasal ic..mmg rezeki scammer Tu kena jerit ngan I pagi2..harap dia berenti and keja kat tealive instead...haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:36 PM | Show all posts
Selalunya scammer ni bila terkantoi diaorg pulak yg sentap
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:48 PM | Show all posts
Hahahah kelakar kan kena dgn polis jugak.boleh ketua polis buat case study
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Scamming tak menahan
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:00 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 18-11-2019 08:30 PM
Heols lagi cerdik dari kp kat johor. Sila trace sampai ke lubang cacing.

kenapa kp kt johor
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dlm last week ada scammer call aku
kebetulan aku mcm tgh bosan,aku ajak dia bersembang
borak2 kosong jah..aku siap kutuk2 PH lg
last2 dia cut line sbb bosan layan aku
sbb aku buat perangai gila, buat2 borak ala2 azwan ali BILIONZZZZ FOLLOWERSSSSS WAI BODER WAI BODER
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:02 PM | Show all posts
Sempat lg ckp polis bodoh   Kena ngan polis , call pun dpt trace dari mana.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 18-11-2019 09:35 PM
Burit, Sama lak dialog Kita pasal ic..mmg rezeki scammer Tu kena jerit ngan I pagi2..harap dia ber ...

Nak saman akuu tp tak kenal aku.. no ic aku pun tarak tau.. mengong
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti scammer tu pun ingat ketua polis tu tipu juga. Iols kadang2 terfikir macam mana kalau scammer ni tertelefon no telefon penjenayah ke gangster ke? Tak ke haru?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-11-2019 10:20 PM | Show all posts
tapi dlm mcm2 punya cite pun ada yg terpedaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 18-11-2019 10:00 PM
dlm last week ada scammer call aku
kebetulan aku mcm tgh bosan,aku ajak dia bersembang
borak2 koso ...

Ni sangat win... hahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
epal21 replied at 18-11-2019 10:08 PM
Mesti scammer tu pun ingat ketua polis tu tipu juga. Iols kadang2 terfikir macam mana kalau scammer  ...

ye..aku pon rasa camtu. tu sbb dia berani membodohkan polis tu..hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:44 PM | Show all posts
panggilan scammer ni makin berleluasa pula, kena ada tindakan yang drastik daripada pihak berkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tak pernah kena lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarputih2612 replied at 18-11-2019 10:00 PM
kenapa kp kt johor

Heols dapat panggilan dari scammer gak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pnh kena. Kes saman trafik kt Penang. Padahal aku kt kl. Aku buat report polis la. Sblm ni scammer company pelancongan. Report gak la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.599033s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list