Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
1564
View
29
Reply

[Tempatan] 7 ekor lembu mati dilanggar lori

[Copy link]

Author: Boomibulat    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-11-2019 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 18-11-2019 05:42 PM

7 lembu bergelimpangan dilanggar
Screenshot_2019-11-18-17-41-00-1.png
Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

TUJUH yang ditemui mati bergelimpangan di Kilometer 31 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Batu Karang di Kampar hari ini adalah disebabkan kemalangan dan bukannya diracun seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, kemalangan kira-kira 4 pagi itu membabitkan dua kenderaan dengan sekumpulan lembu melintas jalan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta yang belum dikenal pasti.

Hasil siasatan mendapati lori dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun dari Ipoh menuju ke Kampar dan sebaik sampai di tempat kejadian secara tiba-tiba sekumpulan lembu keluar dari sebelah kiri jalan.

Oleh kerana jarak terlalu dekat menyebabkan lori berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar lima ekor lembu berkenaan.

Pada masa sama sebuah kereta yang belum dikenal pasti jenis serta pemandunya yang datang dari arah bertentangan juga tidak sempat mengelak lalu melanggar dua lagi lembu melintas di laluannya, katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu kereta masih belum melaporkan kemalangan berkenaan.

Susulan kemalangan itu, lori terbabit mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan cermin hadapannya retak, selain lampu hadapan kiri dan kanan pecah, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:02 PM | Show all posts
Kesian lembu2 ni, siapakah owner lembu yg sangat terlebih lembu dari lembu2 itu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:04 PM | Show all posts
hangus 30k
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:11 PM | Show all posts
tuan lembu bodoh lebih daripada lembu, sayang duit nak buat kandang..sekali kena langgar 7 ekor mati..seekor berapa harga..

bela haiwan ternakan, malas nak kandang, nak kena bagi makan,lepas bebas merayau merata, rosak tanaman orang ,berak kencing merata
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:12 PM | Show all posts
dah mati sepah macam ni, xde sapa berani mengaku tuan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:12 PM | Show all posts
kesian lembu mati sia2
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mati katak
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:46 PM | Show all posts
agak2 ada ka org nak ngaku tuh lembu2 dia??? dok umah diam2 nangis bucu katil la jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada tuan yg mengaku tuan lembu jenuh nak angkat sekor2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mati xsempat nk sembelih..kesian lembu dapat tuan berotak lembu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Non moslem bolehlah kutip buat makan
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuannya fikir rugi sendiri je ke. Kos membetulkan cermin dan bahagian lori yang rosak siapa pula nak tanggung.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Elokla lembu mati dari driver x bersalah mati kan. Owner lengkali buat kandang besar2 dgn rumput2 hijau, senang lembu nak bergerak n makan, plus x masuk kawasan orang, x lintas jalan raya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga rohnya dicucuri rahmat
masa hayatnya, mereka rajin shalat dan hormat org tua
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Huaaaa tadi pun aiols almost dah eksiden dgn lembu. Cuak weh huhu. Nasib umur panjang, takde kete dari depan time aiols elak
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 08:19 AM | Show all posts
Nasib driver selamat. Ko imagine kalau yang bawak motor langgar. tak ke naya. Padan muka owner lembu rugi besar, tapi kesian la dgn lembu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Hr tu kerbau, yg ni lembut plk
Kesian  kat binatang yg x berdoa disbbkan tuan yg akal letak kat lutut
Nak bela tu buatlah cara yg betul bkn dibiokan aje lembut tu gie mana suka
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayah kawan iols meninggal accident berlanggar dengan lembu. Pastu owner lembu claimed bukan lembu dia..hangguk sungguh. Zalim tau owner camni pada lembu n orang awam
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong tangkap owner lembu... bahayakan pemandu.. nasib lori.. kalau keta ke... remuk
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:41 AM | Show all posts
area nih dulu kerbau bersepah....
lepas 2 - 3 ekor mati...jarang pulak nampak...
la ni...lembu pulak....

dengar crita tak der siapa ngaku tuan lembu tu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.109370s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list