Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
4822
View
170
Reply

[Tempatan] Wajib baca : Perutusan surat Tun Mahathir kepada seluruh pengundi Tanjung Piai

[Copy link]

Author: Knights    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-11-2019 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Pemimpin PH berserta isteri tidak bermewah dengan harta rakyat
6:53 petang (Dikemaskini 7:19 malam)

A A
Beberapa jam sebelum tirai kempen pilihan raya kecil Tanjung Piai di Johor, berlabuh, Dr Mahathir Mohamad mengutus surat kepada pengundi, merayu mereka menyokong calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini.

Dan perdana menteri tidak dapat mengelakkan diorinya daripada membidas bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Mahathir membidas mereka apabila menyentuh mengenai usaha yang dijalankan oleh kerajaan PH untuk memulihkan keadaan ekonomi negara dan mengurangkan jurang pendapatan dengan melaksanakan langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

"Perancangan-perancangan ini mengambil sedikit masa tetapi rakyat akan mula merasai nikmat tidak lama lagi.


"Saya percaya jika rakyat menilai dengan baik, sudah pasti mereka akan menilai dan merasai nikmat-nikmat yang datang walaupun secara beransur-ansur.


"Selain itu, mereka juga pasti dapat melihat betapa pemimpin-pemimpin dari parti kerajaan sekarang berserta isteri mereka tidak bermewah-mewah dengan harta rakyat," katanya.

Serbuan polis ke atas kediaman yang dikaitkan dengan Najib sebulan selepas pilihan raya umum pada 9 Mei 2018 menyaksikan rampasan wang tunai dari pelbagai negara, 2,200 cincin, 1,400 kalung, 567 beg tangan berjenama dan jam tangan mewah yang dianggarkan bernilai hampir RM1 bilion .

Perdana menteri keenam itu sedang berdepan perbicaraan berhubung dakwaan penyelewengan dana daripada SRC International Sdn Bhd dan 1MDB.

Isterinya pula berdepan 19 tuduhan pengubahan wang haram dan tuduhan rasuah.


Menyedari bahawa 18 bulan telah berlalu sejak menakluki Putrajaya, Mahathir berkata PH telah melalui satu tempoh yang sukar untuk mengembalikan negara ke landasan yang betul dan memperbaiki kerosakan lalu yang begitu teruk yang dilakukan oleh pentadbiran terdahulunya.

Memang benar kita tidak boleh menyalahkan kerajaan terdahulu (secara berterusan) di dalam usaha memajukan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat.

"Di masa yang sama, sudah pasti rakyat yang mengikuti perkembangan kes-kes di mahkamah akan menyedari bahawa kerosakan yang berlaku akibat perbuatan rasuah dan salah guna kuasa, yang hampir menjahanamkan negara ini.

"Kerana itulah salah satu keutamaan utama kerajaan ialah mengambil langkah-langkah jelas dan tegas untuk memastikan perbuatan-perbuatan tersebut tidak berulang dan pemimpin-pemimpin negara tidak berpeluang mencari kemewahan diri tanpa rasa takut akan hukuman yang menanti," katanya.

Menegaskan bahawa kerajaan PH percaya dalam politik kesederhanaan, Mahathir berkata terdapat usaha untuk melaga-lagakan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.


"Apabila berdepan dengan orang Melayu, mereka menuduh kerajaan ini walaupun dipimpin oleh orang Melayu, menggadai segalanya kepada orang bukan Melayu.

"Apabila mereka menemui orang bukan Melayu, mereka menghasut bahawa pemimpin bukan Melayu dalam kerajaan telah hilang perjuangan mereka kerana menjaga kedudukan (masing-masing).

"Akibatnya, orang Melayu merasakan masa depan mereka tidak terjamin dengan kerajaan ini dan pada masa yang sama, bukan Melayu turut tidak berpuas hati," katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
apapun bagi aku ..  setiap pehak harus berlapang dada .  berbaliklah pada tujuan asal dimana rakyat diberikan peluang memilih  ..  kerana kita percaya mereka lebih bijak menilai .
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 15-11-2019 08:24 PM
apapun bagi aku ..  setiap pehak harus berlapang dada .  berbaliklah pada tujuan asal dimana rakyat  ...

Im with you..cakap banyak tak guna...kami sume pi sekolah, tahu bila ditipu...so pemimpin sume siler berlapang dada, kami memilih hanjing kali ni...next round kami pilih lain plak....tungggggguuuuuu heheeheh
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 08:35 PM | Show all posts
Menyedari bahawa 18 bulan telah berlalu sejak menakluki Putrajaya, Mahathir berkata PH telah melalui satu tempoh yang sukar untuk mengembalikan negara ke landasan yang betul dan memperbaiki kerosakan lalu yang begitu teruk yang dilakukan oleh pentadbiran terdahulunya.
  




mahacai sila masuk
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
pakatanhancing replied at 15-11-2019 08:35 PM
mahacai sila masuk

org tua kutuk ni sembang dgn bbnu baru tumbuh bulu boleh la haha

kerosakkan yg die tinggalkan die tak ingat
najib tu sendiri protege die yg akhirnya melawan, sama seperti anwar yg hujung2 kembali ke pangkuan. wpun dihumban ke penjara yg dianggap luka kecil

bbnu ingat ke tengku razaleigh yg create parti semangat 46, ingat ke korg pd musa hitam yg jd kambing hitam sesuai namanya dlm isu memali...

gelaran mahafiraun tu berasas. sapa yg kutip kekayaan yg dikongsi anak beranak dan kroni...

sibuk slhkan najib yg ko sendiri pilih, yg ko latih, yg ko rancang satu sehingga anak ko naik.

sudah2 la si tua kutuk....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
lagi byk atok membebel lg besar majoriti undi bn
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila dia ingat ore sumer sama cam zaman dia....baca dr Utusan...jer...mmmm.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 15-11-2019 08:51 PM
Apabila dia ingat ore sumer sama cam zaman dia....baca dr Utusan...jer...mmmm.......

die ingat zaman 90an tu
bleh la die tipu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Atuk oi sudahla kubur dok panggil tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Psfzi replied at 15-11-2019 09:32 PM
Atuk oi sudahla kubur dok panggil tu

firaun takut mati ke?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-11-2019 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 15-11-2019 11:21 PM
firaun takut mati ke?

nak rosmah undilah ph
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 15-11-2019 11:54 PM
nak rosmah undilah ph

eeei apsl ko bengap sgt
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 02:11 AM | Show all posts
dino replied at 15-11-2019 12:42 PM
org tua kutuk ni sembang dgn bbnu baru tumbuh bulu boleh la haha

kerosakkan yg die tinggalkan d ...

Betul bro...bbnu mana tau tipu daya dan taktik licik orang tua ni....nak kata dia tak terlibat dgn duit guna proxy atau salah laku lain...hurmmmm nak tergelak aku dgr....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Percaya sgt la kat atok tu...aku dengar ada sorang pak muntri berjoli sakan luar negara dgn anak bini sampai utang 300k dgn sarikat plancngan...erkk silapp baca kut...mungkin aku baca utusan..atau mungkin berita negara zimbakwe
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 07:13 AM | Show all posts

ada lagi ke yg percaya kencing mahathir & Pee H ?



Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 07:14 AM | Show all posts
jalfa replied at 16-11-2019 07:01 AM
Percaya sgt la kat atok tu...aku dengar ada sorang pak muntri berjoli sakan luar negara dgn anak bin ...

org2 dalam gambar semua dah meninggal...




Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 07:16 AM | Show all posts
cairel_azlie replied at 16-11-2019 02:11 AM
Betul bro...bbnu mana tau tipu daya dan taktik licik orang tua ni....nak kata dia tak terlibat dgn ...

org tua penipu yg terkenal dgn ayat keramat MANIFESTO BUKAN KITAB SUCI.  nak percaya lagi janji2 kencing bulan & bintang puak ni?




Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 07:18 AM | Show all posts
dess402 replied at 15-11-2019 08:24 PM
apapun bagi aku ..  setiap pehak harus berlapang dada .  berbaliklah pada tujuan asal dimana rakyat  ...

geng hancing....



Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 07:23 AM | Show all posts


maszlee baik orangnya!!!     






Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 07:27 AM | Show all posts
membayar tol akan menjadi kenangan pahit yang pastinya akan dilupakan. Perjalanan anda selepas ini akan bertambah meriah dengan gelak ketawa. Tuntut janji ini dari kami selepas Pakatan Harapan menang.
Janji # 6: Menghapuskan kutipan tol.
#drmaszlee
#pru14
#harapansimpangrenggam












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.388824s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list