Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1234Next
Return to list New
2608
View
72
Reply

[Tempatan] Guru dan jurutera susah dapat jodoh

[Copy link]

Author: Boomibulat    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-11-2019 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Jodoh payah cikgu, jurutera

Siraj Mohd Zaini
siraj@hmetro.com.my

JIKA dahulu golongan berkerjaya termasuk dalam bidang profesional tidak mempunyai masalah mendapatkan calon suami atau isteri namun kini semuanya berubah.

Faktor waktu kerja tidak menentu dan beban tugas bertambah menjadikan mereka yang berada di dalam profesion seperti kejuruteraan dan pendidikan antara yang tertinggi memilih untuk mencari pasangan hidup secara dalam talian.

Ia dibuktikan menerusi statistik platform digital cari jodoh Muslim, Baituljannah.com yang kini mempunyai lebih 400,000 individu berdaftar sejak dilancarkan tahun lalu.

Pengarah Urusan Baituljannah.com, Dr Wan Hasifi Amin Wan Zaidon berkata, kedua-dua profesion berkenaan mencatatkan hampir 20 peratus daripada jumlah keseluruhan individu bekerja yang memilih untuk mencari jodoh secara dalam talian.

Menurutnya, data mengenai profesion terbabit diperoleh menerusi pendaftaran individu yang wajib mengisi bidang kerjaya masing-masing sebelum memulakan pencarian pasangan.

DR Wan Hasifi (kanan) bersama kakaknya, Wan Nuradila Huda dan rakan mereka Muhammad Azrain Kamaruddin bertanggungjawab membangunkan aplikasi mencari jodoh muslim Baituljannah.com.
Lelaki berkerjaya dalam bidang kejuruteraan mencatatkan peratusan tertinggi diikuti perkilangan, badan beruniform dan penjawat awam.

Sementara bagi wanita pula, bidang pendidikan yang tertinggi berbanding mereka yang berkerja di dalam bidang pentadbiran dan perkhidmatan kesihatan, katanya kepada Harian Metro.

Dr Wan Hasifi berkata, 92.8 peratus daripada jumlah berkenaan berusia 25 tahun ke atas yang membuktikan mereka serius dalam mencari pasangan hidup.

Beliau berkata, pelbagai faktor lain turut menyumbang kepada lebih ramai individu memilih mencari pasangan menerusi aplikasi dalam talian.

UMI Balqis menemui pasangannya melalui platform mencari jodoh digital Baituljannah.com.
Bukan hanya kerjaya yang diambil kira individu untuk dijadikan suami dan isteri malah mereka mempunyai banyak pilihan sendiri untuk mencari yang terbaik menerusi platform ini.

Ada antara mereka lebih mudah menapis pasangan kerana masing-masing ada cita rasa sendiri seperti tidak merokok, katanya.

Wan Hasifi berkata, laman pencarian jodoh itu ditubuh berlandaskan syariah Islam selain data individu diyakini selamat serta dirahsiakan.

Hanya individu berusia 18 tahun ke atas boleh mendaftar dan semua perbualan di dalam laman ini dipantau pengurusan 24 jam.

Selain itu, mereka hanya boleh bertukar-tukar nombor telefon selepas mencapai tahap ditetapkan atas persetujuan satu sama lain, katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sehingga kini kira-kira 1,000 pasangan yang menggunakan platform itu berjaya mendirikan rumah tangga.

Berdasarkan rekod juga, kita menjangkakan 9,000 lagi pasangan bakal melangsungkan perkahwinan, namun ia bergantung kepada perancangan mereka, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
tipu je semua ni, diorg ni la yg ramai org cari sebab byk yg keje dgn gomen dan oil gas
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-11-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kje cikgu menjadi rebutan ke..cuti bnyk,pandai mengajar anak2 dsb..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
fakta mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 10:49 AM | Show all posts
guru yg kena pisau beranak tu lakinya engineer kan
semalam tgk berita segak laki tu..kenapa la smpi mcmtu

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 10:49 AM | Show all posts
aku rasa betul la ramai tu.. tp bukan bujang/anak dara la...
mostly duda/janda...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 10:51 AM | Show all posts
cuihhh.. main reka cerita sendiri  je..  

guna website cari jodoh terus buat kesimpulan.. padahal berapa ramai yang tipu profile dalam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 10:55 AM | Show all posts
heh..doctor pun susah nk dpt jodoh.....tuh blum kira tukang masak hotel....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn dpt biawak dah ler..
Kalau macau scam tu kena scam sekali jek kot.. tp kalau biawak.. seumur hidup kena scam
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 15-11-2019 10:59 AM
Jgn dpt biawak dah ler..
Kalau macau scam tu kena scam sekali jek kot.. tp kalau biawak.. seumur hi ...

Lucu la uols tapi benar!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan kawan iols yang cikgu semua kahwin awal ya.. by 25 camtu dah kahwin. Lelaki or perempuan sama je. So fakta manakah ini?

Even engineer pun sama kahwin awal...kalau technician, mostly lambat. Begitu juga dengan budak budak sales, mostly kahwin lambat
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 11:32 AM | Show all posts
rospinki replied at 15-11-2019 10:49 AM
guru yg kena pisau beranak tu lakinya engineer kan
semalam tgk berita segak laki tu..kenapa la smpi ...

website saja kluarkan fakta kerjaya
psl kes ni meletup. guru ngn jurutera

klu kes tu guru dgn arkitek, mesti dia tulis arkitek dgn guru susah cari jodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 12:16 PM | Show all posts
yg senang dpt jodoh siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
RED 666 replied at 15-11-2019 10:18 AM
tipu je semua ni, diorg ni la yg ramai org cari sebab byk yg keje dgn gomen dan oil gas


Agreed. Org yg kerja oil and gas tu, ibaratnya jodoh yang mari jatuh ke riba..... kalau depa tak kawin2 lagi maka x logik
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan masalah kerjaya...cerewet atau Tak tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki takda masalah nak kahwin...diorg boleh je sapu Indon Dan Vietnam

YG problem Perempuan cerewet...hujung2 dapat la pembunuh

Ko ingat Jurutera takda pembunuh ke?doktor Tak Dera bini? Lawyer Tak pukul bini?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki takda masalah nak kahwin...diorg boleh je sapu Indon Dan Vietnam

YG problem Perempuan cerewet...hujung2 dapat la pembunuh

Ko ingat Jurutera takda pembunuh ke?doktor Tak Dera bini? Lawyer Tak pukul bini?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mkna dlm kata lain cikgu n engineer je yg aktif daftar kt web tu...duhhh
Iols pn pnah register konon2 nk try tp x update apapn...pasword pn lupa dh
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ohnoLia replied at 15-11-2019 12:19 PM
Agreed. Org yg kerja oil and gas tu, ibaratnya jodoh yang mari jatuh ke riba..... kalau depa tak ...

o&g yg office best la...o&g offshore ni jenuh bini kene settle hal anak and rumah sendiri.hikss
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
bkn guru..
bkn engineer gak..
pon tak kawin gak..huhuhu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.081271s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list