Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
3288
View
102
Reply

[Tempatan] Parent neraka dari Singapore

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-11-2019 08:47 AM | Show all posts |Read mode



SINGAPURA: Sepasang suami isteri mendera kejam anak lelaki mereka yang berusia lima tahun dengan mengurungnya dalam sangkar kucing sebelum menyimbahnya dengan air menggelegak semata-mata tidak mahu mandi, sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu.

Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman, kedua-duanya 27 tahun, sering memukul mangsa termasuk menggunakan penyapu, malah kanak-kanak itu juga tempang sedikit kerana tempurung lututnya senget akibat didera, lapor Daily Mail.

Dalam hari pertama perbicaraan terhadap mereka semalam, mahkamah diberitahu mangsa dikurung dalam sangkar kucing pada 22 Oktober 2016, kerana enggan mandi sebelum bapanya mencurahkan air sepanas sekurang-kurangnya 92 Celsius pada belakang dan betisnya.

Mangsa yang identitinya dirahsiakan mahkamah, rebah dan terus tidak bergerak, tetapi ibu bapanya tidak membawanya ke hospital, sebaliknya menunggu enam jam sebelum mendapatkan rawatan.

Malangnya, dia meninggal dunia sehari kemudian dan pasangan itu ditahan susulan laporan dibuat terhadap mereka oleh pihak hospital.

Saksi pendakwa pertama yang memberi keterangan terhadap Azlin dan Ridzuan semalam, Profesor Madya Loh Tsee Foong berkata, mangsa mengalami lecuran tahap ketiga yang meliputi 75 peratus badannya, kecederaan buah pinggang akut, penyahhidratan, patah hidung, luka pada wajahnya selain lambat bertutur.

Selain itu, mahkamah diberitahu, Ridzuan Mega sebelum itu pernah menekapkan sudu yang dipanaskan pada tapak tangan mangsa kerana mencuri susu tepung untuk dimakan.

Mangsa juga pernah dilecurkan dengan air panas sekurang-kurangnya empat kali sebelum kematiannya.

Azlin dan Ridzuan menghadapi hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup bagi tuduhan bunuh.

Mahkamah diberitahu, mangsa diserahkan sebagai anak angkat selepas kelahirannya pada 2011 tetapi kembali bersama ibu bapa kandungnya pada 2015. Mangsa mula didera kira-kira setahun selepas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 7:32 AM
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah. Kesiannya. Nak makan pon dilekap sudu panas. Mak pak setan!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
News apa aku baca niiiii
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
...kejam
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
anak sendiri kot alahai
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:52 AM | Show all posts
Siyallll .... apa jenis makbapak la
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
boyan ka ni? astaga. nape benci nau kat budak tu? alahai kesian kene siksa sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 08:55 AM | Show all posts
setan mana terlepas ni..celaka betul buat kt anak sendiri mcm tu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-11-2019 08:57 AM | Show all posts
ini komen saya mewakili @famri7  

"kalau tengokkan dari nama mereka spt ummah suchi, takkanlah ummah syurgawi berkelakuan sebegini"
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 14-11-2019 08:57 AM
ini komen saya mewakili @famri7  

"kalau tengokkan dari nama mereka spt ummah suchi, takkanlah um ...

Mod kat sana nama tak menunjukkan agama apa. Ramainya nama melayu/jawa/boyan tapi bkn muslim..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-11-2019 09:01 AM | Show all posts
arasham replied at 14-11-2019 09:00 AM
Mod kat sana nama tak menunjukkan agama apa. Ramainya nama melayu/jawa/boyan tapi bkn muslim..

kakak mewakili sister serambi @famri7
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama mega / arujunah nama bugis
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:05 AM | Show all posts
babinya manusia macam ni

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
mak bpk dia gila. Babi pun syg ank. Dua ekor ni xtau dh nk dikategorikan sbgai haiwan apa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti mak bapak angkat sedih bila dgr berita ni..daku doakan agar dua2 mmg sabit kesalahan dan dihukum mati mandatori...no mercy for you..bahagialah kamu di syurga wahai anak..tamatlah seksaan dan derita yang kamu hadapi selama ini..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:14 AM | Show all posts
Edited by black_handbag at 14-11-2019 09:16 AM

ya allah sedihnya aku baca.. anak umo 5 thn sama cam anak aku. mmg budak ni ada kadang malas mandi. kenapa diseksa sampai macam tu? manusia apa macam ni..takde hati perut.. kesiannya seksanya hidup budak tu. aku setuju dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. tapi kalau dpt gantung sampai mati 2-2 eko ni pon bagus baru kau tau erti permbalasan
tp kan cane dia sumbat anak dia dlm sangkar kucing tu? pintu tu sempit kan.. adakah dia bukak yg bahagian tepi tu nak sumbat? kalau betullah mmg gigih betul nak mendera budak sampai mcm tu sekali
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:16 AM | Show all posts
mati lebih baik dari berterusan tersiksa..maka berehatla anak selamanya di taman syurga menanti

terbantut selera aku pagi2 ni..
walo dh abis separuh pinggan..tak selera konon
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-11-2019 09:19 AM | Show all posts
TravellingBear replied at 14-11-2019 09:05 AM
Nama mega / arujunah nama bugis

@nobita   kaum kau buat onar lagi

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko beranak buat pe setan betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi!! Pagi2 dah buat aku stress dgn news mcm ni
Kalau kelahiran budak tu 1 kesilapan, silap tu dtg dr korang, mak bapaknya
Dua xsalah pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.084647s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list