Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
4543
View
86
Reply

[Tempatan] 'Jika benar disihir, kami maafkan...'

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-11-2019 02:19 PM | Show all posts |Read mode
'Jika benar disihir, kami maafkan...'

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/11/516399/jika-benar-disihir-kami-maafkan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 November 2019 @ 12:36 PM

Siti Rohana Idris
cnews@nstp.com.my


NUR Izzati Afiqah Hussain, 29, yang asalnya hanya seberat 150 kilogram (kg), kini dianggarkan lebih 300 kg dan perubahan ini berlaku secara drastik dalam tempoh tiga bulan kini dijaga ibunya, Maheran Daud di Kampung Gaung, Tendong.  FOTO Siti Rohana Idris.

SEJAK kisahnya yang mengalami penyakit misteri dipaparkan dalam akhbar minggu lalu, rumahnya tidak putus menerima kunjungan pengamal perubatan Islam dan tradisional.

Telefon bimbit milik Nur Izzati Afiqah Hussian, 29, juga sentiasa dihubungi individu yang berhasrat untuk merawatnya berikutan simpati dengan nasib yang dialami gadis berkenaan.

Dia berkata, kebanyakan ustaz atau pengamal perubatan tradisional yang datang ke rumahnya dari sekitar Kelantan, manakala yang berada jauh termasuk luar negeri sekadar merawatnya menerusi panggilan telefon.

Majoriti mereka memberitahu saya terkena ilmu hitam iaitu disihir berdasarkan beberapa tanda termasuk keadaan fizikal yang membesar secara drastik sedangkan rutin pemakanan saya sama seperti mereka yang normal.

Saya juga dilawati pihak klinik beberapa hari lalu dan hasil pemeriksaan kesihatan yang dijalankan, semuanya normal, katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gaung, Tendong di Pasir Mas, hari ini.

Afiqah berkata, sejak kisahnya dilaporkan baru-baru ini, ramai rakan serta bekas guru datang menziarahnya dan meluahkan rasa terkejut dengan keadaan yang menimpanya, malah rata-rata bersimpati sambil menangis ketika bercerita dengannya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan keadaan fizikal Nur Afiqah Izzati yang juga bekas tenaga pengajar sebuah kolej di Melaka, mencecah berat hampir 300 kilogram (kg) berbanding berat asalnya hanya 150 kg.

Berat itu meningkat secara drastik dalam masa tiga bulan menyebabkan Afiqah kini tidak mampu bangun dan perlu bergantung kepada ahli keluarga untuk menguruskannya termasuk ketika buang air.

Afiqah juga kerap mengeluarkan pasir, batu serta paku ketika buang air kecil dan besar malah kerap tidak sedarkan diri sehingga memaksa ahli keluarga memanggil imam atau ustaz untuk memulihkannya semula.

Bagaimanapun dia berkata, ada sedikit perubahan yang berlaku terhadapnya yang mana berasa fizikalnya mulai mengecut sejak beberapa hari kebelakangan ini dan perkara itu diakui ibunya, Maheran Daud, 54, yang menguruskannya setiap hari.

Maheran berkata, perubahan itu sedikit sebanyak memberi harapan kepada mereka untuk tidak berputus asa mencari ikhtiar merawat anaknya itu sekali gus dapat kembali bekerja dan menjalani hidup seperti mereka yang normal.

Jika benar anak saya disihir, kami tidak mahu ambil tahu siapa yang bertanggungjawab dan sedia memaafkannya, sebaliknya apa yang penting bagi kami sekarang adalah kesembuhan buat Afiqah.

Selain sedih melihat keadaannya, kami juga berdepan dengan kekangan kewangan kerana perlu menyediakan lebih RM2,000 sebulan untuk kegunaannya iaitu pengalas cadar, krim tubuh untuk mengelakkan kulitnya berkudis, plaster penampal dan beberapa peralatan lain lagi yang digunakan setiap hari, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:24 PM | Show all posts
mcm pernah baca somewhere tp xtau reliable ke x source tu. mcm ada kejadian penyakit yg metabolisme dia sejenis tak normal menyebabkan even makan sikit pun akan naik mendadak.

hrp2 adik ni bukanlah kena sihir hendaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:26 PM | Show all posts
Kesiannya.. moga2 sis kembali sihat
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 12-11-2019 02:24 PM
mcm pernah baca somewhere tp xtau reliable ke x source tu. mcm ada kejadian penyakit yg metabolisme  ...

Yup ada. Mcm saya. Sebelum ada hyperthyroidism so lama sgt mkn ubat, tak ok doc suggest minum iodine. Hasilnya hormones thyroid dah semakin berkurang sgt2. Salah satu symptomnya berat badan naik sbb metabolik rate semakin rendah. So now kena mula ambil supplement utk stabilkan hormon katanya. Jika dulu masa hyper metabolism tinggi. Itulah kisahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:34 PM | Show all posts
arasham replied at 12-11-2019 06:31 AM
Yup ada. Mcm saya. Sebelum ada hyperthyroidism so lama sgt mkn ubat, tak ok doc suggest minum iodi ...

sedihnya dgr kes chuols. kiranya u mmg depending kat ubat lah eh skrg? utk stabilkan hormon tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
well berat asal sheol pun dah obese juga, ingatkan sebelum disihir body macam almy nadia bujang2. banyak je yang contribute sudden obesity ni, pcos, hyperthyroidism.. harapnya bukan disihir. jauhila make minum teh o bing maneh leting berdentum
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 12-11-2019 02:24 PM
mcm pernah baca somewhere tp xtau reliable ke x source tu. mcm ada kejadian penyakit yg metabolisme  ...

Klu bkn sihir cmana kencing blh keluar paku plk..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Najis keluar paku pasir tu perasaan dia ke betul2
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 03:06 PM | Show all posts

Bende2 Tu Dah Mula Keluar

TravellingBear replied at 12-11-2019 02:57 PM
Najis keluar paku pasir tu perasaan dia ke betul2

Sebab ramai yang cube 'rawat'..  Bende2 ni keluar bukan pakai force/daya.  Dia sekadar muncol di luar kemaluan aje.  Kalo tak habes la rabak saluran kencing beliyau.  Dikeluarkan secara ghaib.  Dimasukkan jugak secara ghaib..  Gitu rase aku.

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 03:16 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 12-11-2019 02:24 PM
mcm pernah baca somewhere tp xtau reliable ke x source tu. mcm ada kejadian penyakit yg metabolisme  ...

ye sis. kalau ada metabolisme or hormon prob akan effect berat badan. n kencing manis pun bole buat berat turun. iols ada masalah tiroid tinggi berat turun byk gak sedangkan makan byk jugak.now tgh follow up dgn hosp. better la adik ni check juga hormon ke apa selain pengamal perubatan tu sume
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga bermazleela utk family dan yg ada penyakit.. entah la, kurex memang simpati dgn orang yg kena sihir ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 03:27 PM | Show all posts
arasham replied at 12-11-2019 02:31 PM
Yup ada. Mcm saya. Sebelum ada hyperthyroidism so lama sgt mkn ubat, tak ok doc suggest minum iodi ...

awak mkn ubat yer..mcm saya hormon tu low dari paras normal..dikire apa tu?..sama ke?.. so metabolisma jd slow sgt padahal rutin mkn yg sama shj...jumpa dr tp dr x suggest apa2 ubatan or rawatan lagi....sedeyyyyy tauu
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknya pun.gemuk sebelah dia tu...rasanya keturunan memang besar2 ni...

Moga dipermudahkan Allah
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Janganlah main sihir org.. apa perasaan kalau org buat kt kita
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Genetik memang dah gemok lepastu Malas nak excercise, Tak Jaga pemakanan.

Zaman dulu2 atok nenek dia boleh survive sebab banyak gunakan badan bekerja....sampai Kat cucu cicit aktiviti dah lain...so membesarlah mereka dgn genetik sebegitu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 12-11-2019 03:50 PM
Genetik memang dah gemok lepastu Malas nak excercise, Tak Jaga pemakanan.

Zaman dulu2 atok nenek  ...

Nobito rajin exercise tak....hehe. ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 12-11-2019 02:31 PM
Yup ada. Mcm saya. Sebelum ada hyperthyroidism so lama sgt mkn ubat, tak ok doc suggest minum iodi ...

Apa simptom dia. Mcm mana nk differentiate hypertyhroid dgn gemuk sbb mkn? Adakah lepas ni semua org gemuk akan bg alasan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 04:20 PM | Show all posts
Naik 150kg dlm masa 3 bulan. Mcm mustahil if ada sakit pun.  Moga cpt sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 12-11-2019 04:03 PM
Nobito rajin exercise tak....hehe. ..

Rajin la....aritu join Night Run kat Ipoh...Kat Brewster Village tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 12-11-2019 04:20 PM
Rajin la....aritu join Night Run kat Ipoh...Kat Brewster Village tu.

Wah...bagus....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.096851s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list