Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
6332
View
231
Reply

[Tempatan] Mengadu sosial media. Kahwin dengan orang Sabah. Hari-hari menu sayur, sup!

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-11-2019 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Dua bulan kahwin, suami suka makan kari, tempoyak merungut isteri orang Sabah asyik masak sayur air, sup - Leper perut I, habis lemak cair

PERCAYA atau tidak, masakan juga merupakan antara faktor kebahagiaan rumah tangga, terutama buat pasangan yang baru berkahwin.

Maka tidak hairanlah kebanyakan kaum lelaki meletakkan pandai memasak dalam senarai wajib ada untuk memilih calon isteri.

Bak kata orang, cara nak memikat hati suami adalah dengan menjaga perutnya. Yang penting isteri kena rajin memasak, lama-lama pandailah.


Seorang lelaki yang baru bergelar suami meluahkan tentang isteri tersayang dan kehidupan mereka yang bahagia sejak mendirikan rumahtangga dua bulan lalu.



Luahan seorang suami yang beristerikan orang Sabah.

Namun, apa yang menjadi persoalan adalah air tangan isterinya yang berasal dari Sabah itu meskipun dia rajin memasak.

Saya baru dua bulan kahwin dengan isteri tersayang yang berasal dari Negeri di Bawah Bayu dan kami bahagia.

Masalahnya isteri saya ni hari-hari masak sayur air dan sup saja. Tapi saya tak sampai hati nak tegur sebab dia rajin memasak, menurut perkongsian di halaman Facebook Kisah Rumah Tangga.

Menurut lelaki itu, masakan kegemarannya adalah kari, sambal tempoyak termasuk hidangan paprik dan tumis.

    Saya sayang sangat dengan dia. Tapi dah leper perut saya ni sebab habis sudah cair lemak-lemak si perut ni akibat makan sup saja
    SUAMI

Isterinya pernah menyajikan sambal belacan bambangan, resepi asli dari Sabah menggunakan buah bambangan tetapi baginya, ia tidak sesedap sambal tempoyak.

Ada sekali dia buat sambal bambangan, tapi tak sesedap sambal tempoyak. Saya colek sikit saja untuk ambil hati dia.

Tempoyak sama kari semua berlonggok saya dah beli tapi dia asyik juga masak sup dgn sayur air, katanya.

Dilema itu menimbulkan persoalan bagaimana untuk membuat teguran supaya si isteri mengubah masakan tanpa mengguris hati kerana terlalu sayangkan isterinya.

Macam mana agaknya saya nak ubah atau tegur dia tanpa mengguris hati dia? Saya sayang sangat dengan dia.

Tapi dah leper perut saya ni sebab habis sudah cair lemak-lemak si perut ni akibat makan sup saja, ujar suami berkenaan meluahkan perasaan.



Antara komen warganet terhadap luahan suami berkenaan.

Pelbagai reaksi warganet berhubung dilema suami berkenaan dan turut menjadi perhatian adalah komen-komen daripada mereka yang berasal dari Sabah.

Baru dua bulan kot, berilah dia masa. Saya pun asal dari Negeri di Bawah Bayu juga. Dapat jodoh orang Semenanjung. Perlahan-lahan belajar. Sekarang okay je, memang kat rumah masak (masakan) Semenanjung. Tapi masih tak boleh lupa makanan Sabah, ujarnya.

Kawan saya orang Negeri di Bawah Bayu kahwin dengan orang Semenanjung, tapi tengok perut suami dia tak leper pun, makin sihat adalah. Dah bertahun kahwin nanti buncitlah perut awak tu. Bagi masa dia belajar masakan kita, ujar seorang pemuda.

Orang Sabah memang begini sebab suami saya pun Sabah juga. Akhirnya lauk negeri (Sabah) juga yang dimakannya. Sedap buah bambangan tu. Lama-kelamaan dah sebati dalam jiwa, komen seorang wanita.

Bro, sila masak untuk bini ya. Kau nak makan ikut selera kau dan nak tunjuk ajar bini secara halus, sila buat dulu. Lead by example! Dah tahu bini asal negeri lain, sah-sah menu pun tak sama. Tak study dulu ke sebelum kahwin? soal seorang warganet dengan nada berang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus la... selim melim skit
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bawak wife makan kat kedai hari2, ko pilih makanan kegemaran ko. lama2 dia perasan la ko suka makan pe.. ok la tu istri rajin masak
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 08:32 AM | Show all posts
lahai , my dad pun sama. Koser nk  hadap sup hari2.

Gurl ske tgk shuben makan  n ske dipuji.

so beli la kari bawak balik. Tunjuk reaksi suka sgt makan . Pastu ckp "sedapnya kari. Ai  suka kari sejak kecik. If laling masak , fuh kompem meletup." giteww
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
org sabah memg style masak gitu
ikan bakar kosong
sup kosong
xada rempah2 semua
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ajar ler isteri tu dgn tunjukkn cara masak yg awak suka.. mula2 mungkin kot tk sedap.. nanti lama2 biasa laa dgn air tgn isteri..
Kalo dok sini.. order je la.. kot kaya..
Bapak saya dulu tunjukkn mak saya masakan yg dia suka..cara mcm mana nk masak.. lama2 mak pandai masak semua yg bapak suka.. zaman dulu tkde youtube pun.. khairulaming jauuuuhh sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 08:49 AM | Show all posts
itu resepi kecantik org borneo bah...

makan berlauk santan..kari...goreng..minyak...bukannya elok pun
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaka @chzy_duo mencemar duli bagi sepatah dua kata
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Laa.. mmg ler baru kawin, takyah ler nak jaga hati sampai camtu.. bagtau je ler terus terang apa kegemaran. Kalau tak cakap mana ler orang tu tau..  mintak isteri blajar kat youtube belambak orang share resipi.. kalau cakap elok2 takdenye nak teguris bagai..
masak sama2 ..kan romantik tu..
itu pun nak tanya.. huh!
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 09:03 AM | Show all posts
Chill la baru 2 bulan. Slowly la bgtau kat bini tu ko suka mkn apa. Sementara 2 bulan ni ko dah dpt healthy food, eat clean memanjang. Ok la tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni lelaki jenis macam raja makan berhidang ke? Masaklah sama2 hidangan yang awak suka lama2 dia akan pandai. Kalau dah awak pun tak tahu masak terima sajalah apa yang isteri masak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 09:05 AM | Show all posts
mula2 mmng tak biasa
tapi hanyir la
masak dia pucat saja
asal bole bah..kau makan saja banyak bunyik aku sumpit kau nti



Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ang masak la gulai sekali sekala.. Baru la isteri tau.. Ni ang diam saja.. Lps tu luah kat KRT.. Demi like.. Puii
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 09:21 AM | Show all posts
ewwwwwwwwwwwwwwww

antara jantan melayu tak guna

masa belum kawin kenapa ko tak cakap terus terang ko suka itu ini nak pempuan pandai masak semua

jijiks sial jantan  macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 09:29 AM | Show all posts
Bertuah la ko bini rajin memasak... sedap atau tak tu lain cerita tapi rajin. Kena ko dpt bini yg malas memasak, mau makan mamak hari2..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawin lg 1 dgn org semenanjung..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow menu sihat ... i likeeeee
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-11-2019 09:37 AM | Show all posts
kahwin dgn org kelantan - makanan manis
kahwin dgn org melaka - makanan pedas

kahwin dgn anak mamak pun belum tentu dpt mkn roti canai, kari kepala ikan

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 09:37 AM | Show all posts
sis setuju pendapat di atas dan ada netizen juga kata yang sama.

Dia kena tunjuk cara masak masakan yang dia gemar tu.  cara tunjuk tu macam2 cara, tak semestinya suami tu kena tahu masak.  sesekali balik kampung belah suami, mesti lah isteri tu nampak apa yang dimasak, apa yang dimakan.



tak kata kan org Sabah la... yang sama2 kat semenanjung ni pun, masa mula2 kita kawin mmg kena buat adjustment sikit.  alangkan asam pedas pun lain negeri lain rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 09:46 AM | Show all posts
lepas 10 tahun kawen nanti ko kena berterima kasih kat dia sebab elakkan jantung ko tersumbat dan dapat kolestrol yang tinggi.. bersyukur la dia masak tak berminyak camtu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.109569s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list