Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
4738
View
151
Reply

[Tempatan] 34,638 warga emas terpaksa kembali bekerja. Simpanan KWSP dah habis agih pd ahli keluarga, kos hidup naik

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-11-2019 12:19 AM | Show all posts |Read mode
34,638 warga emas kembali bekerja

KEMPEN Back To Work yang dianjurkan kerajaan berjaya membantu seramai 34,638 warga emas kembali bekerja.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata, bilangan terbabit dicapai sepanjang Januari hingga September lalu selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan skim caruman baru majikan terhadap setiap pekerja warga emas.

Skim baru diperkenalkan iaitu caruman enam peratus majikan diturunkan kepada empat peratus akhirnya menggalakkan mereka menggaji warga emas berkerja.

Inilah tujuan kerajaan sekarang yang mahu setiap lapisan masyarakat termasuk warga emas menyumbang kepada ekonomi negara.

Untuk tahun ini saja, warga emas wanita kembali bekerja meningkat sebanyak 21 peratus, manakala lelaki pula naik 11 peratus, katanya sambil mengesahkan warga emas berusia 60 hingga 64 tahun paling ramai kembali bekerja.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan kutipan dana Tabung Rumah Warga Emas NACSCOM (RWEN) di Pusat Konvensyen HGH, Sentul di Kuala Lumpur malam tadi.

Hannah berkata, kempen kembali bekerja yang dilaksanakan itu antara sebahagian daripada inisiatif kerajaan menjaga keperluan warga emas selepas poket mereka kering kerana wang persaraan KWSP diserahkan kepada anak-anak.

Menurutnya, kerajaan bercadang mewujudkan undang-undang khas melindungi warga emas selepas satu kajian mendapati hak kewangan warga emas dicabul ahli keluarga sendiri.

Kajian yang dijalankan mendapati wang simpanan termasuk KWSP milik warga emas dihabiskan ahli keluarga menyebabkan golongan itu menderita dalam sepi.

Kajian sedang dijalankan dan dijangka tamat penghujung tahun hadapan dan berharap pada 2021, draf undang-undang berkaitan warga emas ini dapat dibentang ke Parlimen.

Draf ini juga akan meliputi model penjagaan warga emas baik dari segi jangka pendek dan panjang, katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan meletakkan sasaran mempunyai 222 rumah warga emas iaitu satu di setiap kawasan Parlimen berbanding ketika ini hanya 88 rumah.

Sementara itu, sebanyak RM200,000 dapat dikutip di majlis terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 November 2019

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm my oficemate..keje kuat..savings tuk kesenangan anknya. tak mo anak2 jadi mcm dia dulu..hidup susah. but for me, kesusahan parents dia dulu lah yg buatkn dia berjaya skrg.
tang ank2 tu..dah besar mereka biarlah cari duit sendiri..hadap sendiri. kita guide je. yang kita ni kerja kuat skrg antaranya purpose fikirkan ttg masa tua kita. tua jgn harapkan ank. apa kejadah..duit pencen bg anak senang pulak. ujung2 ko pulak kena keje balik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya klu kena keja sbb duit dah kena tarah....sepatutnya dah umor pencen tu, berehat kat rumah.....tapi klu keja utk isi masa lapang ok je.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sohailaksa dah tkde mak ayah. Kalau tak mmg jadik mangsa ler mak ayah dia


Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama kes dgn pakcik aku. Habis kerja dpt pampasan 400K. Balik kampung buat rumah banglo 2 biji, rumah sewa 2 pintu.

Pastu habis dah duit. Bulan2 harap duit sewa RM800 nk tampung hidup ada. Terpaksa harap anak2 tambah utk duit mkn minum.

Aku pun tak faham, dh tua tinggal berdua tp pergi buat rumah sampai 2 biji, bilik sampai 4-5...anak2 semua kt KL. Pastu merungut tak cukup duit, risau kalau jatuh sakit.



Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Spesis kuat menarah ni meols tahu spesis mana
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 replied at 9-11-2019 08:03 AM
mcm my oficemate..keje kuat..savings tuk kesenangan anknya. tak mo anak2 jadi mcm dia dulu..hidup su ...

Yes betul, tugas makpak sekolahkan anak je, once dah keja pandai2 lah memasing. Banyak anak2 even boleh bantu makpak, hatta setakat bagi duit kopi je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bezita60 replied at 9-11-2019 01:14 PM
Sama kes dgn pakcik aku. Habis kerja dpt pampasan 400K. Balik kampung buat rumah banglo 2 biji, ruma ...

Bodoh kan, kalau dia sewa umah kat small town pun masih untung banyak, duit 400k tu kalau dump dlm Asb/unit trusts, sebulan senang2 boleh dapat 30k
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 9-11-2019 01:25 PM
Bodoh kan, kalau dia sewa umah kat small town pun masih untung banyak, duit 400k tu kalau dump dlm ...

Betul tu. Elok dh tua2, duduk taman je area yg ramai jiran. Tua2 mana larat nk jaga banglo.

Aku kasihan sebenarnya. Masalah skrg dia sibuk nk jual tanah kt aku, baru terfikir nak cari duit pergi umrah/haji bagai.

Nk jual tanah tp tanak tukar nama. Mana ada org nak beli tanah dia cara mcm tu.

Byk hartanah pun masalah kalau tak boleh dtgkan duit. Skrg dia dh tak kerja, depress fikir hutang.

Beringatlah. Kita tua kene byk pasif income.

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
bodohnya la hai pi perabih kan duit kwsp utk anak2.cuba la blaja jd kedekut sket
kalo anak nk sambung belajar, ptptn kan ada
ngape perlu habiskan duit kwsp tu
pastu memekak kt gomen suruh lanjutkan usia bersara sbb duit dh habis
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau utk yg tua2 Ada plak keje. Yg muda2 menanggur? Pelik...

Nnt yg baru grad kena compete dgn veteren ... Ish ishh
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 01:55 PM | Show all posts
terjadi kat kawan aku.
ayah dapat KWSP, tiga orang anak dia belikan kete bayar cash.
ada anak beli kete baru buatan tempatan,
dan anak beli kete secondhand buatan luar.
kesan tak nampak lagi sebab benda baru berlaku.

so, gudlakkkk pakcik
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
bezita60 replied at 9-11-2019 01:36 PM
Betul tu. Elok dh tua2, duduk taman je area yg ramai jiran. Tua2 mana larat nk jaga banglo.

Aku ...

Same goes to my mil. Lepas pencen duit gratuiti buat rumah besar2. Skrg makan duit pencen semata. Sampaikan abis duit gratuiti tu takde langsung untuk pergi haji. Mujurlah anak2 kena paksa sukarela sikit sorang tong2 duit.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan harus kemukakan akujanji....semua pesara wajib tandatangan akujanji takkan boros...kalau taknak tanda tangan, retirement fund tak boleh keluar sebahagiannya (dalam 70%)...dilabur kembali ke skim annuity
..maknanya dia dapat income bulan2 dan baki 30% wang persaraaan...ok tak cadangan iols???
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Realiti yg menyedihkan. Simpan jela utk hari tua. Anak2 biar cari duit semdri. Asalkan dh jaga dan bg pelajaran bagus, memandaila kome ank2 survive.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
bezita60 replied at 9-11-2019 01:14 PM
Sama kes dgn pakcik aku. Habis kerja dpt pampasan 400K. Balik kampung buat rumah banglo 2 biji, ruma ...


Banyak Melayu tua YG bodoh buat rumah Kat kampung.


Orang semua migrate duduk Bandar dia nak migrate balik Kampung lepastu buat rumah ala2 nak bersemayam Kat situ utk lagi 100 tahun.....bila mati dan mereput, rumah tu jadi sarang penagih dadah atau disewakan pada pekerja kait buah sawit je pada harga murah

Sedihkan riwayat hidup wargaemas lokal
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 9-11-2019 01:41 PM
bodohnya la hai pi perabih kan duit kwsp utk anak2.cuba la blaja jd kedekut sket
kalo anak nk sambu ...

Kena Scam dengan anak2 kaki tarah
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 cite melibatkan org melayu perabih duit epf ni buat umah besar, beli kete baru and yg paling biasa spoil anak...hujung2 sendiri susah, anak yg di spoil haram tak senang2 ape lagi nak membantu....cite biasa org melayu....beza ngan org cina, hakak punya neighbour umur dah 60plus epf ratus2 ribu tapi buat keje telesales after bersara...bosan duk umah katenya anak2 pun dah kawin banak pinak....hidup sederhana pakai myvi...pegi klinik gomen, duk medium cost apartment....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ada jiran aku pas pencen dia buat rumah atas tanah, banglo. tpi pastu keje tarik sawit sbb dia pilih kwsp bkn pencen
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Your parents are not your emergeny fund.

Your children are not your retirement fund.

Build your own wealth.

Ni concept family mak aku ajar. Mula2 aku tak nampak. Bila dah besar baru aku faham.

Bila aku compare family aku ngan family spouse lain konsepnya. Konsep terbalik dari kata2 di atas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.098402s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list