Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
165
View
1
Reply

Adab Ketika Berada Dalam Tandas Mengikut Hukum

[Copy link]

Author: ismal       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-11-2019 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ismal at 5-11-2019 10:25 PM

Mungkin masih ada yang belum tahu tentang adab ketika berada dalam tandas dengan betul seperti mana saya sendiri yang selama ni tak pernah tahu tentang ini. Saya baru saja tahu selepas secara tak sengaja terbaca satu artikel yang membincangkan tentang adab dalam tandas yang dikongsikan di Facebook melalui laman web media maklumat.

Katanya, kita perlu alirkan air ke dinding terlebih dahulu sebelum melepaskan hajat memandangkan kita tidak tahu pengguna yang menggunakan tandas sebelum kita sama ada dia berdiri atau duduk. Najis seperti air kencing berkemungkinan terpercik ke dinding dan akhirnya kita yang masuk mungkin terkena air najis tersebut.

Apa pendapat korang semua tentang ni? Saya agak keliru dengan beberapa kenyataan yang disampaikan. Di bawah ni adalah petikan daripada laman tersebut: https://mediamaklumat.com/adab-masuk-tandas/

Adab masuk tandas yang satu ini juga penting dan mungkin masih ramai yang belum biasa buat.

Iaitu mengalirkan dahulu air paip pada keseluruhan dinding tandas. Dari kiri ke kanan, kanan ke kiri.

Jangan terus halakan air ke lantai tandas, bimbang nanti terpercik pada kaki atau seluar.

Ini penting dan sebahagian daripada thoharah. Kerana kita tidak tahu bagaimana dan di mana pengguna tandas sebelum kita membuang air. Sama ada dengan cara berdiri atau duduk. Di dinding atau di lubang tandas. Dia selesaikan hajatnya dengan ilmu atau secara semberono.

Boleh jadi pada dinding itu ada percikan-percikan air najis yang kita tidak nampak (najis hukmi). Apabila air dialirkan dari bahagian dinding, automatik air tersebut akan membawa sekali najis-najis hukmi pada dinding dan lantai tandas.


Terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 04:22 PM | Show all posts
Pada saya, alirkan air ke dinding tu adalah tindakan yang berhati-hati kalau-kalau ada bekas najis seperti air kencing di dinding hasil dari orang yang tak tahu buang air dengan cara yang baik mengikut sunnah.  Bagi yang bertugas mencuci tandas, eloklah alirkan air ke dinding.

Kalau setiap orang yang menggunakan tandas tu buang air pada tempatnya (ikut adab yang betul) tiada keperluan untuk setiap orang alirkan air di dinding.  Jadi, pada saya, kalau tandas tu secara zahirnya nampak bersih, tiada keperluan. Kalau nampak kuning macam ada bekas air kencing kat dinding tu, bolehlah tolong bersihkan. Kalau tak pun, guna air secara minima (sedikit) supaya tiada percikan air yang berlaku. Di Malaysia ni kita mewah air, buka air paip laju... (sama juga berwudhu, kebanyakan kita buka air laju walhal wudhu lebih afdhal guna air yang sedikit - perlahan)

Di tempat yang air adalah terhad, tiada keperluan untuk alirkan air ke dinding. Contoh macam dalam kapal terbang.


WAllahu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.087423s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list