Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
5923
View
109
Reply

[Tempatan] Hati jangan lemah sangat, rapuh macam tisu.. : Peguam sekolahkan selebriti

[Copy link]

Author: CinnamonR    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-11-2019 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sumber: Buletin TTKM

Screenshot_20191104-221440~2.png
Oleh : Alan Razak

Buli siber.

Semenjak dua menjak ni orang dok cakap pasal cyber bully. Sampai depressi la menangis meratap ratap macam Wardina tu la bagai, tapi aku nak tawarkan satu perspektif lain. Terpulang lah nak dengar atau tak.

Macam ni sis, kalau kau dah bukan main yakin  nak cakap sesuatu atau rakam sesuatu dalam internet tu dan bila maklum balas orang jadi negatif sampai kau kena kecam kaw-kaw kan, sama ada kau gigih jari jemari untuk balas semula atau kau diam.

Setiap perbuatan kita baik atau buruk adalah pilihan kita. Jadi apa pun kesannya selepas perbuatan atau kata kata kita dalam media sosial itu sebenarnya pun terpulang pada kita macam mana nak tangani.


Kalau kau kena kecam nau nau korang ada pilihan untuk ambil langkah diam atau kalau korang sedar perkara tu berpunca dari khilaf sendiri minta maaf adalah perkara yang paling bermaruah.

Tak perlu sampai nak menangis macam mati laki siap buat siaran langsung bagai. Eh sempat plak sambil sedih sedih tu terpikir nak click kat Live option.

Kau pilih sama ada kau benarkan kau jadi mangsa buli siber atau kau be a wiser person.

Macam trend artis atau selebriti sekarang pula aku tengok semua tu, dah nama pun selebriti. Kecaman akan sentiasa ada kiri kanan. Tapi dengan buat laporan polis sambil menggertak untuk menyaman netizen ni, bukan semudah itu.

Saman fitnah banyak unsur teknikal yang perlu dipuaskan. Dan paling penting sekali adalah reputasi ke atas orang yang difitnah tu bagi pembuktian ganti rugi. Kalau setakat seorang yang fitnah sekalipun Mahkamah mendapati wujudnya fitnah tapi dapatan Mahkamah akan berbeza dari segi ganti rugi yang Mahkamah bagi kalau kata-kata fitnah tu tak membawa kepada apa-apa kesan yang nyata sampai kau hilang kerja atau right thinking society terutamanya individu individu dalam bidang kau akan terus menerus memburukkan kau.


Jadi apa sebenarnya kau dapat?

Aku nak tegaskan di sini yang aku sekali kali tak setuju dengan cyber bully. Dan aku tak menidakkan hak hak perlembagaan dan undang undang terpakai yang lain untuk pemulih  yang boleh diperoleh dari perbuatan cyber bully.

Apa yang aku cuba nak kita fikir adalah untuk Mahkamah membenarkan pemulihan bagi kata kata fitnah atau kacau ganggu, bukti perlu la praktikal, zahir dan nyata.

Bukan sekadar kita marah sebab kita dikecam, lepas tu kita buat laporan polis, dan gertak untuk orang tu minta maaf semata-mata.

Undang-undang fitnah sangat dalam dan lebih dari tu.


Bukan hanya kerana kita marah kita perlu terus dapatkan khidmat peguam untuk saman. Perkataan saman ni jangan kita gunakan sewenangnya.

Beban pembuktian bukan sekadar sama ada wujud atau tidak fitnah tu. Tapi sama ada kesan nya adalah nyata, dekat (immediate) atau secara langsung.

Jadi adakah kita hanya nak mengejar paper judgment semata mata lepas bertahun turun naik Mahkamah?

Apa yang aku nak cakap, hati jangan lemah sangat sampai rapuh macam tisu badan.

Maaf, kalau ramai rasa hantaran ni nampak macam aku membenarkan perbuatan cyber bully tapi aku bercakap atas dasar dan kapasiti aku sebagai peguam yang selalu menghadap isu actual damages ni.

Tak mustahil Mahkamah akan membuat dapatan yang wujud kata kata fitnah itu tapi bagi prosiding penaksiran gantirugi Mahkamah akan benarkan nominal damages contohnya RM1000. Aku cakap sebab benda ni selalu jadi.

Ketika tu mulalah salahkan peguam cakap peguam tak cekap la, peguam tak bersungguh la.

Maaf sekali lagi kalau aku pilih untuk bersikap practikal.

Azlan merupakan seorang peguam dan artikel ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. C Editor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan Jalil Hamid zaman muda...ghupernya boyan mna ntah
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by TravellingBear at 5-11-2019 06:50 AM

Acik peguam ni publish ayat2 ni kat public ke . Kalau tak private message kat acik aceh, tkde la nama nya sekolahkan
Sama level ngan  spam / cyberbully aje

Haihhh nak bg nasihat konon... Sendiri pon buat benda sama


Entah acik aceh baca ke tidak tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 07:29 AM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 5-11-2019 06:36 AM
Ingatkan Jalil Hamid zaman muda...ghupernya boyan mna ntah

ayam..ayam..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah apa yg die ckp.. nk jadi public figure hati kena kental.. kalau hati tisu mmg boleh jadi depression, sikit2 sentap.. nature human being ni mmg judgemental.. samada berani tulis atau tidak je on internet..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
pengajaran yg berkesan buat lain lain retist lain kali
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tisu rapuh ka ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
nak jadi retis semua nak sebab dapat duit banyak takyah ade spm pun rilek2 je dapat job. asalkan kuat keje,improve dan yang penting hati kuat. jangan jadi ibu anak2 syorga basekal lajak bodoh sampai tak makan sebab hadap sangat kecaman netizen. yang ko tak kuat pastu nak juga buka fb segala baca komen tu ... hmmm.. konon tak makan tapi elok gundu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 5-11-2019 07:29 AM
Betul lah apa yg die ckp.. nk jadi public figure hati kena kental.. kalau hati tisu mmg boleh jadi d ...

I permah ckp bemda ni masa kes penyanyi korea yg prempuan tu bunuh dri tp ada org xboleh terima. 1 of the reason i xnk expose / become influencer sbb i dont think i kuat dri segi emosi. So i xjd sedangkan jd influencer / instafamous sgt2 la sng buat duit

I pergi kelas, dia bgtau, if u decide to publickan ur life / ur opinion, u kene get ready. Kalau ada 100 likers, u kene ready ada 100 haters. Kalau 1 juta yg like, ready 1 juta haters. Sbb tu klau i xberapa kisah yg jenis delete / block komen negative
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 5-11-2019 06:36 AM
Ingatkan Jalil Hamid zaman muda...ghupernya boyan mna ntah

Oii penat dia buat rambut kepuk kepuk.. ujung ujung dijalil hamidkan jahh
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 08:18 AM | Show all posts
tapi bagi aku kena ajar jugak pengguna socmed yg kirang ajar mcm yg menghina anak jasmin hamid tu.anak dia tak bersalah kot.biar la paper judgment ke dpt rm1000 ke.i dont think selebriti yg saman tu kejar duit

tp kes mcm wardina, nabila huda tu mmg iols rasa dorang sendiri yg mencari cercaan.itu yg ko kejar itu la yg ko dapat. nasib ko la
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 08:20 AM | Show all posts
meols sokong apa yang si alan ni cakap.

heshe walaupun dibidas berambut mayang mengurai blonde, now purple-ish kat dalam court, tetap gigih memondankan diri. kecam la apa pun, sebab dalam peraturan mahkamah hanya ada mention pasal dress code & takde sebut pun pasal rambut.

baca kat fb heshe, macam tengah gaduh dengan siti kassim jaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 08:22 AM | Show all posts
aku sokong kau kali ni, Alan.  well said.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 08:24 AM | Show all posts
Buritan replied at 5-11-2019 08:17 AM
Oii penat dia buat rambut kepuk kepuk.. ujung ujung dijalil hamidkan jahh

hahaha.. blonde lagi tuuu. tak dapat apresiasi yg setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
I setuju dengan you Alan. Tak kental tak payah jadi selebriti.
I pun tak setuju cyber bully tapi memang susah nak tutup mulut tempayan. The best is ignore/delete segala comment yang tak menepati citarasa.
Pada artis yang memang suka provoke/mengundang kecaman eg. Abil, rasanya dia memang dah bersedia. Tak tahulah niat sebenarnya dia post macam  tu, ada 1001 sebab yang dia aje boleh jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 09:03 AM | Show all posts
Cyber bully mmg scary.

Tp kadang2 mmg salah diri kita, dah semua nak expose kan...nangis buat live, anxiety boleh record, even skrg mandi pon nak tunjuk kat semua...maka mendapatlah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
tak sebelahkan mana2 pihak, baik azlanina atau perangdina..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
btw muka dia memang macam jalil hamid
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 09:07 AM | Show all posts
erk takat cyber buli je kan..takyqah loyar nasihat pun..buat derk je la wadina oii..diorg pun life sendu..dlm socmed je nmpk cun
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 09:10 AM | Show all posts
Sangkar_Emas7 replied at 5-11-2019 09:03 AM
Cyber bully mmg scary.

Tp kadang2 mmg salah diri kita, dah semua nak expose kan...nangis buat li ...

kalau tak nak bagi netizen kutuk

jangan tunjuk apa apa dalam medium sosial


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.092944s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list