Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
2936
View
112
Reply

[Tempatan] Institusi Beraja Dituduh Tidak Proaktif dalam Memperjuangkan Bahasa Melayu Malah Disuruhnye Spikong Bahasa Cina

[Copy link]

Author: nobito    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-11-2019 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-Raja seharusnya bertindak proaktif untuk menjawab mengenai hak kepentingan Melayu yang ketika ini semakin banyak dipersoalkan, terutama di media sosial.

Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz, berkata desakan sedemikian sudah terlalu kuat, terutama dari segi kedudukan bahasa Melayu.


Saya tidak tahu adakah raja-raja sesuai (lagi) untuk berdiam diri dalam keadaan ini. Saya fikir ini persoalan yang baginda patut jawab, katanya selepas syarahan bertajuk Tiang Seri Perlembagaan Negara bersempena Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) kali ke-56 di Rumah PENA di sini, hari ini.

Shamrahayu menegaskan kepentingan Melayu secara jelas disebut dalam Perlembagaan Perkara 153 meliputi perihal perniagaan, pendidikan, perjawatan awam, selain Perkara 152 mengenai kedudukan bahasa Melayu dan Perkara 89 berhubung tanah rizab Melayu.

Kesemua kepentingan itu seharusnya diberikan perhatian oleh YDPA kerana Kerajaan Persekutuan meletakkan tanggungjawab kepada YDPA untuk menjaga ketiga-tiga perkara itu bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

Shamrahayu berkata, apabila persoalan mengenainya lahir dalam kalangan masyarakat, institusi diraja seperti YDPA perlu memberi perhatian terhadap rungutan yang diterima.

Mohon nyatakan sesuatu atau pun secara tidak langsung adakan perbincangan oleh Majlis Raja-Raja, kita perlu tindakan proaktif.

Ia bukan hendak mengajak raja-raja terbabit dalam desakan politik tetapi untuk kepentingan dan roh semangat Perlembagaan itu, katanya.

Tegas Shamrahayu, ketika ini hak-hak Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan cenderung diabaikan walaupun ia tidak dipinda.

Perlembagaan, katanya, tidak akan dipinda untuk membuang hak-hak Melayu kerana tindakan itu akan hanya mendatangkan kecelakaan politik tetapi pelaksanaannya tidak akan dilakukan baik dahulu mahupun sekarang.

Contoh mudah adalah Akta Bahasa Kebangsaan yang dimaktubkan sejak 1963, namun di manakah kedudukan bahasa Melayu sekarang?

Dalam hal ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak boleh disalahkan kerana mereka tidak ada hak penguatkuasaan sebaliknya ia berada di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT), katanya.

Shamrahayu berkata, malangnya PBT tidak menjalankan tanggungjawab itu, malah sebahagian PBT tidak langsung mempunyai peraturan mengenai penggunaan bahasa kebangsaan walaupun ada garis panduan dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2008.

Sementara itu, Presiden PENA, Dr Mohamad Saleeh Rahamad dalam ucapan perasmiannya menyebut dunia kesusasteraan dan penerbitan ketika ini berada dalam keadaan menyakitkan selepas agensi seperti Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) lumpuh, penutupan akhbar Utusan Malaysia dan dasar berjimat cermat DBP.

Tegasnya, walaupun sasterawan negara diberikan elaun bulanan, kedudukan penggiat sastera dan perbukuan secara umumnya tersepit dengan ketiadaan peruntukan dalam belanjawan yang dibentangkan, baru-baru ini.

Pemain industri perbukuan merungut tiada insentif disediakan untuk menggalakkan industri perbukuan.

Jika pentas ekonomi itu pun tidak diberi perhatian, apakah yang hendak diharapkan untuk persuratan dan pembangunan penulis?, katanya.

imageedit_7_7600890651.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Belajar ajalah b.melayu, mandarin dgm english. X rugi.. auntie dah subscribe anak2 auntie kelas2 mandarin... boleh lah..

Cuma hopefully utk anak2 luar bandar adalah org2 yg buat kelas percuma utk mereka juga kelas mandarin...

Bahasa mandarin ni mmg dah x boleh di elakkan. Samada learn it, or ketinggalan dan meratib hiba
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-11-2019 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nobito at 3-11-2019 02:46 AM
ohnoLia replied at 3-11-2019 01:18 AM
Belajar ajalah b.melayu, mandarin dgm english. X rugi.. auntie dah subscribe anak2 auntie kelas2 man ...


Meols pun belajar Mandarin.


Tapi untuk royalties diorg kena preserve la BM. Sebab tu memang keja diorg. no spikong2 statement or campaign should be made by them.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
iols pon belajar mandarin
no harm , anggap je for knowledge
jgn trigger sgt ye kawan2

its for your own benefit
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa benefits belajar mandarin?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 2-11-2019 07:39 PM
Apa benefits belajar mandarin?

Ayam china lebih faham arahan dan keinginan anda
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mandarin is for losers
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ohnoLia replied at 2-11-2019 05:18 PM
Belajar ajalah b.melayu, mandarin dgm english. X rugi.. auntie dah subscribe anak2 auntie kelas2 man ...

Kesian anak engko makin ketinggalan angkara dipaksa belajar bahasa cap ayam
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 2-11-2019 07:29 PM
iols pon belajar mandarin
no harm , anggap je for knowledge
jgn trigger sgt ye kawan2

Padan la engko tak boleh maju
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Mandarin nak disamakan dengan bahasa inggeris ? Dey, porah !!
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 07:07 AM | Show all posts
boleh ckp cina pun gi petaling street, bukit bintang tetap kena tipu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 3-11-2019 07:03 AM
Padan la engko tak boleh maju

sebab ? sebab apa tak leh maju?
cuba bagi pencerahan sikit,  
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by LadyCarefree at 3-11-2019 10:27 AM

Dalam pada nk tonjolkn betapa jiwa rakyatnya para kerabat namun yng 1st dn 2nd line kerabat patot kena ada juga line limitnya. Sultan reigning dn anak2. Bahasa jngan terlalu pasar. Jngan terlalu santai smpaikn rakyat dh serupa xberadab pd sultan. Klau nk kekalkan sistem beraja la.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting english mesti tau..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Raja melayu tapi  x mau perkasakan bahasa melayu .....sokong pensyarah. Elok tambah lagi ttg pakaian n adab melayu di kalangan anak2 raja supaya x hilang identiti melayu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa pula orang Melayu disran nak kuasai pelbagai bahasa minoriti lain? Bergunakah?

Kalau Mandarin, mungkin ya...itupun atas dasar kerja...kalau belajar sekadar nak bergaul dgn minoriti lain macam tak kena...sapa majoriti? Sapa tuan rumah? Bodoh apa yg majoriti nak kene dan fahami minoriti.

Untuk maju, melayu kena kuasai bahasa inggeris...org cina di China pun belajar Inggeris. Selain itu, nak belajar mandarin pun ok...ni nak ikut saranan permaisuri belajar tamil??? Hurmmmm...baik belajar bahasa iban, kadazan ye tak?.. dah alang2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya rasa tak salah pun tuanku RPA buat saranan mcm tu. Baginda cadang kita belajar pelbagai bahasa tak bermakna abaikan BM.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk dok suruh orang Melayu belajar bahasa Cina dan bahasa Tamil,  apakata wajibkan orang Cina dan Orang India menguasai bahasa Melayu dulu.. Sakit hati kdg bila kena deal dengan dua kaum ni.. terutama yg dari sekolah vernakular dan internasional..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaaa..nak guna dialek sendiri pun salu kena kecam,ni nak blaja bahasa lain..mentaliti masyarakat melayu y "racist" ni cenggitu laa..lagi nak meratib utk blaja bahasa lain?

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-11-2019 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nobito at 3-11-2019 09:31 AM
LadyCarefree replied at 3-11-2019 07:26 AM
Dalam pada nk tonjolkn betapa jiwa rakyatnya para kerabat namun yng 1st dn 2nd line kerabat patot ke ...


Haha betul2.

Dia antara 2 je....nak kekal sistem beraja atau mereka nak rasakan rakyat Tak perlukan mereka lagi sebab Tak functional.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.091161s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list