CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 9642|Reply: 103

[Tempatan] "Pangku Mayat Isteri Sambil Menangis" UPDATE post 64#

  [Copy link]
Post time 30-10-2019 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 30-10-2019 07:01 PM

Credit to Harian Metro...


“SAYA lihat lelaki itu memangku mayat isterinya sambil menangis, mulut arwah (mangsa) berdarah dan keadaan biliknya berselerak,” kata saksi, Muhd Shukri Zakaria, 24.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari, Muhd Shukri tiba di rumah lelaki yang dikenali Hamzah, 51, itu selepas isterinya, seorang guru, Fauziah Yop, 46, dipercayai mati dibunuh di sebuah rumah di Kampung Banggol, Jeneri di Sik, petang hari ini.




Fauziah ditemui terbunuh oleh anak bongsunya yang baru pulang dari sekolah di bilik rumah itu dalam keadaan menelungkup dengan bahagian badan di atas katil dan kaki di bawah.

Difahamkan, Hamzah keluar rumah sekitar 12.30 tengah hari mengambil anak bongsunya sebelum tiba semua di rumah mereka pada 1.30 tengah hari.

Muhd Shukri berkata, dia bersama tiga lagi penduduk ke rumah guru berkenaan selepas dipanggil anak bongsu mangsa berhubung kejadian itu.

“Saya ketika itu sedang berniaga ayam di berhampiran rumah mangsa.

“Sampai di rumah (mangsa), saya lihat keadaan rumah berselerak dan ada laci (almari) yang terbuka.

“Apabila masuk ke bilik, saya lihat suami arwah sedang memangku mayat isterinya itu sambil menangis,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Muhd Shukri berkata, dia bersama penduduk kemudian membantu mengangkat mangsa ke atas katil sebelum meminta bantuan jiran untuk menghubungi polis.

Katanya, dia tidak mendengar sebarang bunyi jeritan sebelum itu, walaupun kedudukan gerainya tidak jauh dari rumah mangsa.

“Cuma saya dan rakan nampak suami arwah keluar menjemput anaknya di sekolah pada 12.30 tengah hari sebelum tiba semula kira-kira sejam selepas itu.

“Tak sangka kejadian ini berlaku, arwah selalu ke gerai saya membeli ayam. Dia seorang yang baik serta peramah,” katanya yang juga ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berkenaan.

Sementara itu, Hamzah ketika ditemui enggan ditemu bual dan hanya berkata, “Saya tak mahu cerita apa-apa, tak sanggup saya hendak baca berita mengenai kematian isteri saya,” katanya dalam keadaan sebak.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Setakat ini masih dalam siasatan, sama ada ia membabitkan kes bunuh ataupun sebaliknya,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan pembunuh arwah dpt ditangkap dan diadili.. Aku suka sik.. Sejuk ya amat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2019 08:53 AM | Show all posts
kejadian rompak kot...siannya..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 08:55 AM | Show all posts
awat depa pi usik mayat yg kena bunuh??marah la grissom dgn horatio nak csi evidence dh tempered
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 08:58 AM | Show all posts
kena siasat suaminya jugak
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg share pics ni kat wsapp grup td
Katanya rumah kena rompak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 30-10-2019 08:55 AM
awat depa pi usik mayat yg kena bunuh??marah la grissom dgn horatio nak csi evidence dh tempered

Kannn CSI 101
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 30-10-2019 08:50 AM
Takziah.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan pembunuh arwah dpt ditangkap dan diadili.. Aku suka ...

Tapi org sana kasar kasar.....bahasa dorang kasar..

Dari pengamatan aku yg jumpa ramai org sik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2019 09:03 AM | Show all posts
sukacactus replied at 30-10-2019 09:01 AM
Ada yg share pics ni kat wsapp grup td
Katanya rumah kena rompak

thanks tlg tepek gambo...tak reti nk tepek tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 30-10-2019 09:02 AM
Tapi org sana kasar kasar.....bahasa dorang kasar..

Dari pengamatan aku yg jumpa ramai org sik. ...

Org kedah.. Mana x kasar.. Hahaha..sini ada ramai org siam juga.. Pakcik aku dari Sik.. Ckp siam cong ceng cong ceng.. Sbb kwn2 dia org siam. Garang nak mampos.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 30-10-2019 09:01 AM
Ada yg share pics ni kat wsapp grup td
Katanya rumah kena rompak

Tak nampak.. Jap nak tlg tempek semula
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 30-10-2019 09:06 AM

Laki tak kerja ke?...

Wife cikgu?.....

Tak de dgr jeritan?....

Jauh ke rumah dgn sek sampai 20-30min perjalanan

Harap ada org kg situ bg pemcerahan kat thread ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah bg keadilan utk si arwah

[attachimg]476268[/attachimg

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusia semakin malas mencari duit...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 30-10-2019 09:03 AM
Org kedah.. Mana x kasar.. Hahaha..sini ada ramai org siam juga.. Pakcik aku dari Sik.. Ckp siam c ...

Tak semua org kedah kasar....yg dok pendalaman mcm sik ni kasar dia lain maciam......kurang ajor le ckp senang.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 09:09 AM | Show all posts
kena siasat betul2 ni
smlm bukan ke sekolah masih lg bercuti? kedah sekolah ke semalam?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 30-10-2019 09:03 AM
thanks tlg tepek gambo...tak reti nk tepek tadi...

Boleh la...pakai hp tekan insert pun xnak beso2 pun picnya
Tu dah ada yg besokan pic dah...tq
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 30-10-2019 09:09 AM
Tak semua org kedah kasar....yg dok pendalaman mcm sik ni kasar dia lain maciam......kurang ajor l ...

Depa ckp kasar sgt? Hahaha.. Tahap kahaq depa mmg mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 30-10-2019 09:04 AM
Tak nampak.. Jap nak tlg tempek semula

Thanks sarah
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Hasil skodeng maps

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.099114 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list