Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
4250
View
101
Reply

[Tempatan] Income Instafamous model tudung RM20,000

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-10-2019 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Model tudung ini dipuji netizen, muda-muda lagi beli kereta guna duit sendiri
4-5 minutes

Setiap remaja semestinya akan terdetik inginkan kereta idaman dan menanam azam untuk memiliki sebuah kereta hasil usaha sendiri.

Begitu juga dengan kejayaan Ika atau nama penuhnya Nurul Afiqah Mohd Shafarey, 21, yang memiliki kereta jenama luar negara hasil dari titik peluhnya sendiri.

Tidak bergantung pada orang lain, seperti ibu bapa, merupakan sikap yang Ika mahu tonjolkan pada anak muda di luar sana.


Duit nak beli kereta semua dari usaha sendiri, Ika tidak minta langsung duit atau sebarang pertolongan dari ibu bapa.

Malah Ika cari sendiri macam mana nak dapatkan duit untuk dapatkan apa yang kita mahu, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ika minggu lepas berkongsi gambar kereta barunya di Twitter. Rata-rata pengguna maya memuji sikap berdikarinya itu.

Setakat laporan ini ditulis, statusnya itu telah diulang tweet lebih 470 kali dan disukai lebih 2,200 pengguna Twitter.

Kereta yang Ika pilih ialah Toyota model Yaris dari Jepun. Kereta itu dijual antara harga RM70,888 hingga RM83,888 mengikut spesifikasi.

Ika tidak mendedahkan bayaran pendahuluan dibuat tetapi berkata ia separuh daripada harga kereta.

Sementara itu, Ika berkata penglibatan dirinya dalam dunia permodelan, duta produk dan juga ulasan berbayar (paid review) merupakan sumber pendapatan bulanannya.

Saya mula bergiat aktif tahun 2015, orang mula nampak Ika punya bakat dalam dunia permodelan hingga orang tidak berhenti panggil ambil gambar.

Selain itu, ada juga syarikat yang ambil Ika jadikan duta seperti Hada Labo, Maybank, Vivo, Christy Ng, Nano White, Xing Fu Tang dan llao llao.

Kalau sebulan untung ulasan berbayar Ika boleh mencecah RM10,000 hingga 20,000. Dari situ Ika dapat simpan sikit untuk beli kereta, katanya lagi.

Ketika baru bergiat dalam bidang itu, umurnya cuma 17 tahun.

Cabaran dan halangan tidak akan pernah lari dari kehidupan. Begitu juga dengan anak kelahiran Selangor ini.

Antara cabaran yang Ika lalui sebelum beli kereta, pernah hampir sebulan Ika mendiamkan diri dan berkurung di rumah disebabkan kata netizen tanpa update apa-apa di media sosial.

Buat banyak kerja tapi tak mampu beli kereta. Anak sulung tahu menyusahkan mak ayah sahaja! Ini antara ayat netizen yang Ika ingat sampai sekarang.

Ramai sangat netizen kecam, memang Ika pinjam kereta ayah sebelum ini untuk pergi ke sana semua, tapi janganlah libatkan keluarga! katanya dengan penuh emosi.

Bagaimanapun, Ika sangat bersyukur dengan apa yang diimpikan sepanjang lima tahun akhirnya termakbul.

Alhamdulillah perasaan saya lepas dapat beli kereta sangat bersyukur. Rasa seperti penat kita sudah terbayar.

Ika pun terfikir, apa salahnya kalau kita tukarkan duit kepada benda yang kita nampak depan mata.

Pada awalnya ibu bapa tidak percaya langsung yang Ika akan beli kereta, lepas Ika sudah buktikan mereka pun letak kepercayaan dekat Ika, katanya.

Bercakap mengenai perancangan, Nurul Afiqah tidak lokek untuk berkongsi ketika disoal.

Ika ada target nak beli rumah tapi berhenti buat seketika waktu,sebab Ika ingin menceburi dalam bidang perniagaan pula.

Walaupun sekarang Ika sibuk dengan dunia permodelan dan yang lain, tapi Ika kena curi masa pergi ke kelas perniagaan agar dapat asah bakat dalam dunia perniagaan, katanya.

Sebagai pengaruh kuat di media sosial, Ika juga turut kongsi kata semangat untuk anak muda di luar sana yang ingin mendapatkan kereta pada usia yang muda.

Untuk mereka yang ingin capai apa yang dia inginkan, usaha mesti ada dalam diri.

Selalu jadikan diri seorang yang positif, jangan ada niat ingin dengki dengan rezeki orang lain sebab kita pun belum tahu lagi rezeki kita macam mana.

Dan jangan pernah henti berdoa, sebab ibu selalu pesan sewaktu Ika kecil. katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
punya panjang berjela cantik mantik bagai, gambo mana gambo
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
aku kalau pendapatan puluh2 ribu kalau x tunjuk penyata bank aku malas nk caya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 03:58 PM | Show all posts
kalo melayu ni suka sgt expose income..
kalo cina meniaga, aiya..mana ada untung..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-10-2019 04:00 PM | Show all posts
Screenshot_1.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 23-10-2019 03:55 PM
aku kalau pendapatan puluh2 ribu kalau x tunjuk penyata bank aku malas nk caya.

Apa sgt la account bank... Tunjuk penyata income tax laaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 23-10-2019 03:58 PM
kalo melayu ni suka sgt expose income..
kalo cina meniaga, aiya..mana ada untung..

Ni anak didik mikimaus ke obses nak berkokok pasal income??? Tkde job dah ke nak market cenggini
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:07 PM | Show all posts
TravellingBear replied at 23-10-2019 04:04 PM
Ni anak didik mikimaus ke obses nak berkokok pasal income??? Tkde job dah ke nak market cenggini

yg gagal SPM kerja sebagai jurukimpal tu pun sibuk nak bgtau gaji dia 19k..
tak pasti la kot mikimaus ajar dia org pasal asas kimpalan
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dari umur 16 tahun berdikari guna duit sendiri sepenuhnya.. Tak meroyan bgtau pun.. Hahahaah.. Lawak.  Beribu org dlm malaysia bermula dari bawah.. Ada yg lebih teruk dari aku.. Pi mana pun naik pengangkutan awam tanpa guna motor or kereta dari mak bapak.. Tak bising pun depa tentang susah payah dan kejayaan depa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik dan bijak. Beruntung ibu dan bapanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-10-2019 04:08 PM
Aku dari umur 16 tahun berdikari guna duit sendiri sepenuhnya.. Tak meroyan bgtau pun.. Hahahaah.. L ...

khen???? aku kerja part time mlm siang kerja fulltime smp dpt beli 3 biji rumah yg loan dgn bank selesai dlm masa 10 thn pun tak kecoh. Budak2 muda skrg ni suka show off melebih sgt. org ada duit diam diamlah. pi canang semelaya sat lg dtg LHDN baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:19 PM | Show all posts
org banyak duit ni biasanya sasaran SCAMMER
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla tak menyusahkan orang tua. Banyak income tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:32 PM | Show all posts
Bahaya dik expose income...org boleh aim kite.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:34 PM | Show all posts
haram tak lawa
mcm mana boleh jd model
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:34 PM | Show all posts
geng insta banyak yang bimbo


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:35 PM | Show all posts
JADILAH SEPERTI IKA
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 dh cantik ni nnt kawen jd isteri yg baik ye dik.
Ramai bdk skrg dh kawen tp bangun jam 8 dan tak minat nk belajar masak. Tangan pulak dh dijahit dgn henpon
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:43 PM | Show all posts
Iols nak beli motor pun pikir 80 kali, untunglah lawa
Dapat jadi model then income masyuk
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 23-10-2019 04:17 PM
khen???? aku kerja part time mlm siang kerja fulltime smp dpt beli 3 biji rumah yg loan dgn bank s ...

Tu la.. Depa punya ukuran kejayaan adalah sebuah kereta..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.093990s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list