Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
198
View
1
Reply

[Tempatan] Teksi motosikal-boleh bawa penumpang berlainan jantina

[Copy link]

Author: Boomibulat    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-10-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pengendali teksi motosikal boleh ambil penumpang berbeza jantina

PARLIMEN | Penyedia perkhidmatan teksi motosikal bebas untuk menawarkan perkhidmatan mereka kepada mana-mana penumpang termasuk yang berlainan jantina.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamarudin Jaffar, hal itu kerana pelaksanaan pindaan undang-undang berkenaan industri penghantaran barangan dan teksi tidak menyentuh aspek patuh syariah.

Tentang patuh syariah atau tidak, setakat ini (pindaan) undang-undang bakal diluluskan setelah dipersetujui jemaah kabinet tidak (ada) menyentuh perkara ini.

Tertakluk kepada syarikat pengendali atau pilihan diberikan secara bebas kepada penumpang untuk buat pemilihan sewaktu menempah (teksi) motosikal secara atas talian, katanya di Dewan Rakyat semalam.

Pada 21 Ogos, kabinet bersetuju cadangan agar perkhidmatan teksi motosikal - dikemukakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - diterima untuk dilaksanakan.

Ia selepas Syed Saddiq menyuarakan hasrat membawa masuk pengendali teksi motosikal Indonesia, Gojek, ke Malaysia selepas mengatur pertemuan antara pengasas syarikat itu, Nadiem Makarim, dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada 19 Ogos.

Ia mengundang perdebatan awam tentang faktor keselamatan perkhidmatan tersebut, dan ada juga yang membangkitkan isu kepatuhan syariah melibatkan penunggang dan pembonceng berlainan jantina.

Biarpun ada pihak membantah, Dego Ride - syarikat pertama memperkenalkan teksi motosikal di Malaysia sebelum ia diharamkan kerajaan pada awal 2017 - menyambut baik usaha itu, namun meminta kerajaan mengutamakan pemain tempatan.

Bagaimanapun Syed Saddiq mempertahankan cadangannya dan berkata teksi motosikal akan memberi manfaat kepada pasaran tempatan dan pengguna, seperti dalam perkhidatan penghantaran makanan selain membantu belia yang menganggur.

Selain itu, Kamarudin turut berkata kerajaan akan mengeluarkan lesen kepada syarikat perkhidmatan teksi motosikal dan mengawal selia perkhidmatan itu bagi memastikan keselamatan penunggang dan pemboncengnya terjamin.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kitakn ada diego dulu, nape tak teruskan? nape perlunya gojek? cuba majukan yg sedia ada dahulu. kenapa tergesa gesa ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.082691s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list