Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
2049
View
33
Reply

[Tempatan] Murid 12 tahun putus kaki dalam kemalangan

[Copy link]

Author: Boomibulat    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-10-2019 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 22-10-2019 10:08 AM

Murid putus kaki dalam kemalangan

Screenshot_2019-10-22-09-34-01-1.png



Mohd Aizat Shamsuddin
mohdaizat@bh.com.my

MURID putus kaki kanan apabila motosikal diboncengnya terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi berhampiran Kampung Tok Dor, Ajil, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kemalangan 7.30 malam itu berlaku apabila motosikal ditunggang bapa saudara mangsa, Samri Said, 52, cuba memotong Proton Wira di hadapan namun bertembung dengan Toyota Vios dari arah bertentangan.

Katanya, akibat perlanggaran itu, Samri dan pembonceng, Muhammad Zulhaikal Mohamad, 12, parah manakala anak Samri, Nur Farahiya Najwa Samri, 10, cedera.

Samri patah kaki kanan manakala Muhammad Zulhaikal putus kaki kanan dan Nur Farahiya mengalami cedera ringan. Pemandu Toyota Vios tidak mengalami kecederaan.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan, katanya.

Mohd Adli berkata, 50 meter dari lokasi kejadian kemalangan, sebuah kereta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama empat anggota sedang menjalankan pemeriksaan dan menahan tiga lori.

Kehadiran anggota JPJ di lokasi tiada kaitan dengan kejadian terbabit namun polis masih menunggu laporan kes daripada JPJ, katanya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Oktober 2019 @ 9:02 AM
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 09:35 AM | Show all posts
encik samri ni bawak dua kanak2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 09:50 AM | Show all posts
oo kat fb sibuk duk salahkan jpj tahan lori
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 09:58 AM | Show all posts
Kehadiran anggota JPJ di lokasi tiada kaitan dengan kejadian terbabit namun polis masih menunggu laporan kes daripada JPJ, katanya.

baca kt komen harian metro, ada mcm2 versi
Screenshot_2019-10-22-09-46-05-852_com.facebook.katana.png





Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bawak anak orang, jangan potong la pakcik..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Motor lalu belah kiri ke kanan ye?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 10:24 AM | Show all posts
kalau salah jpj, awat dia accident dengan kereta bukan dengan lori?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 11:00 AM | Show all posts
sabar kan separuh dari iman....nak potong pastikan selamat...jangan ikut nafsu nak cepat jer
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 11:47 AM | Show all posts
Laju sangatlah memotong pun ikut suka peraturan jalanraya pun main humban kelaut ramai yang macam tu zaman sekarang ni nasib tak baik mau jadi macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 12:00 PM | Show all posts
Edited by Eric.n9 at 22-10-2019 12:02 PM

Klu dari report ni lain la ceritanya, hurm

Assalamualaikum YDH Dato'/Tuan

Laporan Kemalangan Jalan Raya

Sek 43(1) APJ 1987

1)Trafik H/Trg (T) Rpt: 1219/19
Tarikh: 21/10/2019
Masa: 2121 Hrs

2) Lokasi: Km 46 Jln Kuala Trg-Bukit Besi (Kg Tok Dor)

3) Pengadu:
Nama: Lkpl Sollah Bin Mohamad
No KP: RF191690
Alamat : BSPT H/Trg

4) Kenderaan Terlibat:

4.1) M/kar jenis Toyota Vios
No Pendaftaran: TAG1259
LKM tamat tempoh : 11/06/2020
Nama Pemilik : Muhammad Shukri Bin Sedek

5) Butir-butir :
5.1) Nama: Muhammad Shukri Bin Sedek (A1)
No k/p : 921210-06-5723
Umur: 27 Thn
Lesen : D (10/12/2019)
Alamat: No D-247 Taman Indah 23400 Al Muktafi Bilah Shah Terengganu
Kecederaan: Tidak cedera
Pekerjaan: Penolong Pengurus Herba Line

4.2) M/sikal jenis Suzuki Step 125cc
No Pendaftaran: TBM9731
LKM tamat tempoh : 10/09/2020
Nama Pemilik : Aini Binti Harun (Adik M1)

5) Butir-butir :
5.2) Penunggang m/sikal  (M1)
Nama: Samri Bin Said
No k/p : 670717-11-5247
Umur: 52  Thn
Lesen : B2,D
Alamat: Kg Tok Dor 21800 Ajil Terengganu
Kecederaan: Cedera parah di kaki kanan
Pekerjaan: Sendiri
**tidak memakai topi kaledar

5.3) Penumpang belakang (M2)
Nama: Muhammad Zulhaikal Bin Mohammad
No k/p : 070912-11-0637
Umur: 12 Thn
Alamat: Kg Tok Dor 21800 Ajil Terengganu
Kecederaan: Putus kaki kanan
Pekerjaan: Pelajar Sk Peroh

5.4) Penumpang belakang (M3)
Nama: Nur Farahiya Najwa Bt Samri
No k/p : 090122-11-0032
Umur: 10 Thn
Alamat: Alamat : Kg Tok Dor 21800 Ajil
Kecederaan: Cedera ringan
Pekerjaan: Pelajar Sk Peroh

Ringkasan kejadian:

Pada 21/10/2019 jam lebih kurang 1930 hrs berlaku satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah m/kar jenis Toyota Vios no.TAG1250 dengan m/sikal jenis Suzuki Step no. TBM 9731 di Km 46 Jln Kuala Trg-Bukit Besi (Kg Tok Dor).

Siasatan awal mendapati pemandu m/kar vios (A1) dari arah Bukit Besi hendak menghala ke Ajil dan apabila sampai di tempat kejadian, A1 telah memotong sebuah kenderaan jenis wira no tidak pasti di hadapannya dan tiba-tiba telah bertembung dengan sebuah m/sikal (M1) yang datang dari arah bertentangan. Akibat daripada perlanggaran tersebut, penunggang m/sikal dan dua penumpang belakang mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Hulu Terengganu. Pada jarak 50m sebelum dari tempat kejadian itu, sebuah kereta penguatkuasa JPJ (berada di arah Ajil-Bukit Besi) bersama 4 anggota telah membuat snap check dan menahan 3 buah lori dan tiada kaitan dengan kejadian kemalangan tersebut.

Keadaan tempat kejadian:
jalan dua lorong dua hala, garisan putus-putus di tengah jalan sebagai pembahagi lorong jalan, keadaan cuaca baik dan permukaan jalan kering, waktu malam.

Tindakan IO:
1. Tempat kejadian telah dikenalpasti dan telah dilawati.
2. Rakaman percakapan pemandu m/kar dan keterangan keluarga mangsa telah diambil.
3.M/kar dan m/sikal telah dibawa balik ke balai.

Kes disiasat di bawah Sek 43(1) APJ 1987.

PP :  Insp Nor Suzielawati Bt Ariffin
PPP : Sjn Wan Sazali Bin Wan Karim
J/G : Kpl Faeyruz Bin Yusof

Untuk makluman.
Terima kasih YDH Dato'/Tuan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 12:11 PM | Show all posts
vios potong wira, bertembung dgn moto pacik..

aduuuhhh.. kesian nya putus kaki..

xboleh sambung balik ke kalau kes mcm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduiii... Adik ni takleh bayangkan sakitnya camana. Putus kaki kanan tu. Semoga dipermudahkan urusan adik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya adik ni..malang tak berbau..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 04:55 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan buat adik nie...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pakai helmet??
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 06:33 PM | Show all posts
So yg lain tu siap nak belasah JPJ tu kenapa? Dah Vios langgar motor. Salah Vios la
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-10-2019 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
delsmomm replied at 22-10-2019 12:11 PM
vios potong wira, bertembung dgn moto pacik..

aduuuhhh.. kesian nya putus kaki..

Latest news kata x bjaya sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 22-10-2019 12:50 PM
Aduiii... Adik ni takleh bayangkan sakitnya camana. Putus kaki kanan tu. Semoga dipermudahkan urusan ...

Pernah dengar officemate cerita jiran dia kemalangan kaki dua2 hancur dia tak sedar... Urat saraf semua dah putus, lps jatuh motor dia nak bangun tak boleh baru sedar kaki dah hancur...
Meraung tepi jalan bukan sebab sakit tapi sebab kecewa kaki dua2 dah takde...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 22-10-2019 07:17 PM
Pernah dengar officemate cerita jiran dia kemalangan kaki dua2 hancur dia tak sedar... Urat saraf  ...


Dalam bod mistik doktor2 ada cerita..kat tempat kejadian mangsa tak rasa sakit langsung putus anggota. Sebab adrenaline rush tinggi
Bila dah masuk wad baru sakit tak terkata
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 22-10-2019 07:25 PM
Dalam bod mistik doktor2 ada cerita..kat tempat kejadian mangsa tak rasa sakit langsung putus an ...

Oh macam tu eh....
I baru tgk 911 2 hari lepas scene kapten bomba putus tangan kena hempap kereta...
Ada ke dia minta anthena polis tu potong terus tangan dia kat situ jugak sebab dah tak rasa apa2 katanya...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.090098s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list