Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
123Next
Return to list New
5033
View
58
Reply

Dayana Roza eksiden..!!!

[Copy link]

Author: emmet_23       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-10-2019 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by emmet_23 at 18-10-2019 09:19 AM

PELAKON, Dayana Roza terpaksa dirawat di hospital kerana muntah tak henti dan sakit di kepala selepas terbabit dalam kemalangan malam tadi dekat rumahnya.
Dia tak mengalami sebarang kecederaan serius dan hanya bengkak serta luka kecil kat kepala, lutut dan jari.

Katanya, insiden berlaku selepas dia habis makan lewat malam memandangkan shooting juga habis lambat
Time nak masuk selekoh tiba-tiba kereta kat depan saya berhenti mengejut. Untuk mengelak saya menghala kereta ke devider jalan memandangkan di sebelah kiri ada sebuah lagi kereta.
Time kejadian saya tak sedar seketika dan semuanya terjadi agak pantas. Saya sedar bila pemandu tow truck mengetuk cermin kereta dan meminta saya keluar dari kenderaan.
Waktu itu saya rasa mamai dan tanya kepada pemandu itu apa yang sudah berlaku. Apabila dia menceritakan kembali apa terjadi baru saya sedar terbabit kemalangan, katanya.
Sewaktu keluar dari kereta katanya, dia langsung tidak berasa sakit dan membuat keputusan untuk terus pulang ke rumah.
Keesokannya selepas bangun tidur baru saya rasa badan sakit dan beberapa bahagian tubuh mula bengkak serta lebam termasuk di bahagian kiri kepala.
Itupun saya masih menganggap masih baik serta keluar untuk membuat laporan polis dan sebagainya.
Bagaimanapun hari ini kepala saya rasa sakit teramat sangat dan muntah tanpa henti. Bimbang dengan situasi ini saya terus ke hospital dan kini doktor rawat di wad, katanya.
Bagaimanapun kata Dayana, dia bersyukur kerana selepas membuat ujian x-ray tulang tengkuk mahupun tengkorak tidak mengalami masalah dan tiada juga pendarahan dalam kepala.
Begitupun doktor terus memantau kerana rasa hendak muntah dan kepala berdengung masih lagi ada, katanya.
Katanya, dia tidak pergi mendapatkan rawatan ke hospital sebaik terbabit kemalangan kerana beranggapan selamat apatah lagi waktu itu memakai tali pinggang keledar.
Saya rasa disebabkan pakai tali pinggang keledar saya selamat dan tidak cedera, apatah lagi tidak ada pendarahan atau luka besar berlaku.
Bagaimanapun kata doktor sebenarnya apabila tiada pendarahan besar atau kecederaan tidak nyata itu lagi bahaya kerana bimbang berlaku pendarahan dan kecederaan dalaman, katanya.
Menurutnya, dia mengharapkan semua pihak mendoakan supaya tiada perkara serius berlaku terhadapnya.
Tambahan pula saya harus keluar hospital secepat mungkin kerana terikat dengan penggambaran drama yang masih berjalan, katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
moga diberikan kesembuhan.. gws..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Gws.

Mama sis dtg melawat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:51 AM | Show all posts
syafakillah dayana.. harap2 takde kecederaan dalaman yang serious
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Terhentak kepala ke depan sebab tak pakai seatbelts ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 sis yang ni still together dengan sis ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa ni???
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:07 AM | Show all posts
semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:10 AM | Show all posts
ni selepas pic seksi ke sebelum?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kereta dia apa cerita? Kata langgar divider? Tak faham dia cakap lepas eksiden tu terus balik rumah, tido..

Anyway, semoga cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
X kenal, apa pun moga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:22 AM | Show all posts
Apb mendapat musibah, maka ada indikasi untuk bermuhasabah. Satu peringatan yg tak harus diabaikan.  Semoga sehat dn clear spt seawal mula dn  tidak  akan terkesan sbg penyebab di masa depan.  Lain kali, awalilah pemanduan dgn Bismillah dn bacalah ayat Kursi agar perjalanan selamat sampai ke destinasi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:24 AM | Show all posts
semoga takde kecederaan yg teruk la hendaknya. gws
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-10-2019 10:41 AM | Show all posts
MissVixen replied at 18-10-2019 09:54 AM
Terhentak kepala ke depan sebab tak pakai seatbelts ke?

dia kata pakai seat belt. Xpe laa moga dia cepat sembuh dan dielakkan segala kemungkinan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:44 AM | Show all posts
missflamingo replied at 18-10-2019 09:58 AM
Anak2 sis yang ni still together dengan sis ke tak?

aku nk gelak boleh tak
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-10-2019 10:45 AM | Show all posts
fa1982 replied at 18-10-2019 10:12 AM
Kereta dia apa cerita? Kata langgar divider? Tak faham dia cakap lepas eksiden tu terus balik rumah, ...

keta dia remuk depan.

dia kata lepas eksiden tu dia terus balik rumah sbb mcm xde pape yg teruk (luka dan darah sebagainya laa). So balik rumah n tido.
Keesokkan pagi nya baru badan kepala terasa sakit. Tu pun dia gagah kan juga pegi balai polis buat report.

Then pastu baru rasa muntah2 dan sakit kepala. Tu yg pegi check doktor. Terus kena tahan wad.

Itulah kisahnya berdasarkan kisah di atas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
emmet_23 replied at 18-10-2019 10:45 AM
keta dia remuk depan.

dia kata lepas eksiden tu dia terus balik rumah sbb mcm xde pape yg teruk ...

Ok baru faham..thank you u...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-10-2019 10:59 AM | Show all posts
fa1982 replied at 18-10-2019 10:50 AM
Ok baru faham..thank you u...

no problemo
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.089722s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list