Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
7369
View
150
Reply

Dah puas nyanyi,Ella tanam cili pulak

[Copy link]

Author: Boomibulat    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-10-2019 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ella jadi tauke cili

Screenshot_2019-10-18-08-31-34-1.png

Oleh Mohamad Hussin
mohamad_hussin@hmetro.com.my

Sudah sampai masanya untuk saya berbakti pada tanah di negara sendiri yang boleh menghasilkan pelbagai jenis tanaman.

Niat saya hendak mendidik masyarakat dan menjadi inspirasi kepada anak muda, kata ratu rock tanah air, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin.

Menurutnya, dia dan suaminya, Azhar Ghazali mengusahakan tanaman fertigasi cili sejak dua tahun lalu dengan modal pusingan RM150,000 membabitkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar.

Alhamdulillah, tanaman ini sudah masuk musim keenam di mana setiap ladang mampu menghasilkan pengeluaran cili lapan tan.

Setahun kami dapat menghasilkan dua musim di mana setiap musim dari peringkat semaian hingga menuai mengambil masa selama enam bulan. Kami menggunakan benih cili kulai 461 yang terbukti berkualiti dan baik, katanya yang ditemui di ladangnya di Puncak Alam, dekat sini, semalam.

Ella berkata, setiap ladang mempunyai keluasan 0.4 hektar yang mampu menanam kira-kira 5,000 pokok cili menggunakan beg semaian di mana setiap pokok dapat menghasilkan sehingga dua kilogram (kg) cili dengan panjang mencecah lima hingga enam inci.

Sejak kecil saya suka bercucuk tanam pokok bunga di keliling rumah. Mungkin sudah ditakdirkan jodoh dengan suami mempunyai minat yang sama dalam pertanian walaupun kami tiada asas pertanian.

Sebelum berkecimpung dalam bidang ini, saya dan suami banyak membuat penyelidikan dan mendapatkan maklumat mengenai tanaman fertigasi cili termasuk mengikuti kursus asas pertanian.

Saya yakin potensi perniagaan pertanian ini mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, katanya.

Ditanya mengenai bidang nyanyian yang diceburi sejak 34 tahun lalu, Ella berkata, dia menjadikan bidang nyanyian dan pertanian sebagai kerjaya utama kerana meminati industri berkenaan.

Saya akan terus menyanyi kerana minat sejak kecil dan pada masa sama akan memantau perkembangan ladang cili supaya ia tidak dilakukan separuh jalan.

Saya menggalakkan lebih ramai golongan muda berkecimpung dalam bidang pertanian kerana ia menjanjikan masa depan yang baik, sekali gus mengurangkan cili import, katanya.

Sementara itu, Azhar berkata, bagi tanaman musim kali ini, dia menggunakan sistem perladangan pintar menerusi aplikasi Internet of Things (IoT) yang mana parameternya dipantau menerusi komputer dan telefon pintar.

Kecanggihan teknologi masa kini membolehkan bidang pertanian makin berkembang pesat dan berupaya mengurangkan kos serta sumber manusia di samping meningkatkan kecekapan dalam menangani cabaran dan isu pertanian.

Lebih menarik semua parameternya dipantau menerusi komputer dan telefon pintar. Ia membolehkan IoT membawa manfaat kepada fertigasi cili khususnya dalam proses penjagaan berjalan dengan lebih bermaklumat.

Ia mudah dipantau. Penderia untuk suhu, kelembapan udara dipasang di kawasan fertigasi cili manakala penderia kelembapan tanah pula diletakkan dalam sabut kelapa di pangkal pokok cili yang secara langsung berperanan sebagai masukan kepada aplikasi sistem IoT ini, katanya.

Menurutnya, selain mengelak pembaziran dan mengurangkan kos operasi, hasil pertanian yang dikeluarkan juga lebih berkualiti kerana mendapat bekalan air dan baja dalam kuantiti yang diperlukan termasuk kandungan Omega 3.

Dengan menggunakan kaedah IoT, ia dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga tiga kg bagi satu pokok cili selain dapat memenuhi permintaan pasaran cili tempatan yang kurang mengandungi bahan kimia berbanding cili import, katanya.

Hasil pengeluaran cili ini akan dipasarkan ke pasar raya, kedai runcit, Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat dan restoran makanan.

Dalam perancangan masa depan, kami akan memasarkan sendiri cili ini dan menambah ladang di kawasan berhampiran.

Kami turut mengadakan khidmat nasihat kepada usahawan yang mahu menjalankan aktiviti pertanian fertigasi cili, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 8:01 AM
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kelas sheolss...nak sailang ayu damit kah ??
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 08:36 AM | Show all posts
dah masa nya kak ella pencen .  kutip duit royalty pun lebih dari cukup untok sesuap nasi.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Elokla tu boleh bermanja gedik kt ladamg xsaper kisah. Pokok cili pon subur elok sbab dimanja
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-10-2019 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 18-10-2019 08:41 AM
Elokla tu boleh bermanja gedik kt ladamg xsaper kisah. Pokok cili pon subur elok sbab dimanja

Klu laki gatal sng nak cilikan..ye tak
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah. Apa namanya? Cili ella? Ella cili?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya husband n wife sama2 drive the effort n decide halatuju.....congrats ella and hubby
Harap2 aku pun satu hr nnt dpt buat benda yg aku suka
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow love ella.... iol suke cili klu mkn nsik xde cili x best. Terima ksh kak el sbb supply cili.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Syabas bette cili ella dan abam pilotnya.

Sheols ni antara org yg boleh dicontohi dlm industri hiburan. Suara masih bagus, badan elok terjaga, rezeki masih ada, demand boleh tahan. Semoga yg baik2 utk ratu rock.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:06 AM | Show all posts
buat integrated farming..

sheols blh nyanyi2 dgn hasil ladang... i heard nyanyian pun blh jadi therapy utk hasil ladang....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:14 AM | Show all posts
bagusnya ella tanam cili

dari buat produk OEM ke

at least cili ni boleh gak dimakan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok laaa tu...alhamdulilah. daripada retis rock sekor tu pi bukak kelab istirehat n nite club...ujung2 kena sakit misteri...wpun gerd kaedahnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah ella...iol pun prnh try tanam cili ni..tp yg jaga nya partner..tah apa silapnya tak dpt nk teruskn...nk buat fulltime takut jgk sb x brani nk resign lg, bg org jaga pun susah jgk sbb dia rasa dia mcm pekerja so x bersungguh...hmmmm
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-10-2019 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 18-10-2019 09:24 AM
Tahniah ella...iol pun prnh try tanam cili ni..tp yg jaga nya partner..tah apa silapnya tak dpt nk t ...

I pgi mentakab tgk org tanam cili merah tu tp tanam jenis gantung punya..seronok tgk cili bnyk2 mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah ella untung nya jual cili byk permintaan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:36 AM | Show all posts
wow kak ellaahhh impian kita sama..tp sy blm mula lagi..kak ellah dh nk jadi jutawan dah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:49 AM | Show all posts
ALDRIN replied at 18-10-2019 09:18 AM
Ok laaa tu...alhamdulilah. daripada retis rock sekor tu pi bukak kelab istirehat n nite club...ujung ...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:57 AM | Show all posts
wow
bagus acik ella
berpikiran kreatip dan dapat membantu ekonomi
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah. Rajin dan hebat bertani.. Takde dia nak bajet2 classy macam MF...nak duit, pergi ambik suami orang, berlakon pulak nak jadi mak datin je.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-10-2019 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 18-10-2019 09:58 AM
Baguslah. Rajin dan hebat bertani.. Takde dia nak bajet2 classy macam MF...nak duit, pergi ambik sua ...

Mira filzah ke..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
5.828166s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list