Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
123Next
Return to list New
6102
View
50
Reply

Keluarga Mamat Khalid kecewa

[Copy link]

Author: Boomibulat    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-10-2019 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 15-10-2019 10:47 AM

Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

Screenshot_20191015-104504_1.png

KELUARGA pengarah terkenal, Mamat Khalid iaitu Hasmah Hassan kesal dan kecewa dengan tindakan segelitir pelawat hospital yang sanggup menyelinap masuk ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang menempatkan suaminya semata-mata untuk mengambil gambar.

Hasmah yang mesra dengan panggilan Kak Intan berkata, perbuatan tidak beradab itu disedari menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikesan jururawat pada pagi Ahad lalu.

Suami saya dimasukkan ke hospital pada petang Sabtu lalu dan sekitar awal pagi Ahad, ada lima individu yang kami tidak kenal menyelinap masuk ke dalam wad ICU yang menempatkan Mamat untuk mengambil gambarnya.

Saya sangat kecewa dan marah kerana mereka masuk tanpa kebenaran keluarga dan curi-curi pula ambil gambar suami yang masih dalam rawatan.

Mereka sangat tidak beradab dan saya anggap kurang ajar kerana tidak tahu adab melawat orang sakit. Apa yang mereka mahu hanya ambil gambar suami untuk ditularkan," katanya.

Menurut Hasmah, pelawat tidak bermoral berkenaan dianggap mahu menjadi jaguh untuk menunjuk kepada masyarakat luar betapa mereka adalah orang terawal yang dapat mengambil gambar pengarah filem Hantu Kak Limah itu dalam keadaan sakit.

Dalam tempoh beberapa jam gambar diambil mereka tular dan talian telefon saya terus jadi sibuk seperti bursa saham. Saya tertekan hingga tekanan darah pun naik.

Saya dan keluarga dalam musibah dan sepatutnya hormatlah perasaan kami. Malah, disebabkan gambar tular itu ramai orang ingat keadaan suami saya teruk," katanya.

Ditanya mengenai perkembangan terkini Mamat, Hasmah berkata, petang semalam suaminya sudah membuka mata ketika menerima kunjungan beberapa orang penerbit dari Kuala Lumpur yang datang melawat.

Dia juga ada menggerakkan kaki. Insya-Allah semuanya ok. Suami saya ini semangatnya kuat. Apapun, saya mewakili keluarga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang juga peminat karya suami saya termasuk sahabat yang sentiasa mengutus doa," katanya.

Hasmah meminta orang ramai terus berdoa untuk Mamat supaya pulih dan diberi kesembuhan semula oleh Allah untuk meneruskan perjuangan seninya.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid, 56, dimasukkan ke ICU di sebuah pusat rawatan di Ipoh, Perak, Sabtu lalu selepas mengadu sesak nafas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Oktober 2019 @ 10:25
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-10-2019 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila masing2 nk jd reporter..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru dapat tonton salah satu filem beliau yang bertajuk "Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium".
Cantik pula Datin E jadi Cik Pon salah kampung yang akhirnya menjadi protagonis menentang Vlad.

Semoga segera sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 11:13 AM | Show all posts
bila barua media sosial yang batak perhatisn
macam ni lah jadinya
pastu post kat group whatsapp ... fb ... IG .... twitter ..
demi sesuap perhatian ....

please la respect ....

semoga dipermudahkan semua urusan abam khalid dan keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang batak macam tu selayaknya dihencap. Menambah semak orang yang memang dalam kesusahan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 11:27 AM | Show all posts
Semua tu batak like social media.

Semoga Mamat Khalid cepat sembuh. Movie dia kelakar & best.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 11:47 AM | Show all posts
sila inform guard kat icu , hanya pelawat ditemani ahli keluarga sj dibenarkan masuk.

pernah jadi kat kawan iols yg masuk icu, kawan2 dia dtg amik gambar, then sebarkan.

lepas dr tu sapa nak masuk kena ada ahli keluarga teman. kalau tak sorry, x blh masuk
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Please la respect privacy orang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
X beradab ni...
ni mmg jenis x fkr org lain...fkr diri dia je..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:15 PM | Show all posts
ya Allah, biadap giler perangai memasing ya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:20 PM | Show all posts
moga yg buat onar ni akan berbalik pd dia suatu hr nnt
x baca ke adab melawat pesakit tu mcm mana
tegar betul hati gie snap gambar then viralkan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga diberikan kesembuhan. Family org tu tengah stress jgnlah tambah serabut lagi. Lg satu, kalau ahli keluarga masuk icu or ccu jangan lah segerombolan dr kg datang. Family yg jaga pesakit pun stress nak melayan pelawat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:24 PM | Show all posts
pls respect privacy org sakit..kadang2 patient dalam icu aurat terdedah,bila amik gambar secara tak langsung menyebarkan aib & aurat patient tu. tp tulah, manusia batak like kat med soc mana peduli tu semua
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Org yg sakit terlantar pon ada aib utk dijaga.. Semua gila glamer nak jadi org yg menyebarkan info..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:56 PM | Show all posts
xde adap betul laa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:58 PM | Show all posts
hakak sangat tak paham manusia yg suker nak amik gambar org sakit kat sepital.....rasa nak hempuk jek...ada makcik suami hakak ni camni laa....siap seronok2 plak amik gambar waktu org tengah nazak...giler ke hape? sesia bertudung labuh tapi otak seurat benang....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 01:51 PM | Show all posts
teruk sgt perangai..tak hormat privasi org kan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Adab kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Adab kat mana,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang tak beradab semata2 ambik gambar dan nak viral walaupun konon niat nak sebarkan sebab orang ramai boleh doa. Sometimes the family perlukan privacy juga, apatah lagi keadaan masa sakit tu macam2 dengan aurat terbuka ke. Have respect pls
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.096141s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list